• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Info dan panduan memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50)

Info dan panduan memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50)

Zik · Feb 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

adam2018, adam50,

Datuk Seri Najib: Anak lahir pada 2018 hingga 2022 dapat RM200!!

Ini telah diumumkan masa bajet 2018 tahun lepas. So apa yang diterapkan dalam hal ini ialah berkaitan dengan  pembangunan simpanan untuk anak kecil yang baru lahir 2018. Bermula dari bulan januari 2018 hingga 2022. Sekarang dah bulan februari 2018. Insyallah , kalau ada rezeki penulis juga bakal menimang cahaya mata yang kedua dalam bulan 3 atau 4 tahun ini, Amin.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masa bajet 2018 tahun lepas, berkata kerajaan buat pertama kali akan memperkenalkan satu skim yang memberi faedah kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022.

Dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, Najib berkata setiap anak berkenaan akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham. Semua anak layak untuk menerima tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Yang penting warganegara malaysia lah. Anak malaysia.

Baca juga : CARA MEMOHON AMANAH DANA ANAK MALAYSIA 2050/ADAM50

Tujuan utama penubuhan ADAM 2050.

Skim yang diusahakan bersama PNB bertujuan :

  • menjamin masa depan generasi Transformasi Nasional 50 (TN50) yang lebih cerah dan memupuk budaya menyimpan wang.

“Kerajaan bersama-sama PNB bersetuju supaya anak-anak ini dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di PNB,”

Mengenai pendidikan untuk generasi TN50 pula, Najib berkata sebanyak RM250 juta disediakan untuk empat inisiatif utama. Najib berkata, menuju TN50 kerajaan mementingkan aspek mencapai kualiti kerja dan kehidupan keluarga yang seimbang selain menekankan aspek pembelaan nasib semua golongan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya atau kurang pasti tentang dana ini. Jangan bimbang, perkongsian kali ini akan menyediakan serba-sedikit fakta tentang insentif ini. 

dana tabungan adam50 , adam 50,

Maklumat umum ADAM50

Secara ringkasnya, ADAM50 adalah insentif yang diberikan kepada semua bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 01 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Insentif ini adalah dalam bentuk dana berjumlah RM 200 yang diberi secara percuma sebagai dana permulaan tabungan sama ada di dalam dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau dana Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

Objektif utama insentif ini adalah untuk menggalakkan ibubapa memulakan dana tabungan untuk anak-anak mereka. Insentif yang diberikan ini, berserta agihan pendapatan dividen atau bonus ke atasnya, tidak boleh dikeluarkan atau ditebus sehingga tempoh matang bayi berumur 18 tahun. Jadi, memang sesuailah sebagai tabungan untuk anak-anak.

Kriteria kelayakan ADAM50

ADAM50 hanya layak diberikan kepada yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

  • Bayi lahir pada 01 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
  • Bayi merupakan warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis semasa pendaftaran ADAM50 dibuat

 

Cara Memohon ADAM50

Bagi yang memenuhi kriteria-kriteria di atas, maka boleh mulakan langkah untuk mohon ADAM50 bagi anak yang baru dilahirkan.

Tempoh permohonan adalah bermula daripada kelahiran abayi sehinggalah setahun daripada tarikh kelahiran bayi tersebut. Lebih dari tuh, dah tak boleh dapat kelebihan 200 unit uh.

Sebagai contoh, jika bayi lahir pada 20 Januari 2018, maka tempoh kelayakan untuk mohon ADAM50 bagi bayi tersebut adalah sehingga 20 Januari 2019.

Selepas tempoh setahun tersebut, maka kelayakan untuk mendapatkan insentif percuma ADAM50 adalah terbatal.

Cara nak memohon ADAM50.

Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia hanya perlu datang ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara seperti Maybank, CIMB, Pos Malaysia, RHB, AmBank, Affin Bank dan Alliance Bank dan membawa dokumen-dokumen berkaitan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu atau bapa atau penjaga yang berdaftar (yang sah punya).
  2. Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (jika MyKid masih belum diterima/siap lagi).
  3. Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi. (ini sebagai surat sokongan).

Isi borang pendaftaran dan serahkan dokumen-dokumen tersebut.

Jika semuanya memenuhi syarat, maka permohonan akan diluluskan.

Akaun untuk bayi akan diwujudkan dengan jumlah permulaan sebanyak RM 200 yang diberikan percuma.

adam 50 2018,

 

Pelaburan tambahan. 

Selepas akaun tersebut diwujudkan, maka ibu atau bapa atau penjaga berdaftar boleh membuat pelaburan tambahan untuk bayi dari semasa ke semasa.

Contohnya, boleh buat pelaburan tambahan setiap bulan yang ditolak daripada gaji. Contoh jerla kalau ada duit banyak , duit lebih orang cakap, boleh buat direct debit. Senang tak payah nak pergi bank ke apa. Transfer online pun ok gak kan. Yang penting tahu no akaun dia tuh.

Setiap kali bayi dapat duit orang bagi ke, sumbangan ke  seperti duit raya, bolehlah juga dimasukkan ke dalam akaun ini. Sekurang-kurangnya nanti masa umur 18tahun dia sudah ada duit sedikit untuk belanja masuk universiti atau kalau tak pandai boleh buat untuk duit belanja masa kerja di perantauan ke atau guna untuk kegunaan keperluan. Itu terpulang pada anak kita nanti tuh. Ker nak beli Iphone 15 kot masa tuh. Haha .

Dengan duit yang dimasukkan ini, berserta agihan pendapatan yang diberikan dalam bentuk dividen dan bonus, jumlah yang semakin bertambah ini boleh dijadikan dana untuk masa depan si anak, sama ada sebagai dana pendidikan atau modal memulakan bisnes kecil-kecilan nanti.

Idea aku ialah :

  • Bisnes AISKRIM
  • Bisnes Burger
  • Bisnes Air Balang
  • Bisnes Bakeri

Dan sebagainya. .

adam50,

Apakah ciri-ciri istimewa program ini?
Ibu bapa/penjaga berdaftar atau pihak ketiga boleh menambah pelaburan dalam akaun bayi mereka sehingga had maksimum yang ditentukan iaitu had terkini Akaun Bijak/Remaja ASB bagi Bumiputera dan had 50,000 unit ditetapkan untuk AS 1Malaysia bagi bukan Bumiputera. Had pelaburan maksimum ini adalah termasuk 200 unit insentif yang diberikan.

Pertanyaan mengenai ADAM50.

Berapakah jumlah unit insentif yang diberikan?
Sebanyak 200 unit percuma diperuntukkan bagi setiap bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022. Kalau nak tambah boleh, tambah lagi lah yer. Huhu..
Adakah unit percuma ini boleh dijual balik?
200 unit insentif dan semua pengagihan pendapatan serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi (sekiranya ada) dari unit insentif ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun. Ingat yer, lepas 18 tahun baru boleh jual balik.
Bolehkah pendaftaran ADAM50 dilakukan pada bila-bila masa?
Dia ada timeframe. Korang kena ingat tuh, pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut.Sebagaimana contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.
Siapakah yang layak untuk melakukan pendaftaran ADAM50?

Syarat umum pendaftaran akaun ADAM50 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
    1. Bumiputera – ASB
    2. Bukan Bumiputera – AS 1Malaysia
  2. Ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas sewaktu pendaftaran dilakukan

Sekiranya pendaftaran dilakukan oleh individu selain ibu atau bapa kepada bayi tersebut, dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau Perintah Mahkamah hendaklah dibawa bersama.

Bolehkah peserta ADAM50 menarik diri (tutup akaun) selepas pendaftaran dilakukan?
Peserta tidak boleh menarik diri setelah pendaftaran dilakukan, melainkan peserta tidak lagi memenuhi kriteria kelayakan am pelaburan ASNB, sebagai contoh status pertukaran Wargenegara.
Bilakah ADAM50 akan mula dilaksanakan?
  • 1 Januari 2018.
Adakah terdapat sebarang kuota berdasarkan etnik bagi ADAM50?
Tiada. Unit yang diperuntukkan dalam AS 1Malaysia bagi tujuan ADAM50 adalah terbuka kepada semua bayi warganegara Malaysia bukan Bumiputera, tanpa mengira etnik.
Berapa lamakah tempoh penyertaan ADAM50?

Akaun peserta akan mencapai tempoh matang setelah mencapai usia 18 tahun. Selepas itu, status akaun akan berubah menjadi Akaun Dewasa dan segala unit insentif beserta pengagihan pendapatan (sekiranya ada) boleh dikeluarkan seperti biasa.

Had maksimum individu peserta juga akan berubah mengikut had individu sedia ada bagi Akaun Dewasa ASB (bagi bumiputera), manakala tiada had bagi AS 1Malaysia, tertakluk kepada baki tabung sedia ada.

Sekiranya saya berkahwin dengan Bukan Warganegara, adakah anak saya masih layak menyertai ADAM50?

Seperti yang dinyatakan, bayi hendaklah warganegara Malaysia, dan lahir pada atau selepas 1 Januari 2018. Bagi kes ini, sekiranya bayi tersebut adalah warganegara Malaysia, proses pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa/penjaga yang berstatus warganegara Malaysia.

Sekiranya anak saya lahir pada 31 Disember 2017, adakah anak saya layak menyertai ADAM50?
Tidak layak. Hanya bayi yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2018 yang layak menyertai ADAM50.
Bukankah ini sesuatu yang baik?

Jadi, kalau anda ada anak atau bayi di bawah jagaan yang dilahirkan pada tempoh 5 tahun bermula tahun 2018 ini, jangan lupa untuk dapatkan insentif ini ya.

Untuk lebih banyak maklumat berkaitan ADAM50, boleh terus ke laman rasmi ADAM50.

Banyak lagi info yang korang boleh dapat apa-apa segala kemusykilan dan juga sebarang pertanyaan boleh tanya disana terus ok.

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi adam 50, adam 50 2018, cara nak memohon adam 2050, cara nak mohon adam 50, panduan isi borang memohon adam 50 2018, panduan memohon adam 50 2018, panduan memohon Amanah dana anak malaysia 2050

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi

Budaya menabung.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Aku kaya. Hehe Adakah anda sudah mula menabun…

Ekonomi

Mustahil hidup tanpa hutang?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hutang…

Ekonomi Pengumuman

Sah, harga minyak ron 95 turun 35sen rm1.91 seliter januari 2015!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berita baik menurut entri yang lepas, belum c…

%d bloggers like this: