Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / KKM sahkan kes coronavirus pertama di Malaysia

KKM sahkan kes coronavirus pertama di Malaysia

Zik · Jan 25, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

coronavirus

Kita sebagai rakyat malaysia memang sangat bimbang dengan wabak yang sedang tular dinegara kita Dan ini hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) yang pertama di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu itu diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa tiga pesakit itu mempunyai kaitan dengan bapa dan anak dari Wuhan, China, yang telah disahkan positif dengan virus itu di Singapura tiga hari lalu.

“Tiga kes positif adalah isteri lelaki berusia 66 tahun yang diuji positif di Singapura pada 22 Jan, dan dua cucu mereka berumur 11 dan 2 tahun.

“Mereka melancong dalam kumpulan 10 orang dari Wuhan, sebelum kedua-dua lelaki itu ditahan dan diuji positif di Singapura.

“Berikutan itu, lapan orang yang tidak menunjukan sebarang gejala telah dibebaskan oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) dan mereka datang ke Johor Bahru pada 23 Jan.

“Kami dimaklumkan oleh KKS dan segera menempatkan lapan individu itu, dan mengasingkan mereka untuk pemeriksaan,” kata Dzulkefly kepada media.

Menurutnya, keputusan ujian lapan individu itu diperoleh lewat malam tadi, dan pihak berkuasa kesihatan telah membawa dua kanak-kanak itu dan nenek mereka ke Hospital Sungai Buloh untuk dimasukkan ke wad pengasingan.

Ibu kanak-kanak itu, yang berumur 36 tahun, telah disahkan positif tetapi turut dibawa ke hospital untuk menjaga anak-anaknya di bawah pengawasan ketat.

Dzulkefly berkata empat pelancong lain yang ujian mereka negatif adalah pasangan suami isteri dan dua anak mereka. Mereka telah meninggalkan negara ini pagi tadi untuk kembali ke China.

Sementara itu, ditanya sama ada KKM mempunyai data mengenai bilangan pelawat dari Wuhan yang berada di Malaysia atau jumlah individu yang telah melawat ibu kota wilayah Hubei itu baru-baru ini, menteri itu berkata mereka perlu berhubung dengan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata mereka bagaimanapun mempunyai data mengenai individu yang baru-baru ini melawat Wuhan yang mendapatkan rawatan di hospital dalam negara ini.

Menurut Dzulkefly, sejak 22 Jan, mereka telah menemui 11 suspek kes 2019-nCov di negara ini, tetapi 10 telah disahkan sebagai negatif.

Mereka adalah tujuh rakyat Malaysia yang baru-baru ini mengunjungi China, dua warga China dari Wuhan, dan seorang warga Jordan.

“Ujian yang keputusannya masih belum diperoleh melibatkan seorang rakyat Malaysia, yang baru-baru ini mengunjungi China.

“Dia kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Dzulkefly tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti individu yang disyaki dijangkiti virus berkenaan, namun berjanji akan mengemaskini maklumat kepada media dari semasa ke semasa.

 

 

Share this on WhatsApp

Kesihatan KKM sahkan kes coronavirus pertama di Malaysia, sudah berapa orang terkorban wabak corona virus di malaysia, update terkini kes coronavirus di malaysia 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.