Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Cinta Bukan Kristal, Ayda Jebat, Sharnaz Ahmad

Sinopsis drama Cinta Bukan Kristal, Ayda Jebat, Sharnaz Ahmad

Zik · Aug 9, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

cinta bukan kristal,

Drama Cinta bukan Kristal.

Mengantikan drama sakit mental Jangan Benci Cintaku , dibawah Orange Tree Production biasanya tidak menghampakan penonton. Cuma jalan cerita cliche nih malaslah, orang kecam jer kang.

Berjumlah 28 episod sama seperti drama Jangan Benci Aku, yang lepas trending jugaklah sebab kaw-kaw marahkan si Husna yang giler tuh, haha,. Kali ini siapa yang bakal dikecam?? Gandingan Ayda Jebat dengan Sharnaz Ahmad, kalau tak silap yang lepas dalam drama awak sangat nakal di astro mega drama.

Senarai Pelakon :

Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani,  dan Ramli Salleh.

Pelakon dan Watak. 

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
  • Ayda Jebat sebagai Aryana
  • Nina Iskandar sebagai Sofea Darlina
  • Raja Afiq sebagai Syafiq
  • Dayana Roza sebagai Ika
  • Nazrief Nazri sebagai Faiz
  • Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah
  • Fauziah Nawi sebagai Opah Timah
  • Farzana Latiff sebagai Danisya
  • Syed Muhammad Irfan sebagai Hakim
  • Doria Rachel Jolly sebagai Edrina
  • Esma Dainal sebagai Dato Manan
  • Hazman Al-Idrus sebagai Ali
  • Amanda Misbun sebagai Syira
  • Bella Nazari sebagai Laila

LAGU TEMA / OST

  • Sufian Suhaimi – Di Matamu

Sinopsis drama Cinta Bukan Kristal. 

Sama macam ceritanya jangan benci cintaku(JBC), tapi orang akan suka kepada Ayda Jebat. Kalau JBC orang kecam dengan Husna. Yerla yang ini sebab si Hilman nih laki orang tapi ada isteri sibuk dengan kerja jer, tak ambil tanggungjawab. Anak dibuat endah tak endah jer. Salah siapa nih??

Kisah mengenai Aryana(Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Yerla sebab mulut makcik bawang dekat kampung tuh , giler betul, habis dicanang semua sampai satu kampung dia kecoh.Si Syafiq nih memang suka dekat Aryana nih, tapi itulah cinta bertepuk sebelah tangan. So mahu tak mahu, maksu (Ayu Raudhah) dia halau Aryana pergi duduk kl, pergi mana kl sedara mahu aku pun tak tahu, haha pandai-pandailah kau aryana ooii!!. Opah timah (FauziahNawi) tak boleh nak buat apa dah.

Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (Sharnaz Ahmad) semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Si faiz satu kerja pejabat dengan Adrian nih, yerla masing-masing bos kan. Tapi Si Faiz nih bujang terlajak lah jugak masih mencari teman hidup, tapi sibuk dengan kerja jer. So apabila si Aryana kerja di sana, Adrian mula terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Ini macam pun ada ka??

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina (Niza Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.

Siapa pilihan hati Adrian ??? Aryana atau Sofea??

Share this on WhatsApp

Drama cinta bukan kristal, pengakhiran drama cinta bukan kristal, sinopsis drama cinta bukan kristal, sinopsis drama cinta bukan kristal ayda jebat dan sharnaz ahmad

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.