Lanjutan dari minggu lepas mengenai persiapan menghadapi bulan ramadhan almubarak 1432 H. Untuk kali ini ia dikupas lebih kepada persiapan ilmu. Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan dalam persediaan ilmu yang mencukupi.
1. Mengulangkaji ilmu tentang puasa;
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi dari segi aspek;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Mungkin kita sudah sedia maklum, namun bagi aku penting untuk ulang kaji, takut-takut sudah lupa atau ada lagi nota-nota tambahan. Untuk tahu nota-nota tambahan, kena tanya kepada yang lebih pakar, ustaz-ustaz, ustazah. Jangan pulak tanya orang yang kurang berilmu.
2. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan;
Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk mengetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan, akan dikupas pada minggu hadapan.
3. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan;
Supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.
Sumber dari ilmudanulamak
rasanya untuk bulan puasa akan datang ni nak beli buku pasal ramadhan dan saya akan kongsikan pasal buku tu nanti, hehe
itu sudah bagus.. kongsikan bersama kami yer
bila sudah ada ilmu, beramallah, buat sedikit demi sedikit dan istiqamah, banyakkan doa moga diberi hidayah dan juga ilmu yg bermanfaat
jangan lupa kita kongsikan ilmu itu sekali…
Semoga ibadah puasa kita diterima dan memberi keberkatan kepada semua…
Insyallah semoga kita semua mendapat rahmatnya…
berusaha untuk yang terbaik…
Apa kata Ramadan kali ini kita tidak hanya mengejar tadarus Al-Quran untuk khatam dalam tempoh sebulan.Apa kita kita bertadabbur dan merenung maksud ayat-ayat Allah, walaupun sedikit untuk peningkatan kefahaman dan amal. Mulakan dengan Al-Fatihah…
mulakannya secepat mungkin…
ilmu dan amal memang tak boleh dipisahkan
mesti jalan serentak untuk dapat hasil yang sempurna
kalau takda salah satu… akan rasa kekurangannya
terima kasih utk peringatan ni… semoga amalan di bulan Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya π
peningkatan dari tahun demi tahun… itu yang bagus…
Assalam…
Terima kasih atas info tu..
Jom berpuasa sunat ramai2 sbg persediaan menghadapi ramadhan nanti…
masih ada masa lagi untuk latih puasa nih…
wah… tak lama rasanya nak raya..eheh… π
puasa dululah….hehe
rasa macam sekejap dah tiba bulan ramadhan. tak sabar nak berpuasa π
samalah.. dh dekat dah ni…
Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. π
sangat2 bersyukur…denan kesihatan yang masih lagi ditahap optimum…
ramadhan muncul lagi, syukur..thanks ingat-mengingati π
peringatan untuk diri sendiri…
awal entri tentang ramadhan…
dah dekat sebenarnya… pejam celik2..
Mengharap dapat buat lebih baik dari Ramadan sebelum ini
anggaplah ia ramadhan terakhir buat kita…