3 fasa ramadhan.
“Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampunan dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.”
Kita sudah melepasi 10 hari ramadhan yang pertama, ini bermakna ada lagi 20 hari dan 2 fasa ramadhan yang perlu kita laluinya dengan penuh sabar dan hikmah, sebelum kita berhadapan dengan malam lailatur-qadar yang ditunggu-tunggu oleh Umat islam.
Fasa pertamanya Rahmat (kasih sayang Allah)
Maka berebut-berebutlah kita berdoa kepada Allah SWT supaya diberiNya kasih sayang, dicucuri rahmatNya keatas kita seluruh umat islam.
Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu..- Abu al-A’la al-Maududi
Seandainya solat tarawikh ada 100 saf maka pastikanlah salah seorangnya adalah kamu. Seandainya tinggal 10 saf maka pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal 1 saf maka pasti “bilal”nya adalah kamu!
Antara pernyataan diatas kedua-duanya memberi makna bahawa kita perlu mengambil bahagian dan tidak melepaskan peluang. Hari ini sudah masuk hari ke 11 ramadhan. Cuba kita imbas kembali, bertanya kepada diri sendiri, adakah benar kita berada di kelompok “rahmat” di fasa pertama ni?
- Adakah kita berasa ‘rahmat’ pada 10 hari yang lepas?
- Adakah kita rasa rahmat tak dengan datangnya Ramadhan?
- Adakah dengan datangnya ramadhan kita ikhlas beribadah?
- Adakah kita hanya sekadar raikannya sahaja?
- Adakah dengan ramadhan kita sudah berubah, dari selalu bersangka buruk kepada bersangka baik?
- Adakah kita dapat tahan mulut kita dari bercakap kosong?
- Adakah kita dapat jaga mata kita dari tengok benda yang sia-sia?
- Adakah kita betul-betul beribadah semata kerana kita beriman kepada-Nya dan mengharapkan sepenuh ganjaran hanya dari-Nya.
Moga dengan peringatan ini dapat mengingat kembali untuk terus berjuang. Apa yang diungkapkan diatas, aku sendiri pun belum tentu dapat nak jawab, terasa diri ini masih banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki.
Fasa kedua (hari ini) dengan tema ‘Pengampunan’. Insyallah akan diterangkan pada 20/21 ramadhan nanti.
Sumber anasxz,
yusuf laili says
Salam;
maknanya ada tiga rahmat sebulan berpuasa..byk juga ganjaran diterima oleh org2 yang mengerjakan ibadah puasa..TQ info bagus!!.
kopisoda says
sekejap jer kita suda melepasi fasa pertama.
kita teruskan untuk melalui fasa seterusnya pula π
zulkbo says
salam Zikr..
ermm..wallahualam..
hanya Allah jua yang menilainya,
sebaik mungkin cuba yang terbaik
moga di terima Allah..amin
faizul says
Salam Ramadhan bro,
Wah bagus lah info macam ni. Terasa mcm tak cukup lagi ilmu didada. Nak tunggu entri pasal fasa pengampunan pulak.
akubiomed says
Terima kasih perkongsian ini supaya dapat dimanfaatkan
Jai says
Soma ramadhan tahun ini lebih bermakna buat semua..
nizamghazi says
Info yang sangat memberi makna buat diri ini.
emm. harap dapat kekalkan semangat untuk tarawikh
walaupun beberapa hari terlepas
muhammad fakhruddin says
Kayu ukur Ramadan 1432H ialah 11 bulan yang mendatang…
Pacifista - X says
perut je yang berubah.nampak kurus cikit…
iman?nampak macam makin menurun.huhu…banyak2 la berdoa jangan sampai hilang iman ni…
bEe says
Fasa menguruskan badan kot π
Bagus artikel ni zik π Seronok pulak bila baca sbb bEe tak pnh lagi tahu perkara ni π