Semua orang ada kerja impian yang mudah, senang , tak payah nak fikir sebelum tidur dan strategi baru untuk mendapatkan/meningkatkan lagi jualan dan sentiasa dalam keadaan yang tertekan.
Realiti hari ini.
Inilah realiti yang berlaku pada hari ini. Mencari pekerjaan sekarang ini walaupun untuk satu aras permulaan pertama ialah sangat berbeza ketika zaman selepas kemerdekaan. Sekarang ini, aku mengakui proses carian kerja lebih gagah, lebih panjang, dan terutamanya untuk pemohon-pemohon cari kerja lepasan universiti seperti aku, untuk bersaing semakin lebih hebat. Di sini apa anda yang perlu tahu mengenai realiti baru mencari pekerjaan, dan bagaimana anda boleh ambil maklumat ini bagi kelebihan anda. Bagi yang sudah bekerja, boleh memberi nasihat dan pandangan yang bernas.
Kerjaya impian!!
Ijazah dan diploma bukan lagi guarantee untuk kerja.
Graduan ulat buku bukan lagi jadi pilihan sekarang ini, biarpun pointer 4.00 atau 4.50(sesebuah institusi) Ya, aku memang memilih dalam mencari kerja seperti ini. Namun apakan daya, nampaknya aku telah ke langkah ke alam pekerjaan walaupun gaji sedikit. Sedikit sahaja masa lagi., Walaupun gaji bukan lagi jadi sandaran lagi dah. Aku tak memilih kerja sekarang nie.
Pengalaman-pengalaman, pengalaman.
Rata-ratanya dari engine carian, laman sesawang untuk kerja kosong, rata-ratanya memerlukan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun, alasan yang aku tahu ialah syarikat mahu pekerja yang baru bekerja itu seiurs dan meneurskan tugas itu lebih mudah dan cepat kerana sudah arif dalam bidang yang diminta. Tidak perlu banyak membuang masa, untuk mengajar, belajar dan mengurangkan kos kerugian bagi yang tidak mempunyai pengalaman.
Hasil dari pemerhatian dan pengalaman sendiri, selalunya (dua kali praktikal, diploma°ree) aku apabila bekerja sebagai pelajar “latihan industri” (practical) bukan sahaja dipergunakan, malah banyak benda aku rasa tidak diambil peduli kerana dilihat tidak ada kepentingan dalam syarikat dan kebajikan tidak dijaga. Namun tidak semua syarikat seperti ini. Cuma segelintir pihak-pihak yang tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas pelajar latihan industri ini, untuk dibuli dan dimaki hamun. Apa kita nie takda perasaan ker??
Soft skill, kemahiran lain (unique) diperlukan untuk jadi lebih unik dalam pekerjaan.
Itu merupakan salah satu soalan yang sering ditanya, ketika ditemurah. Apakah kelebihan anda berbanding pekerja lain? Kalau zaman 1985 (baru lahir), benda nie memang tak ditanya sebab teknologi IT ketika itu masih lagi belum meluas dan belum lagi datang ke negara kita. Sekarang ini, sekurang-kurangnya kena tahu guna software microsoft word, excel, powerpoint, access, dan sebagainya.
Itu sahajalah dari aku, ingin berkongsi satu era pekerjaan yang “bakal hot” dan sedang hot kot, di negara kita. Team-team anak muda seperti gandingan flarebiz nie memang masyukkk. Sudah tiba masanya graduan anak-anak muda lebih ke arah bidang ict (usahawan) untuk bersaing dengan negara lain, kerana cabaran global lebih banyak peluang dan kekuatan itu akan ada jika mempunyai team yang hebat, sentiasa mahu kehadapan.
21st Century Skill.
- E-commerce project management
- E-commerce consulting
- ERP sales
- IT infrastructure management
- WAP development
- Web/blog designer
- Customer relationship management
- Knowledge engineering
- Data communications
- Blogger s???
Berpijak di bumi yang nyata.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Miss Tira says
Persaingan kerja amat besar. Belajar itu hanyalah asas sahaja. Jangan terlalu berharap dengan sijil yang kita dapat. Dunia alam pekerjaan sebenar mahukan pengalaman. Kena hadapi perkara ini.
Zik says
persaingan sekarang sangat sengit…
sazuwi says
carik ar pengalaman sebanyak yang boleh semasa tengah belajar..
jangan terlalu sangt mengejar perkara-perkara yg tak penting..
zaman sentiasa berubah-rubah..
Zik says
pengalaman yang ada sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan dalam interview tuh nanti…
tengkorak emas says
tentang pelajar praktikal, kena pandai cari peluang juga, selalunya memang aku banyak dengar pelajar praktikal dapat kerja biasa je, tapi kalau boleh, kita sendiri tanya apa2 kerja lain yg boleh dibuat,
tentang kerja, bro dah kerja?alhamdulillah 😀
aku pula belajar jurusan undang2, dan aku lebih tertarik dengan bidang penguatkuasaan, alhamdulillah setakat ni masih ke arah itu..
Zik says
kerja biasa2 jer… huhu
kulanz says
sekarang ni kebanyakan kerja memerlukan kemahiran dan pengalaman.. tak kurang juga yang aktif kokurikulum.. banyak persaingan
Zik says
nampaknya perlu kreatif sekarang nie…
tehr says
harap2 segala persaingan adalah sihat
jangan ada nanti pengadil yang berat sebelah
Zik says
tukang interview nya pun kena fikir betul2 mana yang layak… huhu
mancai says
kalau boleh masa praktikal belajar keseluruhan struktur perjalanan syarikat dan keseluruhan bidang dalam syarikat itu…bukan sekadar 1 bidang pekerjaan sahaja…nampak macam tamak, tapi itulah tiket untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik walau dimana sahaja…sekurang2nya semua jenis bidang kerja boleh kita buat… sekadar pendapat….
Zik says
time praktikal semua benda buat… dah macam kuli batak.. digunakan habis2san.. huhu.. sedihnya
mancai says
yang sakit hati bila praktikal, orang mintak kita buat kerja… tapi yang mintak buat kerja lansung tak buat kerja… ish2… aku pun pernah melaluinya menda2 macam ni…
suffer8zine says
semakin hari makin banyak persaingan, huhu
Zik says
setiap tahun yang graduate semakin ramai…
suffer8zine says
huhu tu la, semakin maju
Kamal Mustafa says
Zaman sekarang nie rasanya pengalaman lebih penting. sungguh pun kita mempunyai Ijazah dan diploma tanpa pengalaman susah gak.
Zik says
kebanyakkn semua nk pengalaman…
chii says
bloggers pun termasuk gak eh..hehe
chii setuju.skrg ni…kebanyakan student semuanya xm oriented..blaja hanya utk lulus dlm xm..tp bape ramai antara top2 student yg punyai skill2 atau kemahiran yg diperlukan bila ingin keluar bekerja..=)
pape pun skrg ni..yg penting pengalaman..manakala degree,master atau diploma holder..sekadar mencantikkan lagi 🙂
Zik says
nampak cantik dekat resume jer.. huhu
rusliesophian says
Salam Zik,
Saya kurang pasti sekarang. Tetapi semasa zaman saya dulu (20 tahun lalu), pengalaman memainkan peranan penting dalam menjawat jawatan di syarikat swasta.
Zik says
pengalaman memang penting uncle…
zulkbo says
salam Zikr..
pengalaman saya buat para graduan
jangan terlalu memilih pekerjaan..
Zik says
janji ada kerja buat sementara waktu nie..sambil2 tuh cari kerja lain… huhu
akubiomed says
Apa yang di katakan oleh Zik memang betul kalau ada ijazah sekali pun belum tentu kerja menunggu kalau diploma masih ada peluang. Macam bidang saya ceburi lebih berminat mengambil kelulusan diploma kerana mereka ini berkemahiran berbanding ijazah kerana lebih kepada pengurusan.
Sesuatu yang perlu di lakukan oleh institusi pengajian supaya yang berijazah mempunyai kemahiran bukan setakat teori sahaja. Ada beberapa Universiti teknikal tempatan dapat melahirkan graduan ijazah yang berkemahiran. Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan program melatih semula lepasan graduan dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri.
Saya bercakap berdasarkan skop bidang kerja yang saya ceburi iaitu Elektronik Perubatan.
Zik says
apepun kerajaan pun perlu peka denga keadaan semasa nie… ramai yang sudah mengganggur nih
iza says
As salam..
Ada tak Kelab Siswazah Menganggur? Nak daftar la…dh 5 thn tunggu ni..
Dah malas nak mohon kerja, nasib baik ada org tanggung mkn minum..
*blogger!! komen jangan letak link,
Zik says
ada kot …. takpelah akak ada orang yang tanggung
eastbullet says
kerja,kerja,kerja.. walaupun perkara ni masih jauh dalam kehidupanku.. aku tak boleh mengabaikannya. kerana apa yang kita belajar sekarang adalah untuk masa depan.
biasanya semua kerja kene mula dari bawah. tidak kiralah diploma, sijil atau ijazah. mungkin bagi sesetengah pihak yang bertuah, terus berada di atas. yang membezakan antara kelayakan akademik ialah kadar kenaikkan pangkat. mungkin lagi tinggil akademik, lagi cepat naik pangkat. mungkin….
Zik says
mulakan kerja2 semua nie dari bawah…
mihnaz says
Kerja itu ibadah, andai kena cara kerja itu mendatangkan pahala.Akan tetapi mencari kerja yang bersesuaian dengan ijazah dan diploma juga susah zaman sekarang. Jangan terlalu memilih dan sediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu. Teori sedikit membantu berbanding “sof skill” yang kita ada. Seperti seorang guru baru, kekurangannya ialah cara dia mengajar murid berbanding guru lama yang punyai pengalaman dan kemahiran mengajar dengan baik. Maknanya kita perlu usaha untuk majukan diri walau siapa dan apa kerja kita. Bukan peluk tubuh tunggu kerja bersesuaian dengan ijazah.
Zik says
mesti berusaha untuk mencari kerja..jangan duk goyang kaki..
Hisyam says
As salam Zik, sekarang ni permintaan untuk pekerjaan sebenarnya banyak. Cuma pemilihan tu je yang agak ketat kerana sekarang kita boleh lihat peningkatan kecemerlangan dalam kalangan pelajar. Sebab tu ramai yang ulat buku, tapi pengalaman memang failed tetap tak akan diterima bekerja lebih-lebih lagi sektor swasta.
Zik says
W’salam. pemilihan sekarang lebih diberatkan kepada yang lebih berpengalaman…
benjy says
Salam hormat Zik,
Membaca postmu ini menyebabkan aku tertarik … saya juga sependapat dengan mu bahawa industry ICT akan berkembang secara mendadak … tak percaya pandang sekeliling kita … ada je gambar TM, DIGI, MAXIS, CELCOM dan entah macam2 lagi … dalam bank mesin ATM dan lain2 mesin berlambak … e-mail kemestian pada syarikat, website ‘KOMPOM’ … dan banyak lagi (tak larat nak cerita) … pada pendapat saya … apa2 pun bermula daripada ilmu … dan saya sifatkan ia seperti berikut :
Ada Ilmu = permulaan kerja biasa (jangan memilih) + pengalaman = Executive Level + Idea bernas = Manager Level + Track Record = Senior/General Manager + komitmen = CEO
Itu hanya pendapat peribadi saya sahaja … jangan pula jadi macam ni :
Ada Ilmu = permulaan kerja biasa (jangan memilih) + kipas bos = Executive Level + jatuhkan kawan sekerja = Manager Level + ambil kesempatan nama atas kerja orang = Senior/General Manager + pandai mengambil hati isteri pengarah = CEO
P.S. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan …
Zik says
industri ict semakin mula mendapat perhatian…. so kena start dari awal…. sebelum persaingan yang sengit dari negara2 lain.. huhu
nasslimdiet2 says
kerja zaman sekarang memang terhad. so banyak persaingan. kita kene da kelebihan baru ada peluang. lagi pula dengan masalah cable ni, kita yang takda cable ni melopong je la. ko amik course pe bro?
Zik says
logistic..
adele says
kalau tengok ilmuwan islam yg dulu2, mereka tiada diploma, degree, master, phd mahupun professor..tp ilmu mereka menjangkaui masa sehinggalah ke hari ini..tengoklah bgaimana barat mencorakkan pemikiran umat islam hari ini sehingga tergila2kan pangkat dan jua harta.. ikhlas2kan hati kita menuntut ilmu hari ini 🙂
Zik says
mesti bertarung hebat dengan secara baik untuk bersaing dengan negara luar yang semakin hebat dan membangun..
suri says
kerja jgn memilih klu pilih org pekarja asing yg rembat!
Zik says
orang asing murah kos…. sebab itu jadi pilihan..
BroZooL says
Salam Malam Jumaat bro,
Pengalaman saya bekerja dah 6 tahun dan telah menempuhi macam2 dugaan, tapi secara ringkas yang berlaku pada zaman sekarang, banyak kerja ditawarkan, tapi masih lagi terdapat yang menggunakan kabel orang dalam, yang teraniaya orang yang masih tak ada kerja..
Tapi memang realiti sekarang nak kan pengalaman, pengalaman dan pengalaman. Bagi pendapat saya, kalau tidak diberi peluang kerja, bagaimana nak dapatkan pengalaman, betul x?
Yang dah ada kerja takpela, tapi yg tak bekerja ni patut diberi peluang..
Zik says
kena bagi peluang untuk belajar sikit2 pun jadilah….
muhammad fakhruddin says
Saya selaku admin blog Oh!Buku membantah sekeras-kerasnya statement ‘Graduan Ulat Buku Tidak Ke Mana’ jangan marah bro…
Silapnya pada graduan yang tidak membina kemahiran insaniah tersendiri. Core business sebuah universiti bukanlah kilang untuk melahirkan pekerja berkemahiran namun menjana mahasiswa dan ahli akademik yang berilmu tinggi.
Kemahiran juga tidak terbentuk tanpa ilmu, baik yang ditimba secara formal mahupun dari pengalaman.
Zik says
statement itu ditujukan kepada mereka yang baca buku.. tak bersosial langsung… huhu