• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

Zik · Sep 2, 2010 · 29 Comments

Share this on WhatsApp

https://i0.wp.com/www.darussholah.net/images/news/0022.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan pemergianmu ditangisi πŸ™ πŸ™ bagi insan yang benar-benar beriman, menghayati erti ramadhan kali ini. Benar kata rakanku, taufik ketika perbincangan hidup seorang blogger pada minggu yang lepas benar-benar mengingatkan aku perkara ini.

Ikuti beberapa amalan yang perlu kita pertingkatkan di malam terakhir ramadhan ini, moga kita mendapat malam lailatur qadar, insyallah.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah. Qiamullail suatu amalan kerohanian yang sepatutnya kita berusaha untuk lakukannya secara konsisten. Biarpun dapat sempat solat tahajjud, itu sangat besar pahalanya disisi Allah. Kerana terdapatnya pahala dimana kita bangun dari lena tidur yang mengasyikkan, bantal yang empuk dan juga disisi isteri yang dicintai. Bangkit dari tidur ini, merupakan satu jihad yang tinggi darjatnya. Subhanallah.

Mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikut tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada Ai’syah r.a yang masksudnya:’ Adalah rasulullah S.A.W apabila tiba sepuluh isteri-isterinya dan mengikut tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatur Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasululah s.a.w bersabda bermaksud : Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam lailatur Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Melakukan iktikaf di masjid/surau pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:” Biasanya Nabi  s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan ramadhan. “

Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

Memperbanyakkan sedekah.

Semoga ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 10 akhir ramadhan, tingkatkan amalan kerohanian

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. rashid says

    September 2, 2010 at 8:24 pm

    Thanks…moga amalan diterima walaupun sekecil-kecil zarah…

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 4:51 pm

      insyallah semoga kita beroleh.. keberkatan 10 malam terakhir nie.. bro

      Reply
  2. zulkbo says

    September 3, 2010 at 12:25 am

    Salam Zik…
    Sesamalah kita mengimarahkan
    10 malam terakhir dengan amalan
    moga di limpahi ganjaran berganda
    kesihatan kena jaga juga bro.. πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 4:57 pm

      yea betul tuh… kesihatan kena utamakan juga.. yang muda2 masih sihat kena rajin… huhu

      Reply
  3. Ali ridha says

    September 3, 2010 at 1:54 am

    mari lah kita kuatkan ibadah.pada
    10 malam terakhir Ramadhan.

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:02 pm

      insyallah.. sementara kita masih diberi kesempatan ….

      Reply
  4. zezebel says

    September 3, 2010 at 5:17 am

    Terima kasih dengan ilmu yang dikongsi.

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:03 pm

      terima kasih kembali….

      Reply
  5. suri says

    September 3, 2010 at 6:11 am

    semoga setiap yang kita lakukan akan mendapat manfaat dariNYA.

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:04 pm

      insyallah… yang penting kita berusaha.. untuk mendapatkannya..

      Reply
  6. fawzan says

    September 3, 2010 at 8:23 am

    surau dah makin kurang orang bertarawih..bayangkan pahala yang kita lepaskan sekiranya malam tu malam Lailatul Qadar..alangkah ruginya..

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:05 pm

      rugi2.. kerugian yang amat…

      Reply
    • Sir Marcello says

      September 3, 2010 at 8:58 pm

      mungkin dah ramai pulang ke kampung dan mungkin lagi kuat beribadat di kg halaman masing2 πŸ™‚

      Reply
  7. Thoha says

    September 3, 2010 at 9:35 am

    semoga amalan kita akan diterima dibulan yang mulia ini..

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:23 pm

      moga2 nya insyallah.. bro dah balik dekat kg ek…

      Reply
  8. Hadi Rofiee says

    September 3, 2010 at 10:17 am

    B’sama2 mengecapi malam lailatul qadar. :face:

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:26 pm

      mari kita hidupkan malam lailatul-qadar

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        September 4, 2010 at 12:15 am

        Aamiin. Semoga dipertemukan. πŸ˜‰

        Reply
  9. tehr says

    September 3, 2010 at 1:28 pm

    aku belum bayar zakat lagi
    esok atau lusa kot
    insyaallah

    Reply
    • Zik says

      September 3, 2010 at 5:30 pm

      owh … boleh jer..masih lagi sempat nie bro… tehr

      Reply
    • Sir Marcello says

      September 3, 2010 at 9:01 pm

      area aku RM6.80…kat tempat hang cam mana lak?

      Reply
      • Zik says

        September 4, 2010 at 8:56 am

        rm7.00

        Reply
  10. Zik says

    September 3, 2010 at 4:59 pm

    syukran2… jazilan.. yang muda2 nie kena berusaha nie…sementara masih kuat dan sihat…

    Reply
  11. Zik says

    September 3, 2010 at 5:32 pm

    insyallah doa tuh memang kita kena berusaha selalu..untuk dapatkan malam yang dinantikan bagi yang benar2 mengimpikannya…

    Reply
  12. Sir Marcello says

    September 3, 2010 at 8:57 pm

    senyuman juga adalah sedekah…jangan lupa tersenyum tau πŸ™‚

    Reply
  13. dedoku says

    September 3, 2010 at 11:45 pm

    Biasalah manusia kadang2 alpa jadi saling memperingati
    adalah tazkirah dan teguran yg bagus πŸ™‚
    Penat cari saham dunia tp saham akhirat jgn dilupa gak..he3
    Barakah ramadhan jangan dilepaskan πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      September 4, 2010 at 9:21 am

      betul2 saham akhirat yang paling penting..

      Reply
  14. ishak says

    September 4, 2010 at 2:41 am

    aku rindu dengan ramadan kali ini..herm…. πŸ™

    Reply
    • Zik says

      September 4, 2010 at 9:21 am

      syukran2.. moga kita beroleh.. keberkatannya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: