• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Menjadi lebih kreatif

Menjadi lebih kreatif

Zik · Oct 25, 2010 · 51 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

cratif, kreativiti, creative, out of box, gambar kreatif, picture creative, think, how to be a creative, creative thinking, innovation, shotbox, cartoon, Kreatif ini diibaratkan suatu idea yang bukan mudah untuk kita dapat secara tiba-tiba sahaja. Gambar diatas cuma selingan sahaja.

Apa sumbangan idea kreatif kita kepada organisasi?

Di dalam senario sekarang ini, bukan mudah untuk mendapat tempat dihati bos, kalau kita tidak mendapat menunjukkan prestasi yang baik. Namun hari ini, bodek membodek dilihat tidak effektif sebenarnya  kerana tidak mampu bertahan lama, dan ia mempunyai kesan yang tidak kepada hubungan kita sesama rakan sekerja.

Dibawah ini ada beberapa idea yang boleh kita fikirkan apa yang harus kita lakukan untuk menjadi orang yang kreatif. Tetapi ingat, tak semuanya akan berhasil jika kita cepat berputus asa.

1. Contohi ciri-ciri orang yang kreatif.

Pilihlah sesiapa sahaja yang telah membuktikan bahawa mereka ialah orang yang kreatif. Orang yang telah berjaya dengan pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan, mereka kebanyakkanya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Adakah anda berani?

2. Bukalah pintu minda anda

Jangan cepat menghakimi dan menolak sesuatu idea. Otak yang kreatif adalah seperti seekor ikan yang bernafas di dalam air. Ikan menyedut semua air, dan kemudian barulah insang akan memerangkap oksigen yang ada di dalam air. Ikan tidak memilih dan cerewet. Ikan tidak menutup mulutnya. Begitu juga dengan anda. Bukalah minda anda.

3. Tambahkan pengetahuan am.

Selalu membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan pengetahuan anda dalam pelbagai perkara. Cukuplah sedakar memahami prinsip, asas dan pengenalan tentang sesuatu. Ia pasti akan banyak membantu anda mengeluarkan idea-idea yang bernas.

4. Pelbagai cara berfikir.

Ada bermacam-maca cara berfikir dan anda perlu membiasakan diri dengannya. Ada pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikirian konstruktif, pemikirian negatif, pemikiran positif, pemikiran kreatif, pemikiran innovatif dan bermacam-macam lagi kita boleh nampak. Anda pemikiran yang bagaimana? Jangan takda langsung sudah!

Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran. Itu yang terbaik.

5. Lupakan logik buat sementara.

Oleh kerana terlalu berfikiran mengikut logik, ramai orang gagal untuk menjadi orang yang kreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. Tetapi kreatif bukan tentang perkara yang sudah ada! Kreatif berkaitan perkara yang belum ada atau belum wujud. Jika idea itu berada di mana-mana, itu bukan kreatif namanya.

6. Berfikir gila, bukannya gila, tetapi gila-gila.

Banyak kegunaan hari ini tercetus kerana pemikiran gila-gila. Rudolph Schneider (pencipta kad kredit)  terfikir bolehkah makan di restoran tanpa membayar? Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama, Diner’s Cub. Cuba bayangkan anda hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar, kamera, kalkulator, jam, penggera, jam randek, dan diari, bahkan boleh juga menghantar faks.

Sudah pasti orang lain cakap itu idea yang gila. Tetapi itu ialah idea tidak gila. Ia idea yang gila-gila. Dan hari ini, kita tengok kita menggunakan telefon bimbit lebih daripada itu.

Nantikan part 2, akan menyusul akan datang. Tiba-tiba lak ada linux, jangan marah ek orang-orang ubuntu. Hee

Sumber dan diolah, dari  Pakar motivasi. Admad Fadzli Yusof Profesional Trainer RK Training& Management.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik berfikir secara kreatif, how to be creative, jadilah orang yang kreatif, kreatif, kreativiti dalam organisasi, menjadi lebih kreatif, pemikiran yang kreatif

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. annfrendly says

    October 25, 2010 at 1:34 am

    Macam2 benda yang bermanfaat untuk kehidupan yang kita boleh cipta kalau kita kreatif.. tapi disebabkan ke kreatifan tu terbatas, semuanye nak kena beli…

    Macam rak kasut kalau kreatif ann boleh buat sendiri je..tapi nak jugak beli kat kedai sebab malas.. kwanng.kwangg.kwanngg.. :sideways:

    Psst.. Ape benda yang zik pernah buat.. zik rase kreatif???

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 7:04 pm

      mestila kreatif, kalau tak mana datang idea2 blog nie.,huhu… erk.. nanti part dua akan di buktikan..hehe.. siot jer ann.. tanya soalan cepumas lak…

      Reply
  2. sazuwi says

    October 25, 2010 at 2:28 am

    image untuk entry pun dah dikira kreatif..
    mmg style..=)

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 7:10 pm

      terima kasih bro… boleh lah tuh sikit2 dapat idea ….

      Reply
  3. khairolghani says

    October 25, 2010 at 8:45 am

    dulu selalu aku dengar orang kata kalau kidal ni lebih kretif berbanding yg guna tangan kanan..kesahihannya tidak la aku tahu

    Reply
    • akubiomed says

      October 26, 2010 at 12:00 am

      Betul-betul kerana orang tangan kidal menggunakan otak sebelah kanan. Orang kidal biasa lebih cenderung kepada seni dan kreativiti. Leonardo Da Vinci tu kidal.<—Saya ni pun kreatif ke? tangan kidal juga ni 😉

      Reply
  4. suffer8zine says

    October 25, 2010 at 9:03 am

    betul2 kreatif ni bro, nice!

    Terkini : Keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke-23

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 7:22 pm

      10q… heee

      Reply
  5. etomyam says

    October 25, 2010 at 10:31 am

    hehe memang best ilustrasi tu 😀

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 7:25 pm

      hehe… belasah jer tuh…

      Reply
      • akubiomed says

        October 26, 2010 at 9:39 pm

        Draw pakai apa?

        Reply
        • Zik says

          October 26, 2010 at 9:58 pm

          microsoft word jer… hehe

          Reply
  6. zulkbo says

    October 25, 2010 at 10:35 am

    salam..
    amalan yang baik
    tapi jangan menjadi seperti boss
    yang diktator,idea mereka semua
    kreatif..”must follow”..he he..

    Reply
  7. ann says

    October 25, 2010 at 10:57 am

    bukan senang nak jadi kreatif ni. Tapi kadang orang kreatif sangat pun susah jugak. ahaha

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 8:24 pm

      orang kreatif sukar difahami kot??

      Reply
  8. ejoncb says

    October 25, 2010 at 11:10 am

    kalau takde org pk gila nk kontek org jauh2 takkan ada internet..hehe

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 7:27 pm

      betul juga tuh….

      Reply
  9. dedoku says

    October 25, 2010 at 11:14 am

    suka dengan buble talk kat atas tu..contoh pemikiran kreatif gak tu..hehe/
    p/s: taw sape orang ubuntu tu..haha

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 8:27 pm

      orang2 ubuntu tuh tak bacalah entri nie..huhu

      Reply
  10. Hadi Rofiee says

    October 25, 2010 at 12:45 pm

    Hehe. Memang kreatif perbualan putih di atas tu. 🙂

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 8:33 pm

      hehe terima kasih…

      Reply
  11. zezebel says

    October 25, 2010 at 1:11 pm

    Think out of the box ka?
    Kadang-kadang orang tak faham macamana cara berfikir yang pelbagai tu? Sesetengah orang perlukan kursus untuk buat dia tahu itu semua. 😀
    Tapi kalau Zikri nak terangkan lebih lanjut, ramai yang sedia mendengar ni.

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      October 25, 2010 at 7:50 pm

      Ada satu quote untuk blogger yang pernah saya jumpa…think outside the blog ^_^

      Reply
  12. samanosuke_04 says

    October 25, 2010 at 3:19 pm

    tanpa kreativiti, takkan ada semua ciptaan yang ada hari nie.. aku setuju sangat ngan point paling last tue.. hoho, madonna pun jadik feymes sebab dia kate dia nak nyanyi sambil pakai spender kat luar cam superman.. last2.. jadik feymes betul2…

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 9:09 pm

      betul jugak tuh….

      Reply
      • samanosuke_04 says

        October 27, 2010 at 6:54 am

        wei.. nampak ko femes kat tubelawak.. hehe, camne bleh jadik pemes tue? bleh tolong kabelkan aku?

        Reply
        • Zik says

          October 28, 2010 at 10:24 pm

          itu seangkatan satu unikl…hehe…

          Reply
  13. ST says

    October 25, 2010 at 4:44 pm

    Idea gila-gila tu memang penting. kalu tak takdela kita berblogging skang neh 🙂

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 9:13 pm

      yup…idea diperlukan setiap hari…

      Reply
  14. mai pot! pot! says

    October 25, 2010 at 5:01 pm

    ku tulis blog tiada kreatif kn? xD

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 9:17 pm

      ada…. setiap orang mesti ada kekuatan kreatif tersendiri…

      Reply
  15. Wan says

    October 25, 2010 at 6:09 pm

    sekadar berkongsi.. keenam-enam poin diatas juga melibatkan “common sense” anda.. hehe 🙂

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:02 pm

      itu yang payah tuh…hee

      Reply
  16. tehr says

    October 25, 2010 at 9:18 pm

    aku masih mencuba untuk menjadi sedikit kreatif

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:03 pm

      buat pantun tuh kira kreatif tuh… the only one…

      Reply
  17. Hazman aka species1980 says

    October 25, 2010 at 10:45 pm

    memang bagus kalau dpat jadi orang yang kreatif…. kena asah daya imaginasi selalu nie….

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:06 pm

      boleh2x… kena berlatih jugak nie..huhu

      Reply
  18. kulanz says

    October 26, 2010 at 12:23 am

    dalam sesetengah keadaan.. kadang kita ada banyak idea kreatif nak disumbang kpd organisasi.. malangnya idea kreatif tu tak terlaksana sebab dicantas oleh si pembodek..

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:08 pm

      yup..terpaksalah kita berhati-hati dengan si pembodek nie… kadang2 dia adalah rakan terdekat kita… seperti gunting dalam lipatan…

      Reply
  19. tengkorak emas says

    October 26, 2010 at 1:35 am

    kreatif sebagai cara menunjukkan kelainan diri dari yg lain..dan pastinya blogger adalah salah seorg yg perlu berfikiran kreatif! 😀

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:09 pm

      yea… salah satunya ialah blogger….

      Reply
  20. ProfHariz says

    October 26, 2010 at 2:56 am

    Admad Fadzli Yusof memang ada nama.. Satu perkongsian yang baik untuk kreatif.. Kreatif dan Kreativiti..

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:09 pm

      beliau merupakan motivasi yang sangat energatik… fuh…

      Reply
  21. haru says

    October 26, 2010 at 1:12 pm

    yup…nk menulis pn perlu ade krativiti sndiri..bukan maen tulis or copy paste dri mane2 blog…perlu membina gaya/style sndri dlm menulis..dan contoh disini adalah nurulism.com..bg aku die mmg ade gaya dan bahase sndri yg die gune..dan penulisannye mmg dpt membawa pembaca seolah2 brada di situasi berkenaan

    Reply
  22. hafidz says

    October 26, 2010 at 3:56 pm

    bahaya kalo gila ni. nanti terlebih kreatif pula huhu

    Reply
    • Zik says

      October 26, 2010 at 10:10 pm

      haha… gila lain macam tuh… takpe gila2 lain..bukan gila itu orang… :biggrin:

      Reply
  23. Mama Murai says

    October 28, 2010 at 9:49 am

    Assalaamu`alaikum zik…
    sejujurnya saya amat suka dengan artikel hasil tangan Mohd Fadzli Yusof, apa lagi bila menerima sentuhan kreatif daripada Dr Fadzilah Kamsah sendiri. Sebab itu kebanyakan buku mereka telah saya miliki. Apa pun gambar di atas sungguh menarik dan kreatif! 🙂

    Reply
    • Zik says

      October 28, 2010 at 10:28 pm

      W’alaikumusalam mama… erm tulisan diatas tulis pakai microsoft word…huhu

      Reply
  24. ishak says

    October 28, 2010 at 1:44 pm

    orang yang kreatif adalah orang yang berani dan bertindak bijak

    Reply
    • Zik says

      October 28, 2010 at 10:57 pm

      yup betul tuh…. kita harus berani!!!

      Reply

Trackbacks

  1. Menjadi lebih kreatif part2 | zikrihusaini.com says:
    November 3, 2010 at 12:21 am

    […] entri minggu lepas, ada membicarakan mengenai menjadi lebih kreatif. Jadi aku berikan 6 idea lagi untuk tambahkan lagi ilmu […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Menjadi lebih kreatif part2

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Dalam entri minggu lepas, ada membicarakan me…

Akademik Motivasi

Berfikir secara kreatif

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGPengenalan. Bukan sesuatu yang mudah untuk kit…

Akademik

8 tips idea untuk menjadi kreatif

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berikut adalah idea yang boleh untuk kita men…

%d bloggers like this: