Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Diantara 20 sifat wajib yang perlu kita ketahui bagi umat islam ialah seperti berikut.
1.Wujud
Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.
2.Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
3. Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya. Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk. Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.
5. Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
6. Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa. Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.
7. Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.
8. Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya. Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
9. Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya. Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.
10.Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup. Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.
11. Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar. Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.
12. Basar
Ertinya Allah bersifat melihat. Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan.
13 Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman. Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran. Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.
14. Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil Allah dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.
15. Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.
16. Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.
18. Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
19. Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.
Jom kita dengar 20 sifat wajib yang di perdendangkan oleh Kumpulan Raihan. Agar mudah cepat hafal. Teringat dulu zaman sekolah, memang ingat dan hari-hari kena nyanyikan, tapi masa tuh bukan lagi raihan lagi. Lagu lain.
Liriknya:-
Haya Nal kul Sifat-Allah
Haya Na’ rif Wahdaniatah
Allah
Wujud
Qidam
Baqa’
Mukhalafatuhu Lilhawadithi
Qiyamuhu Binafsihi
Wahdaniah
Qudrah
Iradah
Ilmun
Hayat
Sama’
Bashar
Kalam
Qadiran
Muridan
Aliman
Hayyan
Samian
Bashiran
Mutakalliman
Sumber lirik lagu dan Putera
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
dedoku says
Perkongsian yang bermanfaat! tambah2 lagi hari ni jumaat. sayyidul ayyam 🙂
Zik says
syukran2…
mankuchai says
salam,
Masa sekolah rendah dulu,tiap2 hari jumaat,kena soal dengan ustaz sifat 20,yg tak dapat baca atau gagap,kena tulis 20kali sifat 20puluh atas kertas 🙂 terima mengingatkan kembali tentang sifat 20 ni 🙂
Zik says
terima kasih kembali… dulu time sekolah memang kena nyanyi… huhu
NiSa says
satu peringatan yg baik.
Zik says
ya sukran jazilan…
etomyam says
terbaik bro zik..untuk manfaat bersama
Zik says
insyallah manfaat bersama-sama..
zulkbo says
salam..alhamdulillah..perkongsian yang bagus saling mengingati perkara yang kita mudah lupa..
Zik says
ya manusia seperti aku selalu lupa…
zezebel says
Bagusnya Zik ni.., suka kongsi ilmu agama.
terima kasih ya. Bleh la try hafal lagu ni…, ada lirik lagi.
Mama Murai says
zik memang budak yang baik Z, tulisnya berlapik, sopannya terpancar. cute pulak tue. Tamat graduasi nanti belanja mama makan nasi ayam ek.
Pstt.. Zik berapa ringgit kau nak bagi saya? hehe
Zik says
arrkk.. mama.. 2hengget.. hehe
syafiq.net says
baik sekali entri ni. aku rasa nak buat entri macam ni juga la 😀
Zik says
boleh jer…
hafidz says
Yeah~
Wajib kita mengetahuinya 🙂
Zik says
marilah kita bersama-sama…
tehr says
orang tua2 selalu beri pesan
sifat 20 ni mesti kena ingat
Zik says
betul tuh….
suri says
harus tahu sebagai org islam
Zik says
ya betul tuh…
hanif says
ni bab tauhid ea..tringat time sekolah agama dulu..thank zik kongsi info
Zik says
terima kasih kembali… :biggrin:
Fitrihadi.com says
satu cara menghargai pemberiannya adalah sembahyang..masih ramai yang tak bersyukur dengan pemberiannya..
Zik says
ya betul tuh bro..
Mohd Hafiz says
subhanallah…nama yg indah…. zik.. sy nak buat blog bahasa melayu mcm zik jugak lh… tp skuwnk nih bz sangat.. harap2 sy lulus dan habis sem 1 tahun ini insyaAllah..
Zik says
nanti settlekan sem nie dulu ek… pastu buat la..hehe..
muhammad.asri says
bukan nama indah , akan tetapi itu adalah sifat allah yang wajib kita ketahuai,
contohnya : wujud : allah itu ada akan tetapi dia tidak menampakan dirinya kepada mahkluk nya . suatu saat kita di surga akan melihat allah secara langsung
sedangkan yang nama indah , baik bagi allah adalah :terdapat pada asmaul husna
mempunyai nama 99 baik allah
al-rahman , al-rahmin , al malik, al kudus , al salam
donny says
perkongsian menarik untuk semua..
Zik says
ya betul tuh… 😆
rahman says
bagus perkongsian macam ni . jarang orang buat . tahniah bro 🙂 :biggrin:
Zik says
syukran2 jazialan.. mana yang termampu…
sazuwi says
jika dihayati dengan mendalam, pasti kiter sedar betapa hebatnya Pencipta kita..
Zik says
ya betul tuh bro…. 🙂
hyprobulksms says
Dapat mengingatkan kembali kita tentang ajaran yang sering terlepas pandang untuk diamalkan..
teringat dulu-dulu sekolah petang (sekolah agama Johor). Kalau tak hafal ni, almaklum akan berdiri diluar tingkap.. atau berdiri atas kerusi hehehe… :biggrin:
Zik says
dulu kena berdiri atas meja… ahhh malunya..
ishak says
terbaik ni zik..memang bagus untuk perkongsian bersama,sebab sekarang ada yang dah berumur 30 tahun tak tahu benda ini
Zik says
dulu sekolah agama memang kena hafal 20 sifat wajib nie..
Zik says
30 tahun?? memang tak mustahil sekarang nie..huhu
siti nazatul najihah says
20 sifat yg patut dibaca….alhamdulilah jumpe gak artikel nie….share fb…
Zik says
terima kasih kembali…
natasya says
Sifat 20 ini buat untuk semua.Kita semua kena ingat allah.Kita banyak beristingfar banyak-banyak supaya hati kita terang mnerima ilmu….