Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh drama wadi, Zehra Tv3

Sinopsis penuh drama wadi, Zehra Tv3

Zik · Aug 14, 2015 · 1 Comment

Share this on WhatsApp
Drama Wadi adalah drama terbaru untuk Slot Zehra Tv3, drama ini akan menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang telah tamat episodnya pun. Drama Wadi ini diarahkan oleh Heykal Hanifah. Drama ini dilakonkan oleh Syafie Naswip (Wadi), Amyza Aznan (Zainah), Ardell Aryana (Widya), Fimie Don (Azem), Zamarul Hisyam (Cikgu Naim), Faezah Elai (Cikgu Murni) dan ramai lagi. Tema drama ini ialah kekeluargaan dan diterapkan juga unsur islamik dari segi muzik dan mood. Dah dalam slot zehra, memang islamik yer tak. Huhu
Sinopsis Drama Wadi

Wadi mengisahkan remaja berumur 17 tahun bernama Wadi yang hidup bersama ibu tiri dan dua adik kandung perempuan berlainan ibu. Kehidupan mereka susah sekaligus membuatkan Wadi hidup dalam serba kekurangan. Dia juga selalu dihantui rasa bersalah disebabkan kematian ayahnya yang berpunca daripada sikap pentingkan dirinya sendiri. Zainah, ibu tirinya selalu menyalahkan Wadi kerana menyebabkan kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bakri meninggal dunia semasa hendak membeli kasut spike olahraga untuk Wadi biarpun ketika itu dia tidak berduit. Wadi memahami kesusahan ayahnya dan bercadang untuk kerja secara sambilan bagi mencari duit untuk membeli kasut yang diperlukan tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.
Bakri sanggup meminjam wang daripada rakannya untuk membeli kasut spike dengan membawa Wadi bersama. Sampai di bandar, mereka berpecah apabila Wadi ke kedai buku, manakala Bakri ke kedai peralatan sukan kerana niatnya untuk buat kejutan dengan menghadiahkan Wadi dengan spike baru. Walaubagaimapun malang menimpanya apabila Bakri terbunuh kerana terserempak dengan tiga perompak yang baru merompak bank. Kematian Bakri disaksikan Wadi sendiri. Ayahnya mati di pangkuannya bersama kasut spike itu. Sejak itulah kehidupan Wadi terumbang-ambing, manakala prestasi pelajarannya mula merosot. Hidupnya menjadi semakin kacau-bilau apabila ibu tirinya Zainah selalu mencari pasal dengannya.
So, apakah kesudahan cerita ini??? Apakah akan ada sinar kebahagian untuk wadi dalam meneruskan sisa hidupnya yang dilihat semakin malang ini???
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment sinopsis penuh cerita wadi tv3, sinopsis wadi, tv3, wadi, zehra

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. sabree hussin says

    August 15, 2015 at 2:41 pm

    rasa macam dah lama sangat tak tengok citer melayu macam ni haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.