Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for tingkatkan amalan kerohanian

tingkatkan amalan kerohanian

Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

Zik · Sep 2, 2010 · 29 Comments

http://www.darussholah.net/images/news/0022.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan pemergianmu ditangisi 🙁 🙁 bagi insan yang benar-benar beriman, menghayati erti ramadhan kali ini. Benar kata rakanku, taufik ketika perbincangan hidup seorang blogger pada minggu yang lepas benar-benar mengingatkan aku perkara ini.

Ikuti beberapa amalan yang perlu kita pertingkatkan di malam terakhir ramadhan ini, moga kita mendapat malam lailatur qadar, insyallah.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah. Qiamullail suatu amalan kerohanian yang sepatutnya kita berusaha untuk lakukannya secara konsisten. Biarpun dapat sempat solat tahajjud, itu sangat besar pahalanya disisi Allah. Kerana terdapatnya pahala dimana kita bangun dari lena tidur yang mengasyikkan, bantal yang empuk dan juga disisi isteri yang dicintai. Bangkit dari tidur ini, merupakan satu jihad yang tinggi darjatnya. Subhanallah.

Mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikut tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada Ai’syah r.a yang masksudnya:’ Adalah rasulullah S.A.W apabila tiba sepuluh isteri-isterinya dan mengikut tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatur Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasululah s.a.w bersabda bermaksud : Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam lailatur Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Melakukan iktikaf di masjid/surau pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:” Biasanya Nabi  s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan ramadhan. ” [Read more…] about Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.