• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Sejauh mana Fasa kedua dan ketiga ramadhan anda, tahun 2011???

Sejauh mana Fasa kedua dan ketiga ramadhan anda, tahun 2011???

Zik · Aug 20, 2011 · 14 Comments

Share this on WhatsApp

fasa ramadhan, tiga fasa ramadhan, gambar fasa ramadhan, malam lailatur qadar

Alhamdulillah selesai sudah terawikh malam tadi. Mungkin kita ini diantara sedar dan tidak telah lebih dua puluh hari kita berpuasa Ramadhan,  ini bermakna kita sama-sama  telah melangkaui fasa ke tiga Ramadhan. Masyallah tuan-tuan begitu pantas masa berlalu. Fasa pertama telah dikupas pada entri yang lepas. Aku terus kupas fasa kedua dan ketiga sekali gus. Senang cerita.

Fasa kedua maghfirah (Keampunan Allah)

Ikuti kisah nabi Muhammad S.A.W :

Ketika Nabi Muhammad S.A.W ingin menaiki mimbar, umat baginda mendengar baginda Nabi Muhammad S.A.W menyebut amin ketika menaiki tangga pertama. Di tangga kedua mimbar mereka terdgr lg baginda menyebut amin dan begitu juga seterusnya di tangga ke tiga mimbar. Ditanya para sahabat apakah yang diaminkan oleh baginda Muhammad SWA td, jawab baginda Muhammad S.A.W :

“Sesungguhnya Jibrail AS telah dtg kepadaku lalu membisik (doa) kepadaku, celakalah orang yg mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tetap tidak diampuni“

Lalu aku mengaminkan doa itu. Yang kedua celakalah orang-orang yang ketika disebut namamu tetapi tidak disambut dengan selawat keatas mu. Lalu aku mengaminkan doa itu. Yang ketiga, celakalah orang yang mendapati kedua ibu bapanya yang tua ataupun salah seorang tetapi tidak memasukkan dia kedalam syurga. Lalu aku mengaminkan doa itu.”

Unutk itu, marilah kita memohon doa kepada Allah SWT supaya di hapuskan semua dosa kita yang lepas agar kita tidak tergolong dari golongan diatas.

 Fasa ke tiganya ialah ( merdeka dari api neraka)

Menanti di fasa terakhir Ramadhan ini ialah bebasnya dari api Neraka dalam ertikata setelah melalui dua Fasa Ramadhan, maka di penghujung Ramadhan janji Allah kepada manusia ialah terbebasnya manusia dari api neraka. Terbebasnya manusia dari api neraka ini merupakan hadiah Rabbul Jalil kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi Ramadhan dengan keyakinan , kepercayaan, ketelusan dan kesabaran mereka inilah yang akan diampunkan oleh Allah SWT.

Fasa terakhir Ramadhan ini dianugerahkan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar. Umat Islam akan memperolehi pahala dan keberkatan  amalan dengan melebihi seribu bulan. Walaubagaimanapun ia hanya boleh diraih bagi mereka yang berusaha keras dengan mengikut tertib dan amalan yang telah digariskanpandukan oleh para ahli ibadat dan salafussoleh.

Untuk kita memperoleh dalam mendapatkan kemuliaan dan keagungan malam fasa ketiga dan terakhir Ramadhan ini ialah dengan memperbanyakkan

  1. berzikir,
  2. bertakbir,
  3. bertahlil,
  4. berdoa,
  5. beriktikaf,
  6. bertadarus Al-Quran hingga khatam,
  7. beristighfar
  8. mendirikan Qiamullail.

Bersama-samalah kita memohon dijauhi azab seksa kubur dan juga dijauhkan daripada api neraka Allah SWT. Ayuh! tingkatkan lagi usaha kita dalam menantikan malam lailatur qadar di fasa ketiga ini.

Tiga fasa yang disebutkan pada pertama (entri lepas)  dan kedua dan ketiga diatas tadi, walaupun mudah dan nampak macam senang saja bunyinya, namun untuk kita melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, mintalah bantuan dari Allah jangan kita berhenti berdoa, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai TARGET kejayaan Ramadhan kali ini.

Aku  mengharapkan anda semua faham dengan apa yang dimaksudkan. Apa yang ditulis hanyalah sebagai peringatan sendiri semata-mata, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk saemata-mata. Ia adalah sebagai perangsang/motivasi diri sendiri untuk terus berusaha kutip selagi yang boleh diwaktu yang semakin singkat ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua. Insya-Allah.

Sumber dari citu.uitm, danish95,

credit gambar to persona

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 3 fasa ramadhan, apa yang perlu kita ambil dari 3 fasa ramadhan, fasa kedua ramadhan fasa ketiga ramadhan, himpunan fasa ramadhan 2011, kelebihan malam lailatur qadar, lailatur qadar, malam lailatur qadar, penerangan dalam fasa ramadhan

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. aimannajmy says

    August 20, 2011 at 7:21 am

    Selamat berpuasa zik… lama tui aku tak singgah blog hang ni huhu..kesibukan membataskan untuk blogwalking.. raya tahun ni maybe aku ada balik johor jap 2 3 hari.. boleh la p beraya umah ang noh huhu

    Reply
  2. Amirez says

    August 20, 2011 at 10:18 am

    kejap je dah masuk fasa ketiga puasa.
    tadarus dah banyak hari tertinggal sebab badan tak sihat.
    harapnya sempatlah habiskan sebelum syawal

    Reply
  3. zulkbo says

    August 20, 2011 at 10:20 am

    salam..
    alhamdulillah..
    fasa ke-3 yang
    di tunggu2 dah kunnjung tiba

    Reply
  4. akubiomed says

    August 20, 2011 at 10:58 am

    Ramadhan semakin ke penghujung banyak lagi hendak dikejar amalan 10 hari Ramadhan terakhir

    Reply
  5. galaxyniche says

    August 20, 2011 at 1:07 pm

    Sama2 kita mengejar lailatul qadar di 10hari terakhir ramadhan.

    Reply
  6. nizamghazi says

    August 20, 2011 at 5:47 pm

    Fasa ketiga kan kita berpuasa.
    Smoga amalan2 kita2 semua dpat diterima dgn baik. I’Allah.
    Sebenarnya rasa gerun dgn ayat2 di atas.
    Rasa masih belum sempurna

    Reply
  7. Pacifista - X says

    August 20, 2011 at 9:56 pm

    rasanya tak banyak sangat perubahan dengan ramadhan yang lepas.agak kecewa jugak.mengharapkan peningkatan tapi masih sama je.mungkin kurang motivasi diri agaknya…

    Reply
  8. muhammad fakhruddin says

    August 20, 2011 at 9:58 pm

    Saya pun tengah mood bermuhasabah, Allahu Allah…

    Reply
  9. Andy says

    August 20, 2011 at 10:29 pm

    SEkejap je ,ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungya .

    Reply
  10. Nik Thoha says

    August 21, 2011 at 1:31 am

    Alhamdulillah.
    kita kini berada di fasa terakhir bulan ramadhan yang dijanjikan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. beruntunglah bagi orang yang dapat menghayati sepenuhnya malam lailatul qadar ini.

    Ganjaran besar bagi orang2 beriman yang memperolehi malam lailatul qadar ini. semoga kita akan dipertemukan dengan malam lailatul qadar ini. sama2 berusaha untuk mencari lailatul qadar.

    Reply
  11. titan says

    August 21, 2011 at 5:45 am

    huhu..dah nak abis ramadan dah ni..rasa sedih plakk..

    Reply
  12. tehr says

    August 21, 2011 at 6:15 am

    pejamcelik2
    kejap je ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita

    Reply
  13. Fadzmie says

    August 21, 2011 at 6:17 am

    Semoga kita diberikan kekuatan extra untuk beribadat extra dalam 10 malam terakhir Ramadhan. 😉

    Reply
  14. dreamfinancebiz says

    August 22, 2011 at 9:10 pm

    ikut hati masin-masing…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss