Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Silang tv3, Nazim Othman Emma Maembong.

Sinopsis drama Silang tv3, Nazim Othman Emma Maembong.

Zik · Jul 7, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
silang.
Tajuk: SILANG
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Julai 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Cerekarama TV3
PENGARAH : Azman Yahya
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd dan KRU Produksi.
PELAKON :  Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid

Telefilem Silang mengetengahkan kehidupan individu disleksia lakonan Nazim Othman, Emma Maembong dan Jasmin Hamid. Bakal ditayangkan pada 6 Julai 2019 (Sabtu) jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. JS Picture sekali lagi berani membawa cerita-cerita insan yang istimewa. Mengetengahkan kisah benar ini sebenarnya ada berlaku dalam masyakarat ini ,bukanlah mahu cerita ini trending, tetapi yang penting mesej yang ingin dibawakan oleh pihak penerbit.

Amir (Nazim Othman)  seorang pereka grafik yang baru sahaja berkahwin dengan Dura (Emma Maembong). Selepas berkahwin, barulah Dura sedar yang Amir mempunyai masalah disleksia kronik dan anak mereka juga ada masalah sama.

Cerita nih best, banyak pengajaran yang kita boleh dapat, cuma pelik kenapa sebelum kahwin tak berterus terang dan Dura tak dapat nak tangkap apa sakit Amir. Bukan mudah untuk membentuk orang yang menghidap sakit disleksia ini.  Dura belum tahu apa sebenarnya yang berlaku, kenapa ini berlaku. dia tertipu atau ditipu atau sebenarnya dia diuji.
Diantara Ibu dan Anak, Mertua. Semua ujian dari Allah.

SYARIKAT penerbitan JS Pictures Sdn Bhd milik pasangan suami isteri popular, Azman Yahya atau Jinggo dan Sheila Rusly tidak pernah gagal menyajikan karya bermutu buat peminat drama tempatan.

Jika sebelum ini telefilem “Aku Nazmi” yang memaparkan kisah orang kurang upaya (OKU), terbaru Jinggo dan Sheila mempertaruhkan Silang yang mengetengahkan kehidupan individu disleksia yang bakal ditayangkan pada 6 Julai ini di slot Cerekarama, TV3. Selain itu, naskah,  Piya juga seperti ini juga.

Sheila berkata, Silang bukan naskhah mudah kerana memerlukan rujukan dan penelitian yang rapi bagi individu yang mengalami sindrom itu, sekali gus perlu membezakan dengan pesakit autisme.

“Agak lama juga nak siapkan skrip ini. Konsep semua orang boleh cakap, tapi nak bentuk dan kembangkan jalan cerita sangat kompleks. Malah, nak menjadikan ia sebuah cerita yang menarik agak susah.

“Memang perah otak dan ambil masa. Lagipun, saya tidak mahu hasilkan karya yang sama dalam JS Pictures. Kalau boleh, nak sesuatu yang jarang dipertontonkan kepada umum,” katanya.

Menurut Sheila, jalan cerita Silang adalah realiti yang terjadi dalam masyarakat, namun kurangnya kesedaran terhadap individu yang mengalami sindrom itu.

Sheila berkata, penerbitan Silang adalah satu sumbangan daripada pihaknya buat masyarakat.

“Pada awalnya, saya juga tidak mengetahui apa itu disleksia. Kemudian saya buat carian di Internet. Saya berasakan ia susah nak buat, tapi saya ambil sebagai satu cabaran untuk menghasilkan karya ini.

“Selepas itu, saya buat kajian mendalam mengenai sindrom ini. Saya mahu ia disampaikan dengan lebih menarik. Dalam masa sama, saya ingin meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai sindrom ini.

“Dari situ, ia menarik minat saya untuk menerbitkan karya ini. Secara tidak langsung, nak menjadikan karya ini lebih dekat dengan penonton. Walaupun pada hakikat sebenar, masih ramai yang tidak tahu mengenai sindrom ini. Sedangkan ia adalah realiti yang terjadi di sekeliling kita,” katanya.

Mengenai pemilihan Nazim Othman sebagai Amir yang mengalami disleksia, Sheila berkata, pelakon itu tidak mengecewakan.

“Sewaktu nak buat cerita ini, saya tak terfikir pun mengenai Nazim. Tapi, dia berani menyuarakan apa yang dia inginkan dalam lakonan. Ketika itu, dia melihat Naim Daniel berlakon sebagai OKU dalam drama Pia. Nazim cakap, dia nak watak sebegitu tapi tidak pernah diberikan padanya.

“Saya melihat kesungguhan Nazim yang membuat kajian mengenai sindrom ini walaupun ketika itu namanya masih dalam peringkat cadangan kepada pihak stesen TV. Apabila masuk hari penggambaran, dia memang tidak mengecewakan.

“Dia datang dalam keadaan bersedia dan sudah buat kerja rumah mengenai watak itu. Bagi saya, pelakon sebegini yang kita perlu berikan perhatian dan peluang. Berbanding mereka yang hanya ingin berlakon dalam zon selesa saja. Saya yakin, apabila cerita ini ditayangkan, orang akan nampak siapa dia sebenarnya,” katanya.

Selain Nazim, Silang turut menampilkan Emma Maembong dan Jasmin Hamid.

Silang mengisahkan Amir mengalami masalah pembelajaran sejak kecil. Ibunya (Jasmin Hamid) selalu membeza-bezakan Amir dengan abangnya.

Selama ini, ibu Amir tidak pernah sedar yang dirinya bermasalah disleksia.

Bagaimanapun, Amir membesar dengan baik dan dia ditawarkan bekerja sebagai pereka grafik dengan rakan baiknya, Qayyum.

Satu hari ibu saudara Amir, Aunty Rokiah datang berziarah ke rumah bersama suami dan anaknya, Dura (Emma Maembong) untuk menjemput mereka ke majlis perkahwinan anak sulung mereka.

Tanpa disangka, setahun selepas itu, Dura dan Amir disatukan sebagai suami isteri. Ketika itu, Amir ada satu permintaan iaitu dia mahu menjaga ibunya dan Dura tinggal bersamanya.

Rahsia Amir yang mengalami disleksia terbongkar apabila dia gagal beberapa kali ketika menjalani ujian komputer bagi mendapatkan lesen memandu.

Pelakon cabar diri

Bagi Nazim, dia membuat kajian empat bulan awal sebelum penggambaran dimulakan 9 April lalu.

Malah, Nazim pergi ke sekolah disleksia di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan berjumpa ‘clinical psychology’ bagi mendapatkan gambaran sebenar mereka yang mengalami sindrom itu.

“Watak disleksia tidak mudah dilakonkan. Sebelum nama saya diluluskan stesen TV lagi, saya sudah pergi jumpa ‘clinical psychology’. Untuk orang yang ada sindrom ini, kena jumpa pakar ini.

“Saya nak lebih tahu sejauh mana perwatakan dan tindak balas orang disleksia dengan orang sekeliling. Paling penting nak membezakan dengan autisme. Saya buat kajian awal sebab tahu macam mana nak warnakan watak Amir ini. Ketika di lokasi, Sis (Sheila) tidak berikan arahan. Dia mahu tengok sendiri macam mana saya bawakan watak ini. Selepas itu, dia kata okey dan berikan beberapa input lain,” katanya.

KRU produksi JS Picture bersama pelakon.

Bagi Emma pula, dia mahu mencabar diri dengan berlakon di bawah arahan Jinggo dan Sheila.

“Saya terima tawaran ini sebab pengarahnya, Jinggo dan ada Sis. Memang saya nak untuk asah lagi lakonan. Berlakon dengan mereka peluang untuk saya meningkatkan lakonan. Kalau berlakon dengan pengarah yang hanya cakap okey saja, sampai bila-bila takkan maju.

“Jadi, saya nak majukan diri dalam lakonan. Daripada masuk kelas lakonan, lebih baik saya ambil cabaran berlakon dengan Sis. Dalam masa sama, saya dapat belajar lebih lagi. Watak saya pun lain daripada lain. Sis mahu saya tegas, ubah intonasi dan tidak mahu seperti kebiasaan lakonan saya.

“Boleh dikatakan setiap masa dia tegur untuk ubah. Perkara itu buatkan saya gembira. Dia memang tak nak nampak Emma Maembong dalam watak ini. Memang susah sebenarnya nak keluarkan diri sendiri dan menjadi orang lain.

“Pendek kata, berlakon dalam cerita ini satu cabaran untuk keluar dari zon selesa. Saya nak bawa sesuatu yang baru yang orang lain tidak nampak. Jadi, perkara ini buatkan saya bersyukur,” katanya.

Share this on WhatsApp

Drama Nazim Othman Emma Maembong., sinopsis drama silang, sinopsis drama silang emma maembong nazim othman, Sinopsis drama Silang tv3

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.