Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

Zik · Apr 29, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Sheriff Poster

 

Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta lebih dalam 4,5 hari. Adakah Sheriff akan berjaya potong Mat Kilau abang dia sendiri? Bagi aku susah sebab, dari segi klasifikasi untuk 16t tahun keatas.

Pengarah Dan Tarikh Tayangan

Untuk pengetahuan semua, filem Sheriff yang diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof dibawah SKOP Production ini akan ditayangkan di pawagam bermula 18 April 2024. Sekarang lebih kurang 31 juta kutipan. (Pada 29 april 2024). 

 

Penerbit Dan Pelakon.

Sheriff merupakan sebuah filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw. Filem  Sheriff dibintangi oleh ramai pelakon hebat dalam industri seperti Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Nanti aku update senarai pelakon yang membintangi filem ini.

Filem Sheriff

Tajuk Filem : Sheriff
Medium  : Pawagam
Tarikh Tayangan : Bermula 18 April 2024
Waktu Tayangan :
Pengarah : Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Productions dan Astro Shaw
Pelakon : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Hazama, Azira Shafinaz, dan ramai lagi.
  • Zul Ariffin sebagai DSP Sheriff / Sheriffudin Hussein, Pegawai Jabatan Integriti ditugaskan menangkap pegawai polis yang mengambil rasuah dan bersubahat dengan organisasi jenayah terancang kemudian bekerjasama pula Jabatan Narkotik untuk kes Tony Ifrit dan “Meth Killer”. 
  • Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nazri “Meth Killer”, Pegawai polis muda yang tidak percaya pada undang-undang selepas kematian Inspektor Wani dan bermatlamat membunuh individu disyaki terlibat dengan kegiatan Tony Ifrit dan adik kepada ASP Syazlin
  • Dato Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, Ketua sindiket dadah Methamphetamine yang sering terlepas dari hukuman dan pembunuh Inspektor Wani. Aaron diberi peluang oleh Dato Yusof Haslam dan Syafiq Yusof selepas beliau digugurkan dari filem The Original Gangster arahan abangnya Syamsul Yusof
  • Elizabeth Tan sebagai ASP Jennifer Wong, Pegawai JSJ ditugaskan untuk menyiasat “Meth Killer” tetapi rupa-rupanya adalah tikus Tony Ifrit.
  • Azira Shafinaz sebagai ASP Syazlin, Pegawai wanita Jabatan Narkotik dan kakak kepada Inspektor Nazri. Di akhir cerita Syazlin bekerja dengan Sheriff selepas kematian Nazri
  • Amir Nafis sebagai Inspektor Farouk Mahmud, Anggota Jabatan Narkotik dan tikus kedua Tony Ifrit
  • Kodi Rasheed sebagai Firdaus, bekas anggota tentera yang menjadi pemberi maklumat kepada Inspektor Nazri dahulu. Beliau mati ditembak oleh Farouk semasa cuba membunuh DSP Sheriff.
  • Shaharuddin Thamby sebagai Superintendan Malik, Ketua Jabatan Narkotik yang dibunuh oleh Inspektor Nazri di awal cerita tetapi yang sebenarnya beliau berpura-pura menjadi tikus Tony Ifrit semata-mata mahu mencari lokasi makmal dadah Tony Ifrit
  • Esma Daniel sebagai Superintendan Roslan, Ketua Jabatan Integriti
  • Kamal Affandi Hashim sebagai DSP Hafsham, Penolong ketua Narkotik. Di klimaks cerita beliau terbunuh dalam pengeboman bas yang diumpan oleh Jennifer Wong dan Tony Ifrit.
  • Natasya Mahyan sebagai Inspektor Wani, Anggota polis undercover yang di rogol beramai-ramai sebelum mati dibunuh oleh Tony Ifrit dan konco-konconya setelah identitinya dibocorkan oleh Jennifer Wong melalui Farouk dan tunang kepada Inspektor Nazri “Meth Killer” (imbas kembali)
  • Hazama Azmi sebagai Inspektor Amirul Asyraff, pegawai polis muda yang terlibat melindungi kegiatan perjudian atas talian dan kedai (kameo).
  • Azri Iskandar sebagai Koperal Hussein Osman, Ayah Sheriff yang mengambil rasuah dan ditembak mati oleh polis selepas cuba melarikan diri bersama Sheriff. (imbas kembali)
  • Hasnul Rahmat sebagai Syed Rahman, Hakim Besar Malaya yang korup dan juga menjadi tali barut Tony Ifrit
  • Zen Ng sebagai Detektif Hong
  • Meynillen Thamil Selvan sebagai Detektif Nagarajah
  • Siraj Alsagoff sebagai Koperal Arkash, polis yang menembak mati ayah Sheriff, flash back. (imbas kembali)

Sinopsis Filem  Sheriff

Filem ini mengisahkan tentang  Sheriff, seorang pegawai polis yang bekerjasama dengan pegawai polis muda bernama Nazri dari jabatan Dadah untuk menyelesaikan misi menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony, seorang raja dadah yang terlibat dalam mengedaran methamphetamine.

Review dan Komen dari nitezen di facebook dan twitter.

Aku pun nak review jugak,asyik dok baca orang punya review ja..
Bagi pendapat aku la,kesimpulan yang dapat dihuraikan dalam filem ni “BARUA” sebenaq yang dalam filem ni bukan “Polis” mahupun “Jin Iprit” tu..
Tapi “BARUA” sebenaq dalam filem ni yang depa nak highlight kan adalah ”HAKIM” sistem kehakiman yang boleh dibeli..
Ada la yang tersurat dan tersirat yang nak disampaikan dalam filem ni..
Apa2 pun mmg terbaik 9/10 ????
p/s : Kira terharu juga la,ada babak polis trafik tembak menembak ????
Sheriff: Narko Integriti (Review Jujur)
First time dalam 31 tahun Tengok Movie Melayu Tempatan di pawagam. Tak disappointed. Movie nie memang best, dari first scene sampai last scene. Plot twist after plot twist.
Lakonan polis jambang tu memang highlight movie nie. Suara dia, badan dia, muka dia, semua memang cun la pelakon nie untuk watak dia. Ada vibe-vibe cerita Narcos. Malik pun perform. Aku benci tul dengan Malik anjir nie. Perangai binatang tul!
Part scene moto kereta tu, music dia cam music theme Wonder Woman! Memang ada feel.
Kekurangan ada dua je ah, satu, aku tak puas polis jambang tu scene dia kurang sikit part ending. Nak dengar dia borak-borak lagi ah. Harap-Harap ada part 2 atau cerita origin polis jambang nie. Second, cara Malik pegang cigar tu sedikit triggering. Hahaha
Btw, dalam scene bas tu, sapa pompuan tu? Aku confused sikit yg itu.
Overall, 5/5 Wajib tengok. Sedih nak cakap, aku nie hardcore peminat monsterverse, but cerita nie lagi best dari cerita Godzilla x Kong. Worth it untuk tengok kat pawagam.
Aku orang Penang. Kalau aku cakap best, sila percaya. Memang best.
Credit to Onthego productions: 
Sheriff (2024)
*mungkin ada spoiler*
Saya terpanggil untuk menonton dan menulis tentang Sheriff selepas membaca review ZhafVlog yang meletakkan filem ini sebagai, “..harapan perfileman negara.” Ketika baca komentar itu, terdetik dalam hati kecil saya, “Kalau aku pergi tengok kat wayang dan tak best, aku cabut gigi kau.”
Maka, saya membuat keputusan drastik untuk menonton di pawagam. Saya jarang menikmati filem tempatan karena tingginya tahap skeptikal saya terhadap filem tempatan. Pada kebanyakan masa, saya tonton hanya untuk menyokong kerja rakan-rakan saya dalam industri, seperti Prebet Sapu, Gemencheh Boys, Imaginur & Polis Evo 3. Saya bawa teman sekerja yang juga seorang pengarah untuk dia tinggalkan ilmu pengarahannya di luar Hall 3 dan tonton Sheriff bersama saya tanpa prejudis.
Untuk saya komen setiap satu ‘icks’ yang saya jumpa dalam Sheriff, review ini akan jadi terlalu panjang. Bukanlah satu karya yang ‘flawless’, tetapi tidaklah menyebabkan saya rasa terbazir wang dan tenaga menontonnya. Tetapi tidak juga membahagiakan saya seperti Gemencheh Boys.
Nama filem Sheriff yang merujuk kepada pendokong utama jalan cerita ini. Bagi saya, watak itu tidak begitu kuat untuk bawa nama filem hingga ke hujung. Kalau sesebuah filem digarap atas nama watak, watak itu perlu kuat dan padat, berpadanan dengan impak yang dia beri untuk plot cerita. Ambil contoh mudah Jack Reacher atau John Wick – filem yang disandarkan tajuknya pada nama watak utama yang mampu memberi keyakinan pada penonton,
“Ya, dialah hero. Memang hero.” Mengapa saya kata sedemikian? Watak Sheriff tidak begitu mengesankan jiwa saya, sekurangnya, berbanding watak Nazri. Memorable scenes are not from Sheriff but more from Nazri.
Tambahan pula, watak Sheriff adalah satu watak yang stagnant – tiada perkembangan atau paling tidak, turun naik progress wataknya sepanjang filem. Bagaimana dia masuk dari awal filem, sehingga ke babak akhir, itulah Sheriff. Jika lihat perbandingan antara Sheriff dan Nazri, watak Nazri lebih progresif dan menangkap emosi penonton – dari awalannya diperkenalkan sebagai pembunuh, diketahui tugasnya sebagai polis, disajikan dengan konflik dalaman sebagai tertuduh dan penguatkuasa dan dicernakan dengan emosi pada babak akhir di dalam gudang.
Ya, Malaysia masih ketinggalan dalam sebarang scene lawan. Bak datanglah silat ke, lawan pedang ke, tinju tomoi ke, kita masih ketinggalan. Masih jelas scene aksi paling kaku, paling nampak koreografinya. Saya tak kata faktor usia pelakon buat scene itu sedikit cacat, well mungkin juga, tetapi ini filem. Banyak sudut yang boleh dipotong dan ditambah supaya tidak kelihatan, “pelakon tengah kira tapak.”
Scene tembak menembak juga ada compang-camping, Azira Shafinaz nampak sedikit perlahan dalam geraknya, mungkin dia sebelum ini hanya polis tugasan di meja, jarang di lapangan tetapi jika dia sedikit tangkas seperti Farali Khan dalam Polis Evo 3, mungkin, dia boleh jadi watak sokongan yang kuat. Dan sebagai seorang yang percayakan undang-undang, dia sebenarnya tidak perlu menembak Meth Killer.
Sebenarnya, apa yang betul membezakan Sheriff dengan filem lain adalah keterbukaan PDRM (finally) untuk membenarkan skrip sebegini difilemkan. Semua orang filem tahu hanya Yusof Haslam yang sanggup berurusan dengan Bukit Aman untuk kelulusan sesuatu skrip cerita yang bersifat kepolisan. Prosedurnya, turun naiknya, itu semua kerja gila. Dari zaman Gerak Khas hingga kini. Kalau kata ia kerja mudah, produksi lain takkan gunakan ‘fake police force’ untuk karya yang melibatkan polis. Terlalu banyak keterbatasan yang disenaraikan oleh PDRM yang perlu penggiat filem akur untuk menceritakan tentang polis sehingga kadang kala terus mengganggu plot cerita.
One Two Jaga mungkin diletakkan sebagai ‘pioneer’ dalam menembusi tembok itu tetapi karya-karya selepasnya masih lagi berjaga-jaga dalam menyentuh isu polis. Ini sebenarnya kejayaan Sheriff yang saya lihat.
Saya habiskan masa 2 jam di KLCC usai tonton filem ini untuk buat diskusi bersama teman saya mengenai Sheriff. Saya tonton sebagai seorang penonton biasa dan dia sebagai seorang pengarah yang penuh dengan terma teknikalnya.
Namun apa yang buat saya paling geram? Babak awal Sheriff yang saya kira sebagai babak pengenalan filem – Hazama dan Sam Wukong, Sheriff cabut stering Momo. Sama seperti babak Michael Ang, Zizan Razak dan Sam dalam Polis Evo 3 yang bagi saya tiada nilai tambah kepada plot, hanyalah sekadar pengenalan kepada filem. Mungkin trademark Syafiq Yusof, mungkin juga tidak. Tetapi bila saya dah lihat benda yang sama dua kali berturut-turut, buat saya fikir, mungkin Syafiq beri masa untuk yang sedang beli popcorn untuk masuk ke hall, tapi untuk yang tepati masa seperti saya? Bazir.
Untuk kata Sheriff sebagai harapan perfileman negara, atau mungkin Syafiq Yusof sebagai pemain harapan adalah terlalu besar. Formula yang diguna pakai oleh Skop Production adalah formula yang kita dah tahu keberkesanannya – genre pilihan tempatan yang akan membawa kepada box office. Untuk kata filem ini keluar dari kotak perfileman tempatan, juga terlalu besar. Setiap bibit plot, setiap plot twist kita dah lihat di filem-filem yang lain. Cumanya, ini kali pertama kita boleh lihat filem mengenai sistem yang korup (walaupun tidak 100% diceritakan) tanpa ada bantahan daripada sesiapa hatta PDRM sekalipun dalam skala sebesar ini.
Tapi ya, Shafiq can go far kalau dia lebih berani untuk keluar dari kotak Skop Production. Tetapi bisakah Syafiq meninggalkan sarang itu? Syamsul berani tetapi dia tetap bawa formula yang sama ke sarang baharu. Masih lagi masakannya berperisa yang sama.
Saya beri Sheriff 6.9/10. Saya suka lihat progress Syafiq Kyle sebagai Nazri, watak kegemaran saya adalah Firdaus oleh Kodi cuma saya harap ada sedikit flashback hubungan Firdaus dan Nazri. Dan tentunya, penganalisis jenayah kegemaran saya, Kamal Affendi yang pada saya, lebih baik mutu lakonannya berbanding Hong dan Naga. Walaupun Hong dan Naga selalu kita panggil sebagai watak ‘compulsory’ dalam karya Skop, namun perlu lebih hebat mutunya sebab mereka bukan sekadar extra berdialog.
Mungkin lepas ni kita boleh buat cerita korupsi politik pula
Credit to : Wen Emmalin
SHERIFF (REVIEW)
Saya terlewat seminggu untuk review filem ni sebab atas urusan peribadi berada di luar negara. Agak rimas dengan post orang pasal filem ni. Asal nampak saya akan skip takut spoil. Sampai sahaja di Malaysia terus ke pawagam tonton filem ni.
Selepas menonton filem ni saya boleh katakan ini THE NEXT LEVEL OF SYAFIQ YUSOF. Filem dia lain daripada yang sebelumnya. Tahniah untuk Syafiq Yusof.
Lakonan bersahaja Zul Ariffin betul-betul menghidupkan filem ini. Saya boleh katakan filem kali ini level Hollywood. Dia punya teknik kamera, jalan cerita memang sangat mengagumkan.
Memang ndak rugi tonton filem ini. Kalau repeat pun ndak menyesal. Memang puas hatilah. Plot twist demi plot twist memang mind blow.
Sembang panjang pun ndak guna. Untuk tahun 2024 sementara ini, ini yang terbaik.
Rating 4/5 bintang
Credit to Aliff Kelana
SHERIFF MOVIE REVIEW
Aku baru sahaja lepas menonton filem Sheriff arahan Syafiq Yusof & aku boleh katakan ia merupakan sebuah karya yang hampir sempurna daripada Syafiq Yusof buat setakat ini. Filem Sheriff merupakan filem refleksi tentang apa yang akan berlaku apabila jenayah seperti korupsi & dadah dibiarkan & tidak diambil tindakan secepat yang mungkin. Filem ini juga menggunakan konsep “howcatchem” & bukan “whodunnit”
Full review di sebelah
Pros:
Plot yang menarik ala2 The Departed berserta dengan plot twist yang bagus ala2 Knives Out
Lakonan mantap daripada semua pelakon especially Zul Ariffin & Syafiq Kyle yang memberikan komitmen sebanyak 110%
Character development untuk setiap watak
Personal motive bagi setiap character jelas
Cinematography & Editing yang power
Action scene yang power
Cons:
Ada beberapa perkara yang masih boleh digarap dengan baik dengan memanjangkan sedikit durasi filem ini
Overall 8/10 ?
Credit to Kaki Movies:
Non spoiler review filem Sheriff | Narko Intergiriti, arahan Syafiq Yusof.
1. Kalau tonton trailer pun kita dah boleh agak kisah ini merupakan cerita polis tangkap polis.
Pada awalnya kita nampak jelas motif Nazri kenapa dia tentang polis-polis korap tapi dipertengahan cerita kita akan nampak babak yang merobek jiwa Nazri.
Saya rasa ini satu nafas baru dalam arena perfileman Malaysia sebab kisah ini lain dari Polis Evo dan sebagainya.
2. Jalan cerita dia sedap ditonton. Ada turun naik. Sekejap tegang sekejap relaks. Tapi paling tak sangka part plot twist tu.
Kudos kepada penulis skrip.
3. Lakonan Zul Ariffin memang mantap. Bab dia ketawa pun saya ikut ketawa. Lakonan Syafiq Kyle pun tak kurang hebatnya. Hari tu saya ada terbaca komen orang tu cakap muka Syafiq tak cukup jahat ????
Saya tak pernah kenal pelakon Azira Shafinaz tapi watak dia memang menjadi sungguh waktu berhadapan dengan Nazri. Nangis lah jugak waktu ni.
4. Dah nama pun filem aksi, mestilah ada adegan lawan-lawan antara orang baik dengan orang jahat.
Kalian akan disajikan dengan aksi kejar-mengejar di jalan raya dan perlawanan kombat antara Sheriff dan Tony (Aaron Aziz).
Saya suka part ni sebab sinematografi dia tak memeningkan kepala dan bergegar macam filem abang dia. Eh.
5. Filem ini sesuai ditonton 16 tahun ke atas. Ada adegan ganas, penggunaan alat hisap d*d*h dan kata kesat.
Saya kira filem ini berjaya membuka minda dan persepsi masyarakat dalam bahayanya menerima dan memberi rasuah.
Kita sangka kita dah lawan orang jahat yang sebenar tapi hakikatnya ramai manusia begini yang hidup dikalangan kita, terutama sekali mereka yang berkolar putih.
Saya bukanlah orang yang hebat nak kritik filem bagai namun saya hadir dan support perfileman Malaysia. Apatah pula bila ada filem yang berkualiti seperti ini.
Tahniah Syafiq Yusof.
#NaziaSuhaimi
Sheriff oh Sheriff – Bukan Sheriff Lobo tau…
Anak kembar kata beliau tengok filem SHERIFF kat pawagam and kalau main kat Netflix mahu dia tengok banyak kali…. nie posting nak hasut tau… tak dapat bayaran pun… benda baik jangan tak cakap kat orang kan…. padan muka hampa… baca buat apa????????????
Iman pun kata best sebab kekawan dia review kata best… Jarang aku nak puji filem Melayu tapi aku rasa worth aku pergi tengok…
Aku dan Atika pun terpengaruh and pergilah tengok semalam selepas keletihan dkt kilang.. aku ingat nak tidur ajer kalau tak best kan… itu angan angan aku kalau pergi tengok tapi filem best pulak… perghhh.. tak sempat nak tidur pulak
Tup tup lain macam pulak filemnya sebab aku memang suka tengok filem ACTION maka aku, Atika dan Iman pun apa lagi… memang layan betul filem ini…
Bagi aku perfect 5 star buat filem Malaysia… dia punya wow tu memang ada cuma sana sini mungkin agak keras sebab kes bunuh membunuh dan tembak menembak…. FILEM AKSI tau.. jadi tak sesuai utk kanak2 tau…
Memang best aku rasa sebab sesekali tengok Melayu buat filem tahap antarabangsa JAMES BOND gitu… hahahhaha… adiwira baru yg sedang dicipta oleh filem melayu rasanya and personally aku SUKA watak Sheriff nie ala2 Batman gitu… kalau dah lama tak ke panggung wayang and nak pergi panggung wayang maka boleh lah bawa bini pergi tonton tau… ????????????
Banyak teladan yg boleh diambil dari filem ini and scene LAST yg paling gaban tau… Dia korek Polis yg korup… dia persoal hakim yg korup… dia pejuang INTEGRITI sebagai seorang manusia yg bekerja…
Semoga lahir lebih ramai Sheriff, Naz & Sya dalam kehidupan anak bangsa yg menggalas amanah sbg anggota polis di PDRM… aku suka lakonan Naz yg memegang 2 watak…
Note: kalau dah tengok, kasi komen sikit tau… kita racun yg lain… kan kan kan
Credit to : Shamsul Shah TiSha’s
Review Sheriff : 100/10 ????????????
Masa berlalu dengan saat pantas, cerita banyak plot twist, selalu cerita Melayu ni, aku banyak boleh agak plot seterusnya, walaupon aku Bukan kaki drama TV3 tu, tetapi ni memang sangat lain.
Aku tak nak spoil mood korang, rasanya memang dah banyak orang review filem ni, maka , pergi lah meluangkan masa korang untuk menikmati filem ni, insyallah pasti tak merugikan.
Memang terbaik ????????????
Credit to Hana Jaafar 
SHERIFF : NARKO INTEGRITI
Aku ni jenis yang jarang lah sekali nak keluar duit beli tiket untuk filem Melayu. Bukan kata taknak support, tapi duk pusing-pusing cerita ntah apa-apa.
Dengan plot yang cliche, lepastu banyak benda yang kita boleh agak apa akan jadi.
Benda cliche tu korang takkan jumpa dalam filem Sheriff ni. Dia punya plot tu, langsung tak ada yang dragging. Kiranya korang tak sempat nak menguap apatah lagi nak kunyah popcorn.
Dari awal sampai habis, adrenalin korang tak berhenti berlari. Rasa geram, cuak, suspen, tertanya-tanya. Serius macam roller coaster.
Aku rasa berbaloi la dengan tiket aku tu. Kalau filem Melayu mampu bagi kualiti mcmni, takde istilah berkira dengan filem lokal pun pada aku.
Sebenarnya filem ini bukanlah action pack. Ada drama, konflik, plot twist, and action la. Plot twist dia tu sampai ke sudah korang tak boleh nak agak. ????
Kualiti filem ini sangat bagus la. Satu benda yg aku suka pasal filem Syafiq ini, camera dia tak statik. Shot kejap ambik sini, kejap ambik sana, so tak bosan lah tengok.
Bagi aku, watak Zul Ariffin dan Syafiq Kyle teramatlah padu. Salute kat diorang dua ni yang berjaya bawa watak dan deliver dengan jayanya.
Kalau filem Syafiq, tak sah lah takde scene kereta letup-letup. Sebab tu ada yang panggil dia Syafiq Bay.
Overall :
Story line ??????????
Plot twist ??????????
Watak ??????????
Action ????????
Comedy ???????? (santai, on point, tak cringe)
Personal rating aku : 9/10
Korang wajib tengok. Aku yakin Sheriff bakal jadi filem blockbuster tahun 2024 ni.
Susah nak tengok filem melayu yang berkualiti. Tapi SHERIFF ni antara filem melayu yang luar kotak dan sangat berkualiti. Kalau anda kata Paskal atau Polis Evo best. Filem ni meninggalkan jauh kedua-duanya.
Jarang nak bagi review filem melayu ni. Tapi kalau filem sebegini padu, kita patut support la.
Aku ni seorang peminat filem action, tak kisah la filem mana negara sekalipun, aku layan ja. Kalau filem tu tak best, aku kata tak best. Atau aku tidur ja dalam pawagam tu. haha..
Filem ni hampir sempurna semua babak, kecuali masa Aaron Aziz baling bom dan cucuh cigar. Lain diatur mantap. Kisah polis tangkap polis (makan rasuah) Zul Ariffin first time aku suka tgk lakonan dia. Sebab selama ni mcm kayu ja pun. haha..
Akhir kata, pi tengok, tak rugi langsung. Okbai!
#sheriffmovie
Credit to Muhd Hafiz Azmi
Dengan jalan cerita, karakter hebat pelakon dan berkali-kali plot twist yang bikin penonton terpegun, Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mampu pecahkan rekod Filem Mat Kilau sebanyak RM97 Juta dua tahun lepas.
Setakat beberapa hari ini Sheriff kekal mendapat rating yang tinggi antara 9.5/10 dan 10/10. Kebanyakkan ‘Movie Review’ di Malaysia juga memberi pujian kepada Sheriff yang dianggap permulaan filem Melayu ke level ‘International’.
Jika seorang penonton repeat 2 atau 3 kali, filem ini mampu catat kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia.
#ohmedia #ohseenema #sheriff #narkointegriti #ej
credit to ohmedia.
Sheriff: Narko Integriti (2024)
Syafiq Yusof is THE NOW of local cinema!
Sinopsis:
Nazri (Syafiq Kyle) adalah seorang polis bahagian narkotik yang juga merupakan pembunuh bersiri bergelar sebagai Meth Killer yang membunuh tokan dadah dan polis korup. Sheriff (Zul Arifin) pula seorang polis yang tugasnya menangkap polis korup dan kini ditugaskan untuk menangkap Meth Killer. Mereka berdua juga dalam waktu yang sama sedang berhadapan dengan kes dadah Tony Ifrit (Aaron Aziz).
Review:
Betul ke best cerita ni?
Betul ke padu?
Memang plot twist dia gempak sangat ke?
Ada babak tempak sniper atas katil tak?
Ok dia macam ni lah, rata-rata yang dah tengok filem ni akan kata filem ni gempak gila babun sampai senggama minda tahap hijab terbukak ke langit ketujuh bagai.
Aku bila keluar tengok filem ni pun aku kagum, rasa seronok, so kesimpulannya aku rasa best la kan tengok filem ni?
Ya memang filem ni best pun, tapi bukan lah tahap padu ke gempak ke. Filem ni best sebab filem ni best.
Dan plot twist – plot twist tu semua bagi aku memainkan peranan kecil je kenapa aku rasa filem ni best.
Malah dia punya babak sailang-menyailang konon ala The Departed tu, boleh je polish lagi.
Jadi filem ni bukan filem yang perfect.
Cuma bestnya filem ni adalah kerana kematangan yang cuba dibawakan oleh Syafiq Yusof dalam industri perfileman lokal serta genre kepolisan.
Ini memang aku ingin berikan kredit kepada Syafiq Yusof sebab kalau tanya aku siapa pengarah paling berevolusi di Malaysia ni, ia adalah beliau!
Bayangkan buat filem SAM masa umur 19 tahun (kalau tak silap la). Dan beliau dengar satu persatu keluhan penonton tentang filem dibikinnya.
Bila Misteri Dilaila dulu kene hentam, dia tampil ke hadapan explain satu persatu.
Dan orang selalu hentam dia tak pandai buat skrip, jadi dia jadi director saja guna skrip orang lain.
Kalau tengok filem-filem beliau sebelum ni sampailah ke filem Sheriff, korang akan nampak kematangan dalam gaya pengarahan beliau ni.
Aku kagum.
Dan kredit untuk pembikinan filem ni tak boleh hanya diberi pada Syafiq, ia perlu diberi juga kepada penulisnya iaitu Nazifdin Nasrudin yang sebelum ini pernah menjadi penulis untuk siri tv Special Force: Anarchy.
Kedua-duanya ini bergabung sebagai kuasa dinamik dalam menghasilkan karya sebegini.
Tak cukup dengan tu, ia ditambah pulak dengan lakonan-lakonan terbaik dari para pelakon dalam filem ni.
Aku paling suka lakonan dari Syafiq Kyle dan Azira Syafinaz, sekalipun ramai yg menyukai Zul Arifin lagi.
Bagi aku Zul Arifin masih lagi Zul Arifin dan karakternya memang sesuai untuk watak Sheriff ni yang ala-ala detektif penyiasat serta sangat ‘laid back’.
Tapi Syafiq Kyle sendiri sebagai Nazri, the Meth Killer, sangat kontra dengan watak Sheriff tapi beliau berjaya menimbulkan empati dan berhubung dengan penonton.
Begitu juga Azira yang aku rasakan cukup berwibawa sebagai anggota polis dalam filem ni. Aku nampak Azira memang boleh pergi jauh sebagai seorang pelakon selain dari menjadi penyanyi kumpulan De Fam.
Jadi bila pelakon pun dah best, penyampaian dialog dan cerita tu pun jadilah best jugak.
Kita pun jadi khayal tengok cerita ni berjalan selama 2 jam 20 minit tanpa sedar kerana apa yang dipaparkan melalui konflik, watak, cerita, ia melekakan!
Lepas-lepas tu lah baru kita terfikir oh kenapa ni macam ni, eh kenapa ada macam tak betul je dengan plot ni, ahhh macam tu rupanya.
Tapi itu semua tak penting.
Yang penting adalah pengalaman menonton filem ini di pawagam yang memberikan kesan mendalam dan kenangan!
Jadi aku memang suka filem Sheriff ni serta berharap supaya Syafiq Yusof boleh meluaskan lagi bakatnya dengan mencuba pelbagai lagi genre yang boleh di-explore.
Dan ya, Lizzie masih maintain comel ya.
Verdict: Jangan tunggu keluar Netflix.
Rating: 8/10
#SHERIFF #NarkoIntegriti #HDABDHMD #HadyMovieReview
Credit to:  Hady Abd Hamid
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment, Drama sheriff full movie, sheriff narko integriti film full movie, Sheriff narko integriti film full movie youtube, sheriff narko integriti full movie free, sheriff narko integriti full movie online, sheriff narko integriti cast, sheriff narko integriti netflix, sheriff narko integriti pencuri movie, sheriff narko integriti tgv, Sheriff: Narko Integriti | Movie Release Showtimes & Trailer, sinopsis penuh sheriff full movie

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.