• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Kepentingan Dan Teknik Mengira Pergerakan Seharian Bayi Dalam Kandungan

Kepentingan Dan Teknik Mengira Pergerakan Seharian Bayi Dalam Kandungan

Zik · Oct 26, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mengira pergerakan bayi dalam kandungan

Kandungan

Mencatat carta pergerakan bayi adalah aktiviti wajib yang akan dilakukan oleh anda semasa hamil. Pergerakan bayi adalah pergerakan yang kuat seperti rasa bayi menumbuk, menendang atau berpusing.

Para doktor dan jururawat akan menasihatkan anda untuk mengira pergerakan bayi sebanyak 10 kali sehari apabila usia kandungan anda memasuki minggu ke 28 minggu atau 7 bulan.

Kaedah ini dapat mengenal pasti  samada bayi dalam keadaan sihat, lemas terbelit tali pusat atau tidak sihat disebabkan mendapat jangkitan kuman menyebabkannya tidak seaktif seperti biasa lalu pergerakkannya pun berkurangan atau tidak sekuat seperti sedia-kala.

Bagaimana mengira carta gerak bayi ?

 

  1. Carta gerak anak perlu bermula setiap hari pada jam 9 pagi kerana pada masa ini anda selalunya sudah bangun dari tidur dan telah memulakan aktiviti harian.
  2. Mengira jumlah pergerakan anak dalam tempoh 12 jam bermula dari jam 9 pagi  hingga jam 9malam dan dalam tempoh 12 jam tersebut perlu ada 10 gerakan kuat.
  3. 1 pergerakan yang kuat dan diikuti dengan pergerakan ringan tetap dikira sebagai 1 gerakan.
  4. Mencatat waktu semasa lengkapnya 10 pergerakan. Ia mungkin berbeza pada setiap hari, mungkin sebagai contoh pada harini bayi anda melengkapkan 10 pergerakan pada jam 4 petang dan pada keesokkan harinya pada jam 5 petang.
  5. Melakukannya pada setiap hari dengan berdisiplin.

 

Bilakah masanya pergerakan bayi anda dikira tidak normal ?

Tidak lengkap 10 gerakan dalam tempoh 12 jam. Sebagai contoh pergerakan bayi anda hanya mampu mencapai kurang dari 10 gerakan bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Pergerakan bayi lebih lambat seperti biasa. Sebagai contoh pada kebiasaannya pergerakan anak anda lengkap pada jam 4,5,6 atau 7 petang namun pada hari tersebut pergerakannya sangat lambat dan hanya lengkap 10 pergerakan pada pukul 9malam.

Pergerakan bayi terlalu cepat dari kebiasaan sebagai contoh  pergerakan bayi lengkap pada jam 11.30 pagi atau 12.30 tengahari sedangkan pada hari – hari lain selalunya bilangan pergerakan mencapai 10 pada sekitar jam 4,5,6 atau 7 petang.

Jika anda dapati pergerakan bayi anda tidak normal, anda dinasihatkan untuk terus ke hospital di bahagian PAC ( Pregnancy Assessment Center ) untuk pemeriksaan selanjutnya.

Kerana kes seperti ini memerlukan pemantauan rapi di dalam wad bagi mengelakkan sebarang  komplikasi yang tidak diingini.

Perkembangan bayi yang lambat

Kebanyakan pemeriksaan ketika hamil boleh mengesani perkembangan bayi anda. Jika anda pernah mendapat bayi bersaiz kecil pada sebelum ini atau anda merupakan perokok tegar, doktor anda akan memantau proses hamil anda secara teliti.

Pemeriksaan tekanan darah boleh membantu dalam mengesan jika terdapat sebarang kemungkinan untuk berlakunya komplikasi. Jika anda khuatir akan kondisi bayi dalam kandungan,anda boleh memohon untuk uji kaji selanjutnya dijalankan dan kehamilan anda akan dipantau dengan lebih kerap.

Bilakah masa untuk dapatkan bantuan?

Pada minggu-minggu hujung hamil, anda seharusnya memantau perkembangan pergerakan bayi anda dengan teliti. Jika anda mendapati pergerakan bayi anda semakin perlahan atau terus berhenti, berkemungkinan bahawa bayi anda kurang sihat. Sila rujuk doktor anda serta merta.

Jika pemeriksaan menunjukkan bayi anda tidak membesar dengan baik di dalam rahim, doktor anda mungkin akan menyarankan bersalin awal samada melalui cara rangsangan bersalin melalui pemberian ubat atau pembedahan caesarean.

Pada masa yang sama, Jika anda mengalami penyakit akut secara mendadak seperti cirit birit, muntah-muntah, sakit di bahagian abdomen atau demam panas, sila rujuk doktor anda serta merta.

Kiriman- Dr Khairi Aiman

 

Share this on WhatsApp

Kesihatan Kepentingan Dan Teknik Mengira Pergerakan Seharian Bayi Dalam Kandungan, keperluan mengira pergerakan bayi dalam sehari, mengira pergerakan bayi dalam kandungan

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss