• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
You are here: Home / Ekonomi / Kitar semula sampah, industri yang masih belum meluas di malaysia

Kitar semula sampah, industri yang masih belum meluas di malaysia

May 4, 2011 by Zik 38 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

industri sampah, perluas industri sampah, kitar semula sampahPertambahan penduduk Malaysia tahun demi tahun, merupakan satu penanda aras kemajuan buat negara pada peredaran teknologi masa kini. Dianggarkan tahun ini lebih kurang 28.9 hampir ke 30 juta, penduduk yang menetap di Malaysia setakat ini.

Cabaran yang perlu ditempuh juga amat tinggi kerana pengurusan membabitkan kebajikan rakyat perlu diberi perhatian lebih teliti terutamanya dalam aspek kesihatan dan keselesaan. Begitulah juga apabila dikaitkan dengan sistem pengurusan sampah di negara ini yang sebenarnya tanpa disedari berada pada tahap kritikal ekoran lebih banyak kawasan diperlukan sebagai pusat pelupusan sampah.

Malah ia menjadi lebih buruk lagi apabila wujud pusat pembuangan sampah haram sehingga menjejaskan ekosistem alam sekitar. Secara puratanya, dalam masa sehari sebanyak 800 gram sampah dibuang oleh setiap rumah di Malaysia. Ini bermakna dalam masa sehari sahaja berat sampah yang dihasilkan oleh semua 27 juta rakyat boleh menghasilkan paling kurang 20,000 tan setiap hari.

Jumlah sampah sebanyak itu boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) sekiranya tidak dikutip dalam tempoh 10 hari. Oleh itu, kaedah melupuskan sampah secara konvensional didapati sudah semakin tidak praktikal kerana ia boleh mengorbankan ruang tanah yang semakin terhad malah menyumbang kepada masalah pencemaran yang semkin hari semkain membimbangkan.

Kini, teknologi pengurusan sisa pepejal bersepadu yang beroperasi di Energy Sdn. Bhd. dilihat mampu menguruskan sampah semakin bertambah ini dengan lebih efisien. Kilang ini yang terletak di Kampung Pasir Baru, Puchong Selangor mampu menguruskan 700 tan sampah sehari dan boleh mencecah 1,000 tan sampah bagi tahap maksimum.

Mekanisme pengurusan sampah diamalkan di sini lebih praktikal dan menguntungkan. Segala jenis sampah atau turut dikenali sebagai sisa pepejal bandaran ini akan diproses untuk dijadikan bahan kitar semula atau dijana dalam bentuk tenaga.

Sekadar hiasan

Sisa pepejal bandaran ini lebih tepat lagi boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu sisa biodgredasi, bahan kitar semula, sisa lengai, sisa komposit dan sisa toksik domestik. Proses yang digunakan cukup mudah kerana ia bermula sebaik sahaja sampah-sampah atau sisa pepejal bandaran ini dikumpulkan di dalam satu bekas simpanan utama oleh lori-lori pengangkut sampah.

Ternyata melalui cara ini walaupun ia memakan kos yang besar tetapi berbaloi pada jangka panjang kepada alam sekitar. Ia bukan sahaja selamat malah boleh menjadi sumber ekonomi tanpa disedari kepada negara mahupun sektor swasta yang bijak merebut peluang.

Besar dari harapan penulis blogger picisan ini,  kerajaan (takes note) dengan mengambil serius pada masa akan datang memperbanyakkan lagi kilang-kilang seperti ini demi menjaga kepentingan alam sekitar dari risiko pencemaran. Namun, kedudukan yang strategik untuk dibangunkan kilang seperti ini dan perjalanan sampah ke kilang ini untuk dihantar perlulah tidak menyusahkan penduduk setempat.

Namun, harus diteliti dahulu kesan-kesan yang lain mungkin kita tidak tahu. Memerlukan dari pelbagai pihak bukan satu dua sahaja.

Sumber dari bkh

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Ekonomi Tagged With: industri kitar sampah yang masih belum meluas di malaysia, industri sampah perlu diperluaskan, kilang, kitar semual sampah, potensi sampah dalam ekonomi negara, sampah yang boleh dikitar semula, sampah yang perlu dikitar semula

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. naimulfirdaus says

    May 4, 2011 at 7:21 am

    kalau nak dihitung terlalu banyak budaya nilai murni yang tidak meluas di Malaysia.
    tapi kalau budaya rasuah meluas plak..

    Reply
    • Mus says

      May 4, 2011 at 8:27 am

      mereka yang amalkan rasuah ni.. memang boleh dianggap sampah masyarakat..
      meruntuhkan bangsa

      Reply
      • adele says

        May 4, 2011 at 9:47 am

        kalau gitu, dah lama lah industri sampah ni meluas kat Malaysia 😀

        Reply
  2. nasslimdiet2 says

    May 4, 2011 at 8:58 am

    rasanya memang berbaloi dengan mengambil kira kesan jangka panjang. kita perlukan perubahan

    Reply
    • Zik says

      May 5, 2011 at 2:51 am

      pelaburan yang harus kita fikir2kan… $$$$

      Reply
  3. Kamal Mustafa says

    May 4, 2011 at 11:19 am

    Kat Luar negera ramai yang dah jadi jutawan hasil daripada program kitar semula nie.

    Reply
    • Zik says

      May 5, 2011 at 2:51 am

      memang dah ada ramai…

      Reply
  4. chii says

    May 4, 2011 at 11:23 am

    just imagne satu hr nnt..tiada lagi ujud pusat pelupusan sampah..apakah yg akan terjadi dengan persekitaran dan alam sekitar kita kan..hurmm..

    Reply
    • Zik says

      May 5, 2011 at 2:52 am

      tak tahu lah…. teringat iklan kat tv tuh…

      Reply
  5. suri says

    May 4, 2011 at 12:34 pm

    menguruskan sampah harus pada cara yg betul .klu main buang smpah sesuka hati lama2 bumi pun akan musnah tanpa kita sedar.ekosistem juga urut terjejas huu..manusia pula mudha dpt pykit…

    ada tong kitar semula maka gunakan ia dgn sebaiknya 😉

    Reply
    • Zik says

      May 5, 2011 at 2:53 am

      dekat sini takda sangat tong tuh..

      Reply
      • miss malyna says

        January 21, 2012 at 9:47 pm

        cik suri saya sokong awak…tong yg ada tu org bubuh menda len…ish2…walhal dah tertulis da kat tong tu utk buang apa..nak kata buta huruf kita ni xde yg tercicir bab2 sekolah…kalo ada yg tercicir pun tak tahu la sbb apa walhal yuran sekolah n periksa pecuma je skg ni…hehe

        Reply
  6. Hisyam says

    May 4, 2011 at 12:58 pm

    Kalau sesuatu membawa hasil kepada rakyat, memang berbaloi untuk dijalankan.

    Reply
    • miss malyna says

      January 21, 2012 at 9:59 pm

      stuju bila rakyat itu didahulukan….tapi ada teknologi canggih pun kalo mentaliti tak berubah tak kan jadi apa pun….sikap tu yg penting. kalo sikap tak nk berubah xkn jadi apa2…dah beratus2 program dibuat ttg kitar semula..tapi cam tu gak..mindset kena ubah atau tindakan tegas atau perundangan je mampu halang semua ni. rakyat kena pk gak kadang2 ketegasan perlu utk membentuk sesuatu utk menjdi lebih baik.:P

      Reply
  7. Norasikin says

    May 4, 2011 at 4:15 pm

    Kalau dulu nak nasuk toilet kena bayar. Sekarang ni nak buang sampah pun kena bayar jugak

    Reply
    • Zik says

      May 5, 2011 at 2:54 am

      macam2 dah.. lepas nih ,apa pulak kena bayar??

      Reply
      • Hisyam says

        May 5, 2011 at 1:44 pm

        Patut mempertimbangkan keadaan rakyat. Tak semua kaya,

        Reply
        • miss malyna says

          January 21, 2012 at 9:44 pm

          memang kena pertimbangkan rakyat…tapi dalam masa yg sama rakyat pun kena pk gak untuk berubah..sbb kalo kerajaan wat program pon rakyat still xnk ikut…so nak wat pe ag? bila da bg undang2 kata x pertimbangkan hal rakyat…khikhi:P back to community mentality…—-> “sampah itu jijik”. walhal sampah dijana oleh manusia.

          Reply
  8. fiezaradzi says

    May 4, 2011 at 5:32 pm

    byknye sampah kita buang kan.. huhuuu…

    ada tong kitar semula, tapi mungkin tak byk di tempat berdekatan rumah, mmbuatkan kitar semula sampah ni jadi tak menarik hati.. lagi satu, tentunya sikap diri sendiri la kan..

    Reply
    • Zik says

      May 7, 2011 at 3:11 am

      ya sikap kita sendiri…. huhu

      Reply
  9. Ismail N says

    May 5, 2011 at 2:33 am

    mewah org malaysia nih… sebab tu banyak sampah kot 😀 😀

    Reply
    • Zik says

      May 7, 2011 at 3:18 am

      mewah2… dengan sampah pun boleh buat duit…

      Reply
  10. akubiomed says

    May 5, 2011 at 2:11 pm

    Isteri saya biasanya akan mengasingkan antara botol plastik dan sampah makanan supaya senang untuk lori pemungut sampah ambil.

    Reply
    • Zik says

      May 7, 2011 at 3:21 am

      erm bagusla kalau macam tuh..

      Reply
  11. akubiomed says

    May 5, 2011 at 2:16 pm

    Barang elektronik seperti komputer, papan elektronik, lampu kalimantan, kipas angin dan sebaganya di panggil e-waste. Tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya dan ia perlu dihantar agensi Kualiti Alam pelupusan.

    Rasanya ramai yang tidak menyedari ada undang-undang termaktub untuk e-waste dibawah Jabatan Alam Sekitar. Buang e-waste bersama sampah domestik.

    Reply
  12. tehr says

    May 5, 2011 at 3:23 pm

    betul sangat tu, zik
    segala jenis ‘sampah’ perlu diuruskan dengan betul

    Reply
    • Zik says

      May 7, 2011 at 3:20 am

      ya uruskan semua jenis2 sampah…

      Reply
  13. sazuwi says

    May 7, 2011 at 2:07 pm

    konsep menggunakan ruang tanah utk membuang sampah mmg dah bleh pakai..
    makan ruang utk pembangunan.. dan tanah tersebut boleh tercemar..

    Reply
  14. bEe says

    May 9, 2011 at 2:19 pm

    Pandang kanan… SAMPAH
    Pandang kiri … SAMPAH
    Pandang bawah… SAMPAH

    Semakin byk sampah di bumi kita sbnrnya. Bumi semakin tua…….. huhuhu

    Reply
  15. aimannajmy says

    May 11, 2011 at 9:59 pm

    kat tempat aku ada pulak tukang amik botol/tin dalam tong sampah untuk dijual, memang hidung diorang dah sebati kot..selamba ja korek tong sampah

    Reply
  16. leo mancini says

    August 6, 2011 at 9:43 am

    kwsn luar bandar masih kurang untuk pengurusan sisa pepejal,seperti kaca dan plastik

    Reply
  17. yatiE says

    October 28, 2011 at 1:59 am

    hmmm..kitar semula kat malaysia ni mmg payah laaa…kebetulan kene buat research pasal kitar semula di malaysia..ado0oyaiiii..~ jepun tu 0k lah program niiii..0rg malaysia ni malas2..hihii aQu p0m same lo0orrr…

    Reply
    • miss malyna says

      January 21, 2012 at 9:52 pm

      erm jepun mmg antara negara Asia yg kadar kitar semula nya baik…n hong kong pun sama…agpun diorg rekod dgn sistematik kadar penjanaan bahan kitar semula…so boleh la dibuat utk data research…wpun jepun mempunyai perundangan yg jelas utk kitar semula, diaorg pun still mengalami mslh yg sama cam sampah bercampur aduk dalm tong kitar semula…ari tu g workshop ttg SWM fokus kat Kitar Smula wakil dr jepun bentang bgtaw hal tu…but SWM diaorg still cekap berbanding kita…hehehe

      Reply
  18. nurul ashikin says

    November 7, 2011 at 11:44 am

    saya linkkan entry saya dengan blog anda

    Reply
    • Zik says

      November 7, 2011 at 12:09 pm

      orait.. thanks in advance…

      Reply
  19. miss malyna says

    January 16, 2012 at 6:32 am

    Apa pun masalah semuanya berlaku daripada tindakan manusia sendiri. Kerajaan da banyak wat program. Tengok sendiri la..pelbagai program kitar semula dilaksanakan tapi rakyat masih gak buang merata-rata. tong sampah da disediakan. Yang penting mentaliti masyarakat kena ubah. Selalu kata, “takpe biar la org Majlis Bandaraya kutip nanti diaorg takde keja”. Sikap camtu la yang salu menular kat rakyat Malaysia. Bila kerajaan nak wat undang-undang bayar bila kutip sampah mulalah melenting. walhal sikap sendiri yang memerlukan cara paksa untuk berubah..so pk sendiri…:P

    Reply
    • Zik says

      January 21, 2012 at 3:32 pm

      yer betul tuh..terima kasih diatas komen anda…

      Reply

Trackbacks

  1. Kitar semula sampah, industri yang masih belum meluas di malaysia « news@yoys says:
    May 4, 2011 at 7:58 am

    […] Here is the original post: Kitar semula sampah, industri yang masih belum meluas di malaysia […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Samsung Galaxy S21 bakal jadi rebutan ramai?
  • Wahed Investment Review, untung ke rugi?
  • Resepi Dalgona Coffee, Jom cuba
  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik Ekonomi

Permintaan vs Penawaran – Demand and Supply

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Permintaan Dan Penawaran.  Definisi Perm…

Ekonomi

Tanda-tanda Seseorang Dilanda Masalah Kewangan (hutang)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Ramai orang yang hadapi masalah kewangan. Buk…

Ekonomi

Kadar Hibah Tabung Haji 2018/19 1.25 Peratus,

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tabung Haji (TH) umum agihan hibah atau bonus…

%d bloggers like this: