Semua orang ada gigi, kecuali orang yang takda gigilah kan? hehe
Gigi cantik serlah senyuman menawan.
Gigi yang cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Sebab itu, kadang-kadang ada orang sanggup letak gigi besi untuk nampak kelihatan teratur dan kemas. Gigi aku memang dah terabur, dah tak boleh nak diselamatkan, kos untuk letak besi agak mahal sekarang nie.
Banyak bakteria bersarang di dalam mulut.
Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan mengkatakan dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Memanglah tak semua bakteria itu jaha( membahayakan) kerana sebahagian besarnya memang diperlukan untuk membantu percernaan makanan.
Sebab itulah penjagaan gigi amat penting bukan sahaja untuk kesihatan yang baik tetapi memberi keyakinan diri yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gusi dan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka sihat dan tetap cantik apabila sudah dewasa kelak.
Ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk membaik pulih gigi agar kelihatan cantik.
Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan engan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Oleh itu adalah penting untuk melindungi, memberi pendedahan mengenai penjagaan gigi ini, dari kerosakan, dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.
Panduan penjagaan mulut baru baru lahir-2 tahun.
- Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa selepas makan dan sebelum tidor.
- Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu didalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
- Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jiga gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun
- Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidor.
- Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
- Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun.
- Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdsarkan minat dan kebolehan.
- Mula ajr menggunakan floss pada bahagian gigi yang rapat.
- Berjumpa dengan doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12
- Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dibawah pengawasan ibu bapa. 8 tahun dikira purata umur kanak-kanak sudah boleh berdikari memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri dalam 10 tahun.
- Kanak-kanak harus memberus gigi dengan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi. Rasanya di sekolah, ada doktor gigi buat demonstrasi cara untuk gosok gigi yang betul.
Tips yang lain, untuk semua peringkat golongan umur.
- Tukar berus gigi dalam setiap 3-4 bulan
- Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.
Selamat menjaga gigi anda, gigi yang cantik dan menawan memberi satu senyuman yang bermakna untuk kita semua. Kan senyuman itu sedekah. :biggrin: :biggrin:
Sumber bharian. Habsah Dinin.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
hyprobulksms says
Saya jumpa kambing yang paling hensem dalam blog Zik. Lawa gigi kambing tu..hihi
hafizmd says
hahahaa…mmg lawalah gigi kambing tuh..
hyprobulksms says
Haha, gigi palsu jer tu. Tu la nampak lawa nampak sangat dah lekat dengan po-lident :w00t:
Zik says
sory2..gambar contoh… hehe
ST says
Aku mungkin dah mula kena tempah gigi palsu sebab masa kecik dulu tak jaga gigi.. huhu
Zik says
gigi dah rompong ke ST ke?? huhhu
zezebel says
Macam iklan colgate plak…. 😛
Kat dalam gambar budak kecik tu siapa? Zik ke?
Zik says
hehe bukan… ntah sapa …
Kamal Mustafa says
Kalau guna flos boleh cegah gigi rosak.Tapi kena gosok kalau tak berbau pulak
Zik says
erm betul tuh.. bro..
Eizil says
Tips yang berguna, tapi yang lagi menarik, gambar gigi kambeng, siap pakai braces, memang takleh blah…
Zik says
pelaris katanya..hehe
Mohd Hafiz says
thanx 4 sharing…
btw…zik… kwn sy guna keyword ini utk afd dia… gempak OoOoo….
try la zik…
Zik says
owh ok …dah try… 10q… hehe
fiezaradzi says
nasib baik si kecil 2 tahun tu nak gosok gigi.. lagi satu rasanya, budak2 kecik ni jgn la diajar sgt makan gula2, sbb most budak2 gigi dah rongak sbb selalu sgt makan gula2.. wpun gigi tu akan jatuh nnti, tapi nmpak tak comel.. hehee..
bagus info ni.. thanks
Zik says
betul tuh… kak… bagus2 anaknya dah pandai gosok gigi..
ishak says
thanks for tips…gigi kambing tu macam gigi shahir lah zik
Zik says
hehe… kebahagian dalam perpisahan katanya.. 😆
madlut says
kalau la masa aku kecik2 dulu kau kasi tips nie kat aku..dah tentu selamat gigi aku..hoho
Zik says
huhu…. dulu takda tenet..hehe :biggrin:
suri says
selalu..sebualn skli tukar heee.
Hadi Rofiee says
Wah, terbaik. 😎
samanosuke_04 says
hehe.. tips yang mak aku ajar senang jer.. gosok gigi bila bangun ngan bila nak tido…
gosok lidah gak kalo nafas berbau…
hafizmd says
kalau bau lagi…gosok semua sekali…gigi, lidah, gusi…semualah :biggrin:
Sir Marcello says
masa kecik2 dulu selalu dapat hadiah gigi tercantik…now? adei…
Zik says
fuh hebat tuh bro….
Ismail N says
Nasib baik gigi ku ini masih bertahan walaupun lambat terima tips dari blog mesra yg kekal. Semoga makin hebat lepas ni selepas mendapat tip-tip menarik ini.
Zik says
insyallah…sudah sibuk sekarang nie…. wahhhh
Lee says
saya gosok gigi setiap hari..hehe..
tapi ade ke org x gosok gigi langsung?
Zik says
ada……. siap dapat kanser ..isk2 takut..
Hadi Rofiee says
Kadang2 terasa berat. Perlukan anjakan & disiplin yg tinggi. :biggrin:
Zik says
kalau dah hari2 buat…takda masalah..hehe ..
izulman says
org tue punyer penjagaan gigi takde ke? :S haha~
Zik says
opsss… nanti akan dipertimbangkan… heee
Awek PANAS says
aik..kambing pun ikat gigi ka?hahaha.. :w00t:
Zik says
kambing pun sudah femes sekarang nie.. , so penampilan pun kena mantap seyh..hehe
etomyam says
gigi aset bernilai untuk semua orang, nak kena jaga betul2 tu
Zik says
ya betul tuh…. kalau tak memang rongak la… gigi… aset berharga..
Faraest says
Aq paling koman 3 x sehari gosok.. smapi berus gigi tu lunyai.. hahaa..
p/s: aq ade taring.. keturunan puntianak.. :devil:
Zik says
tatutnya…. dracula…
x-po says
aku nyesal tak jaga gigi aku dari kecik2 lg..skrg gigi aku dh tak bape betul susunannya huhu
Zik says
samala… huhu.. tak tegak gigi aku…berterabur…
R. Indra Kusuma says
Dengan Mengatasi Permasalahan Kecil; Maka Kita Dapat Mengatasi Permasalahan Yang Besar
Sukses selalu
Salam~~~~ “Ejawantah’s Blog”
Zik says
ya betul tuh….
dedoku says
gigi tu yang menambahkan keserian pada senyuman..ye..aku agak menyesal sebab satu gigi aku dah terkorban tahun lepas gara2 cuai dlm penjagaan gigi. X dapat nak diselamtkan geraham tu. Sape2 yang punya gig lengkap hargailah gigi korang. Nanti nak makan pun rasa tak syok kalo xde gigi..hehe
syahrilhafiz says
alamak kecik2 dulu suka makan banyak coklat..
huaaaa
irwan says
aku nk putihkan gigi aku!!!!!!!!!!
mankuchai says
teringat masa sekolah dulu,gosok gigi beramai tepi longkang lepas rehat,ubat gigi dan berus diberi percuma…thanks diatas info diatas 🙂 :biggrin:
wanz says
Kalu doh gigi buruk + busuk, gosok 10 kali pun, bau busuk jugaklah….
macam manalah nak tidur “dekat-dekat”.
Ali ridha says
kos utk cantikkan gigi mahal.
tapi tgk dulu.mana nk tau
ada duit lebih.bubuh besi kt gigi.
bagi org kaya.tiap2 bulan leh
jumpa doktor.