Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sekarang ini kita berada dibulan sya’ban dan tinggal beberapa mingu sahaja lagi , akan bermulalah bulan ramadhan dimana bulan yang kita seharusnya merebut pahala yang sebanyak mungkin. Untuk itu, sebelum kita menghadapi bulan ramadhan ini, marilah kita ulang kaji apa yang perlu disemak balik, mungkin sudah lupa.
Ya, hampir setiap tahun kita mengerjakan ibadah puasa ini. Namun, bagi aku persiapan menghadapi bulan ini bukan sahaja penting tetapi adalah untuk kita bersedia sebaik mungkin kerana mana tahu kita tidak berpeluang untuk menikmati bulan puasa akan datang, disebabkan faktor kesihatan, usia ataupun kita sudah tiada lagi.
Dibahagikan kepada 4 persiapan, iaitu persiapan roh keimanan. Kedua ialah, I’dad Jasadi iaitu persiapan fizikal badan, yang ketiga adalah I’dad Maliyah, yakni persiapan harta. Dan yang terakhir ialah h I’dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
1. Persiapan rohani.
Bagi orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. Biasanya mereka berdoa :
“Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”
Dalam rangka persiapan rohani itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rejab. Tapi ini bermaksud, bulan lain pun buat jugak,tak!. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rejab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan, bulan Rajab dan Sya’ban adalah masa pemanasan (warming up), sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah biasa dah untuk menjalani ibadah ini dengan senang lenang.
2. Persiapan fizikal:
Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan persiapan fizikal yang lebih baik dari hari biasa. Sebab, jika badan lemah, nak buat ibadah kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita perolehi secara maksimum. Maka, sejak bulan Rejab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnat, banyak berinteraksi dengan al-Qur’an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan juga aktivti kemasyarakatan seperti biasa.
3. I’dad Maliyah, persiapan harta.
Kita kena ingat, persiapan harta bukan semata-mata untuk membeli keperluan berbuka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Maksudnya disini ialah mempersiapkan harta adalah untuk melipat gandakan sedekah, kerana Ramadhan merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.
4. I’dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan kita ini dalam semaksimum mungkin, diperlukan kita mendalami wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna untuk merajinkan diri kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW, selama di bulanRamadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan perlbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.
Semoga persiapan kita menghadapi bulan ramadhan ini dan juga ibadah-ibadah yang lainnya, kita mendapat di tahap yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah. Jika sebelum ini, datang sembahyang lewat sikit. Hari ini, kita cuba datang awal dan sembahyang sunat tahiyatul masjid.
Bersambung, ada lagi nota tambahan yang akan dikarang, minggu hadapan. Insyallah.(untuk point no4) .
Sumber abatasa.com
π Memang perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal sempena Ramadhan yang bakal tiba ni..
siapkan mana yang kita sempat…
Bulan Ramadahan ni bulan rezeki untuk dunia dan juga akhirat, jika kita pandai mencarinya.
terima kasih Zik kerana berkongsi ilmu di hari jumaat.
betul juga mencari rezeki yang kita tidak sangka2…
bulan Ramadan bulan latihan, pesta ibadah, bukan pesta makanan ye..
tingkatkan amalan.. insyallah… rezeki bertambah…
Allahumma bariklana fi Rajabi wa Syaaban, wa balighna Ramadan…
Syukran2…
Terima kasih sharing yang bernilai ni Zik!! tak sabar menunggu Ramadhan, terawih~~terawih~~ π
haha.. nih mesti rajin nih… bagus2x…
Dugaan semasa puasa pun kuat juga.. Lebih2 lagi kat ofis ada pulak yang meracun ajak lepak kedai..he3
siap nak sponsor rokok lak tuh..haha
tak sabar nak tunggu puasa dan raya..tapi dulu2 masa kecik best giler bila dh hujung2 bulan pose..sekarang ni ntah lahh
sekarang nih keadaan mungkin sudah berubah… ada responsibility, dan juga mungkin tempat dan situasi dah tak sama macam dulu2…
tak sabar ni menanti Ramadhan Mubarak…
tak sabar jugak.. tapi masih tak berapa nak bersedia lagi nih…. usaha2x..
oik.. puasa pun mahu training gak? pre-season puasa lah nie? π
jangan lupa persiapan raya juga
kelak tak ganggu terawih
kena siapkan pada hari siang.. kalau malam ., tak pergilah jawabnya terawikh… huuhuu
bulan ramadhan bulan yg selalu dinanti2 π
orang yang menghayati bulan ramadhan dan beriman merindukan bulan ramadhan ini…insyallah…
semakin terasa rindu dan tak sabarnya bertemu Ramadhan, alangkah bertuah bg org muslim yang masih diberi peluang keemasan ni
ada yang tak mampu nak buat ibadah seperti ini, sebabnya faktor kesihatan dan juga sibuk… huhu
tak sabar nak masuk bulan puasa. meriah nanti timeline. hehehe!! berterawih, berbuka, bersahur..sumpah best nanti!!
meriah sungguh kan… huhu
orang berpusu-pusu nak ganti puasa tahun lepas.
sepatutnya nak ganti hendaklah sebelum masuk tahun baru islam.. π (bapa saya cakap mcm ni)
tapi yang penting ganti puasa tahun lepas untuk persiapan puasa tahun ni.
bagi training perut tu untuk persiapan menghadapi perut kosong (puasa). π
ya betul tuh kasi biasakan perut… tapi yang selalu puasa sunat… takda masalah…. huhu
Rakan wanita dipejabat sudah mula mengantikan puasa.
syukur2… kalau tak mampu, bayar fidyah pun boleh…
salam..
alhamdulillah..
sesamalah kita ye?
π
terasa xsabar lak nak puasa ni..