Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama setelah cinta itu pergi, slot samarinda fahrin ahmad, nina iskandar

Sinopsis drama setelah cinta itu pergi, slot samarinda fahrin ahmad, nina iskandar

Zik · Jan 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

setelah cinta itu pergi

Menggantikan drama Jika masih ada rindu, slot samarinda diteruskan dengan drama baru adaptasi novel iaitu setelah cinta itu pergi.

Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana, Shah Jazle dan ramai lagi.

Senarai Pelakon.

PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Juliana Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Fizo Omar, Faye Kusairi, Oktovia Manrose, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi.

Pelakon utama dan watak.

  • Fahrin Ahmad sebagai Ikram
  • Nina Iskandar sebagai Marina
  • Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
  • Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
  • Azrel Ismail sebagai Adam
Sinopsis dari Novel.
Klise, lebih kurang jika masih ada rindu jugak tuh dia punya kronologi dia. Perkahwinan Ikram (fahrin ahmad) dan Marina (Nina Iskandar) bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah (Julia farhana) dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak editoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” – Ikram

Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.


Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Komen pembaca dari novel ini.

Ikram, usahawan muda yang berjaya, hidup bahagia bersama isterinya, Marina, seorang pembantu guru. Tiga tahun bersama, mereka masih belum dikurniakan cahayamata tetapi tidak menghalang cinta mereka kekal mekar.

Permintaan adik Ikram, Idlan, untuk menjaga isterinya Insyirah dan anak merka, Nasuha, semasa ketiadaannya, merupakan titik permulaaan hancurnya rumahtangga bahagia itu. Insyirah yang cemburukan kebahagiaan dan kemewahan pasangan muda itu, mengatur rancangan untuk merampas Ikram dari Marina. Kerana hasutan dan juga ilmu sihir yang digunapakai Insyirah, maka runtuh jua mahligai indah Ikram dan Marina.

Marina membawa hati yang luka kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak dapat dilupakan penghinaan dan penderaan emosi dan fizikal yang diterimanya dari Ikram. Demi melupakan kenangan itu, Marina sanggup mencuba untuk membuka hatinya kepada Muiz Lukman. Tambahan pula hatinya telah terpaut dengan keletahan anak Muiz Lukman, Muiz Danish.

Bahagia yang diimpikan tidak kesampaian apabila Muiz Lukman pergi dahulu dijemput Ilahi. Tinggallah Marina merawat hatinya yang kembali luka, kini bertemankan si kecil Muiz Danish. Demi Danish, Marina tekad melupakan kenangan silam.

Tetapi bagaimana ingin dipadam semua itu ketika Ikram kembali menagih cinta. Ikram yang akhirnya sedar dirinya mangsa perdaya oleh Insyirah, mahu kembali bersama Marina. Tetapi perjalanannya lebih sukar kerana dihalang oleh keluarga Marina.

Keluarga Marina bertindak tegas, menjodohkan Marina dengan Adam. Manakala Ikram pula tersepit antara cintanya pada Marina dan simpatinya pada Asra.

————–

Letih sungguh membaca kisah duka sebegini. Mahu membenci Ikram yang tega menghukum Marina atas hasutan Insyirah, tetapi terkenang pula keinsafannya apabila sedar akan tipu muslihat itu.

Sejujurnya saya banyak skip kisah Ikram-Marina-Insyirah. Malahan saya lakukan perkara yang sama ketika kisah Marina-Muiz. Tetapi apabila Ikram kembali menagih simpati, kemaafan dan cinta, barulah saya tumpu perhatian. Ketika munculnya Adam dan Asra, biasa-biasa saja perasaan saya sebab kuat hati saya menyokong Ikram. Kalau Nabi pun ampunkan umat, takkan Ikram tak boleh diberi peluang kedua, itu kata hati saya.

Muiz, lelaki yang cuba mendekati Marina walaupun ketika itu sudah bersuami, tidak saya suka sikap sebegitu. Niatnya baik untuk menyelamatkan Marina yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Tetapi kerana itu juga, hubungan Ikram dan Marina yang sedia retak, hancur lebur.

Tetapi Adam, lelaki yang sedar cinta tidak boleh dipaksa. Dia ada ketika Marina memerlukannya malahan sanggup mengundurkan diri jika sudah tidak diperlukan lagi.

Paling saya suka tentang karya ini ialah setiap watak diberikan penutup mereka. Ada yang jahat, menerima balasan setimpal. Ada juga yang dibuka pintu hatinya untuk insaf dan diberi peluang kedua.

Belum lagi conflict Marina/Muiz/Asra..Asra/Ikram..Mariana/Adam..then finally..Asra/Adam. Quite a number of people involved. Hero of the story..Adam.

 

JUMLAH EPISOD : 20 Episod

TARIKH TAYANGAN : 17 Januari 2019.

MASA : 10 MALAM, ISNIN HINGGA KHAMIS

SIARAN TV : Slot samarinda TV3

PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman

PENGARAH : Heykal Hanfah

TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

Share this on WhatsApp

Drama setelah cinta itu pergi, sinopsis drama setelah cinta itu pergi tv3, sinopsis novel setelah cinta itu pergi, sinopsis penuh setelah cinta itu pergi

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.