• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for sinara ramadan untuk amanda tv3

sinara ramadan untuk amanda tv3

Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, Awal Ashaari, Nina Iskandar

Zik · May 19, 2019 · Leave a Comment

sinar ramadhan buat amanda2

Bila kehadiran anak syurga tidak diterima.. semuanya dalam Sinar Ramadhan Untuk Amanda.. di slot cerekarama hari ini 19 mei 2019. Menampilkan Awal Ashaari setelah sekian lama tidak berlakon kini kembali bergandingan dengan Nina Iskandar.

SYARIKAT penerbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd cuba lari daripada kebiasaan kisah kekeluargaan dengan memaparkan kehidupan kanak-kanak istimewa Sindrom Down (SD) yang tidak diterima keluarga dalam telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda.

Karya yang mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Hanifah itu bakal menemui penonton Ahad ini, jam 10 malam di TV3.

Heykal berkata, itu pengalaman pertamanya mengarahkan kanak-kanak SD sekali gus memberikan cabaran baharu untuknya dalam berkarya.

“Cerita ini berbeza apabila ia membabitkan watak kanak-kanak SD. Dalam cerita ini, kanak-kanak ini ada tiga peringkat iaitu daripada bayi selepas dilahirkan, berusia empat bulan dan empat tahun. Jadi, proses pembikinan agak sukar dan tertekan.

“Sewaktu kecil, okey lagi. Tapi, ketika usia empat tahun, agak sukar sebab sudah ada pergerakan dan babak dengan pelakon lain.

“Selalunya kita ambil pelakon berlakon menjadi cacat tapi ini berbeza kerana ia memang kanak-kanak SD. Jadi, saya banyak buat rujukan. Terima kasih kepada pihak yang membantu terutama ibu bapa yang memberikan maklumat mengenai kanak-kanak SD ini.

“Daripada situ, saya gunakan untuk dipaparkan dalam cerita ini. Jadi, apabila cerita ini ditayangkan nanti, perkara itu tak ada yang salah. Sebaliknya memberikan ilmu kepada penonton,” katanya.

Menurut Heykal, apa yang penting cerita itu memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai kehadiran kanak-kanak istimewa ini.

“Sejujurnya, cerita ini berkaitan segelintir sikap masyarakat yang tidak dapat menerima kehadiran anak SD dalam keluarga yang juga darah daging sendiri. Sedangkan orang luar dan persekitaran semua terima dengan baik.

“Pendek kata, cerita ini lebih kepada mendidik masyarakat bagaimana nak menerima anak istimewa ini. Kalau ikutkan, memiliki anak sebegini tidak boleh ‘down’. Walaupun pada hakikat iaitu pada awal kelahiran mesti akan ada perasaan itu. Malah, kita ada babak berkenaan.

“Nak dapatkan anak SD tidak sukar. Alhamdulillah, tiga kanak-kanak yang kami jumpa, ibu bapa mereka sangat menyokong. Mereka sendiri yang beria-ia nak membantu cerita ini. Dengan tujuan mereka nak beritahu penonton macam mana mahu menjaga dan apa yang perlu masyarakat tahu mengenai anak SD ini,” katanya.

[Read more…] about Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, Awal Ashaari, Nina Iskandar

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan, bulan mei kepada Februari 2021
  • Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online
  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik Isu semasa

Ron97 naik 15 sen, berkuatkuasa 5 sep 2013

Naik lagi wo , selepas ron95 dan minyak diesel naik 20 sen. Ini brrmakna harga s…

Kesihatan

Petua awet muda bagi lelaki

Sekadar gambar hiasan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengenalan. Bila berc…

Akademik

Jadual penuh peperiksaan UPSR 2019

Jadual peperiksaan UPSR atau dikenali Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Peperiksaa…