• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Jumlah pekerja berkelulusan PHD di Malaysia semakin ramai!

Jumlah pekerja berkelulusan PHD di Malaysia semakin ramai!

Zik · Nov 29, 2010 · 67 Comments

Share this on WhatsApp

phd, dr phd , boy get phd, clothes, baby, baby get phd

Bukan Phd atas nie ek

Sekarang di malaysia sudah semakin golongan yang bijak cerdik. Ia mengingatkan aku dengan keputusanan yang memberangsangkan buat pelajar UPSR, hampir 50 ribu dapat  5 A 2010 baru -baru nie. Satu jumlah yang banyak. Memang bijak betul budak-budak zaman sekarang nie. Bila cerita pasal PHD nie, teringat pulak pasal kes Dr Fazley yang kena tarik balik gelaran Dr nya, sebab universitinya tak diiktiraf. (kalau kat malaysia dipanggil takda MQA, dulu dipanggil LAN)

PHD tuh apa?

Nama panjangnya Doctor of Philosophy (PHD) merupakan gelaran Dr yang diberikan pada seseorang yang telah menyelesaikan satu thesis kajian yang menyeluruh dari A-Z, bergantung kepada kajiannya. Ia adalah pembelajaran yang tertinggi dan menjadi idaman setiap orang untuk mencapai ke tahap itu, termasuk aku sendiri.

Peningkatan sebanyak 133% peratus.

Dari laporang kosmo.com.my, menyatakan jumlah tenaga pekerja institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kini meningkat sebanyak 133 peratus berbanding 2005.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, kini jumlah tenaga kerja IPTA yang berkelulusan PhD seramai 14,000 berbanding 6,000 pada 2005. 133% peningkatan yang sangat memberangsangkan, satu jumlah yang cukup besar.

Daripada jumlah itu, 60 peratus terdiri pemegang PhD dalam bidang sains yang merangkumi sains tulen, sains gunaan, kejuruteraan, biologi, fizik, perubatan dan berkaitan teknologi. Manakala yang selebihnya pula, 40 peratus dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Radin Umar berkata, ini merupakan antara kejayaan terbesar kementerian dalam usaha memperkasakan IPTA bertaraf dunia dengan menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera berkelulusan PhD.

Namun, memang betul bilangan yang semakin cerdik pandai nie, menjadikan persaingan yang sihat dari segi akademik, perubatan, dan penyelidikan memang perlu untuk menjadi nadi negara lebih maju dalam teknologi. Tetapi dalam aspek ekonomi? Kurangnya penglibatan dalam perniagaan, menyebabkan dilihat kaum lain seperti bangsa china dan india lebih cenderung kepada business.

Walaupun mereka majoritinya tidak belajar tinggi-tinggi tetapi kerana keluarganya yang mempunyai latar belakang menjalankan perniagaan, benar-benar menjana pendapatan negara. Contoh yang nampak sangat ketara di Plaza Lowyat, (lubuk computer) Pertama Kompleks(lubuk handphone)  95-99% semua adalah bangsa mana yang jual??

Bukan tak sarankan, untuk sambung belajar (hai nak sambung master, phd ker). Tapi menyuruh/mengalakkan bangsa kita lebih kepada bidang perniagaan.

Share this on WhatsApp

Akademik jumlah orang ada phd di malaysia, kenapa perlu ada phd, manusia ada phd, pangkat tertinggi phd, peningkatan gelaran dr di malaysia, peningkatan pemegang phd di malaysia bertambah 133%, phd, phd di malaysia bertambah

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. boss says

    November 29, 2010 at 3:40 am

    ijazah merupakan lambang kejayaan dalam pendidikan seseorang, tetapi ia bukan penjamin kejayaan seseorang dalam kehidupan. Kerja kuat, semangat dan kreativiti akan membezakan semuanya.

    dari wall fb seseorang..
    “Saya amat tertarik dan tercabar dengan soalan ini, ‘Apa hebatnya seorang mahasiswa yang tidak boleh mencipta peluang sekurang-kurangnya untuk diri sendiri?'”

    Soalan yang membuka minda..

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 1:52 am

      ulasan yang terbaik nie boss… u inspire me…

      Reply
    • dnoBiz says

      November 30, 2010 at 10:25 pm

      hahah betul tu, aku setuju dengan statment tu

      Reply
    • muhammad fakhruddin says

      December 1, 2010 at 9:08 am

      Setuju.

      Kejayaan seseorang bukan sahaja diukur pada ijazah atau kedudukan kewangannya(walaupun kini wang diperlukan di mana-mana),tetapi pada sikapnya,semangatnya,idea & kreativitinya.

      Sampai satu tahap,keadaan keluarga bahagia @ tidak dijadikan kayu ukur kejayaan seseorang.Kesimpulannya,kejayaan seseorang bukan sahaja pada usaha gigihnya seorang diri bahkan ditentukan oleh masyarakat dan persekitaran hidupnya(Outliers,Malcolm Gladwell)

      Reply
    • noorhazalen hj saad says

      March 22, 2011 at 7:57 pm

      Yes, i agree. Student IPT mesti da ilmu n semangat juang yg tinggi. Kebanyakan student skrg manja n suka ponteng class. Assingment pun malas nak buat.

      i’m going to further PhD sept ni, but not for pangkat, cuma nak mencari ilmu.

      Reply
  2. GP says

    November 29, 2010 at 3:59 am

    ramai yg pandai, jadi kelayakan utk mohon kerja pasti meningkat lepas ni.. skrg pun dah susah.. πŸ™

    Reply
    • ProfHariz says

      November 29, 2010 at 12:02 pm

      Jika dalam bidang perniagaan yang disarankan oleh bro zik mampu buat sesuap nasi untuk orang yang tiada pekerjaan πŸ™‚

      Reply
  3. anif says

    November 29, 2010 at 8:37 am

    Tidak lama lagi Bachelor Degree/Diploma akan setaraf dengan SPM kerana semua orang memilikinya..

    Maklumlah pelung untuk menyambung pelajaran terbuka dengan luas sekarang ini dengan kewujudan pelbagai Universiti dan Kolej.

    Reply
    • ProfHariz says

      November 29, 2010 at 12:02 pm

      Tidak macam dulu siapa lepasan SPM sudah hebat tapi tidak sekarang

      Reply
  4. Anwar Osman says

    November 29, 2010 at 10:23 am

    Lagi satu PHD yang paling banyak kat Malaysia.
    1. Perasaan Hasad Dengki (boleh tengok politik Malaysia) Susah hatiaku tgk. Apa nak jadi ntah la.

    Reply
    • syahrilhafiz says

      November 29, 2010 at 6:21 pm

      itu hampeh semua bro
      banyak mainkan rakyat, rakyat je noob sangat..haha

      Reply
    • dnoBiz says

      November 30, 2010 at 10:28 pm

      tah makin lama makin jadi politik sampah,
      Yang menegur tak kira elok ke tak ashik nak kondem je, yang ditegur lagsung tak boleh ditegur walaupun dah sah sah tak betul

      Reply
  5. eyl says

    November 29, 2010 at 11:08 am

    aku amik arkitek, xde smpai phd la unless nk jadi pensyarah. maka aku xkn dpt phd.lol. πŸ™

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 2:08 am

      phd boleh… tapi amik kos lain lah pulak..hehe

      Reply
  6. azman says

    November 29, 2010 at 11:28 am

    salam…
    pertama kali baca blog ni terus tertarik sebab banyak info..terus add peberet link kat saya punya blog (blog saya punya)

    Reply
    • ProfHariz says

      November 29, 2010 at 12:03 pm

      Blog zikrihusaini.com memang banyak info buat pembaca πŸ™‚

      Reply
    • suri says

      November 29, 2010 at 1:38 pm

      sesekali menyelam ilmu pasti luas pandangan kita.. πŸ™‚

      Reply
  7. Izwan says

    November 29, 2010 at 11:36 am

    peningkatan lecturer yg ada Phd ni atas kehendak universiti. Nak upgrade sesebuah IPT kpd taraf Research University memerlukan sebahagian besar tenaga pengajarnya kena ada Phd. Benefit bila dpt taraf research university ni bajet akan dapat byk,so research boleh buat byk.. kat Malaysia skrg tak byk IPT bertaraf research.. ni apa yg lecturer aku crite knp dia dihantar utk smbung Phd..

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:03 am

      itu memang sedia maklum. kebiasaanya …lecturer akan diberi peluang untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi untuk kasi up standard… tempat pengajian masing2…

      Reply
  8. Hadi Rofiee says

    November 29, 2010 at 11:44 am

    Salam Zik.

    Aku sependapat dengan artikel ini. Sesuatu mesti dilakukan untuk bangsa kita menceburi bidang perniagaan. Termasuklah aku. Aku sangat mahu menjalankan & memiliki sebuah perniagaan sendiri.

    Namun aku tidak boleh menafikan juga kepentingan belajar. Seperti kata Izwan, ada benar juga.

    Bagi aku: kedua2nya penting. :cheerful:

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:09 am

      selari memang bagus…

      Reply
  9. saiful says

    November 29, 2010 at 11:57 am

    Mahu berjaya kita perlu berani.Dalam perniagaan kita perlu berani menanggung kerugian dan berani berdepan dengan persaingan. Tapi jangan lupa,berniaga juga perlukan ilmu pengetahuan walaupun hanya menjual burger. :biggrin:

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:11 am

      ilmu perniagaan memang kena ada…

      Reply
  10. ProfHariz says

    November 29, 2010 at 12:00 pm

    Selain itu bidang kemahiran jugak penting kan πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:12 am

      bidang kemahiran itu salah satu cabang bidang perniagaan…

      Reply
  11. aried says

    November 29, 2010 at 12:13 pm

    hm..persaingan mndpat pekrjaan ni biasa.. bergntung kpda kita untuk berusaha.. ramai org ckap skrg susah nk dpat kerja, ttp dalm akhbar plak mcm2 kerja kosong ada.. yg lagi best sekali, rasanya iklan dalam akhbar tu mungkin 10% sahja dari krja kosong yg ada di Malaysia ni..
    jadi kita kena rajin je dan peramah tnya org sana sini dan kelayakan kena tepat.. pndgn aried shja……

    Reply
    • rashid says

      November 29, 2010 at 4:15 pm

      kalau aku jadi majikan pun tak akan ambik PhD ni bekerja, sebabnya susah nak kira gaji…kalau amik fresh nih, bley letak murah skit la…lepas 5 tahun biar dorang decide nak sambung kontrak ke tak..hehe

      Reply
  12. Mohd Hafiz says

    November 29, 2010 at 1:20 pm

    hmm… teringin nak belajar sampai ke sana.. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:14 am

      insyallah jika berkesempatan..dan mampu untuk menggalasnya..

      Reply
  13. suri says

    November 29, 2010 at 1:37 pm

    sokong pendapat zik tu..ada gak terpikir nak bt perniagaan tapi still dlm pencarian lagi heee

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:15 am

      cari yang kecil2lan pun ok…..

      Reply
  14. Ali ridha says

    November 29, 2010 at 3:51 pm

    universiti kalau tak diiktiraf.boleh tarik
    balik gelaran Dr.

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:15 am

      memang betul tuh bro…

      Reply
      • Ali ridha says

        November 30, 2010 at 11:42 am

        malu besar aku.dah la Dr. Fadley
        buat motivasi sana sini.tetiba kena
        tarik gelaran Dr.

        Reply
  15. rashid says

    November 29, 2010 at 4:12 pm

    Ala yang amik PhD ni ramai wanita je kot, laki2 malas da nak sambung belajar.. Bab berniaga tu memang tak nampak hasilnya sekarang, sebab baru berapa tahun Melayu ceburi, dan masih banyak yang belum diterokai, macam Bangsa Cina, mereka dari China lagi dah ada pengalaman, lagi pun orang Melayu sendiri yang tak nak beli barangan Melayu, macam mana melayu nak maju..Kalau ada pun produk Melayu, founder die plak angkuh(letak target Rm40juta la)..hehe

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:16 am

      macam kenal jer..keke..

      Reply
  16. akublog says

    November 29, 2010 at 4:14 pm

    Lepas ni kompem susah nak carik keja.. Sape2 yang stakat SPM tu mmg kesian laa..

    Camne laa nak stay kat Malaysia lagi nih.. Adehhh

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:19 am

      ada2… jual air kat tepi jalan pun boleh hidup…

      Reply
  17. tengkorak emas says

    November 29, 2010 at 4:16 pm

    semakin ramai yg dapat phd, lagipun semangat menuntut ilmu masih ada, hari tu pak ngah aku konvo oum, ada yg umur dah 40an tapi masih tak putus asa belajar,

    tapi apa yg dimahukan bukan setakat pandai dan dapat phd..biarlah bijak dan cerdik, mereka semestinya pandai dapat phd, tapi golongan peniaga di low yatt, mereka itu bijak..

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:23 am

      phd in action namanya..hehe.. fuh aku ingat nak dapatkan jugakla dR… insyallah… tapi mahu business dulu ah..

      Reply
  18. Kamal Mustafa says

    November 29, 2010 at 4:46 pm

    Rasanya mana yang dah ada PHD tue…bawak-bawaklah ceburi bidang perniagaan.macam kito yang tak berapo nak pandai nie laie sikit coz perancangan maso depan tue ada yang dah rancang awal.Nabi pun ada bersabda 9/10 rezeki tue datangnya dari perniagaan.

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:29 am

      yup betul tuh… terbaik tuh…

      Reply
  19. mankuchai says

    November 29, 2010 at 4:48 pm

    πŸ™ saya PHD <— pas habih darjah jer he3..

    Bagi saya pelajaran itu penting..tapi tak kiralah makin ramai ker yang dah ada PHD..yang penting pandai manfaatkan dengan PHD yang ada πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:30 am

      dimanfaatkan ilmu yang ada sekarang nih…

      Reply
  20. fitri says

    November 29, 2010 at 5:37 pm

    aku tak minat nak jadi lecturer…nak jadi engineer yang ade title DR ngan IR insyaAllah… :biggrin:

    Reply
    • Affan says

      November 30, 2010 at 12:22 am

      samalah, aku pun kurang berminat nak kena mengajar ni.
      tapi taktau lah rezeki macam mana πŸ™‚

      Reply
      • Zik says

        November 30, 2010 at 3:30 am

        insyallah ..kalau ada rezeki.. adalah tuh..

        Reply
  21. akubiomed says

    November 29, 2010 at 5:43 pm

    Bila ramai dah dapat Doctorate dan harap-harap banyak akan sumbangan kepada negara dengan penemuan baru.

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:31 am

      penemuan yang memberi sumbangan kepada negara… tapi jangan pulak orang lain yang manipulate… tak suka betul..tak pasal orang lain dapat nama…

      Reply
  22. intankuterpilih says

    November 29, 2010 at 5:58 pm

    makin ramai org yg bijak pandai skang nie…tapi bagi mereka yg ada PHD tu, harap dpt manfaatkan kelulusan yang mereka ada.

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:34 am

      harap bukan sekadar gelaran jer…

      Reply
  23. syahrilhafiz says

    November 29, 2010 at 6:22 pm

    ohoi..memang ramai sekarang..
    bersepah, sampai2 kerajaan dah galakkan budak2 tanam anggur amik bidang perniagaan..

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:35 am

      bidang pernigaan pilihan pertama sepatutnya..huhu

      Reply
      • syahrilhafiz says

        November 30, 2010 at 10:06 am

        hee.. tu sepatutnya, tapi dah bukan rezeki terpaksa pilih yang lain…;)

        Reply
  24. resep masakan says

    November 29, 2010 at 9:42 pm

    hi, Ass. Salam kenal dari Indonesia

    Perkenalkan saya diana. ingin berkomen dan berdiskusi bersama disini.
    sebelumnya mohon maaf karena komennya out of topic.

    salam hangat

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:36 am

      ya udah.. tak mengapa…

      Reply
  25. Affan says

    November 30, 2010 at 12:19 am

    bila dah ramai mcm ni, malaysia terpaksalah tingkat kelulusan untuk sesuatu bidang.
    kalau dulu nak jadi cikgu, diploma pun blh. skg kena ada degree + diploma untuk mengajar (lupa nama course tu)

    Reply
    • Zik says

      November 30, 2010 at 3:38 am

      kena ada dip pendidikan.. untuk teknik mengajar… ayoyo

      Reply
  26. Oh Pakar says

    November 30, 2010 at 7:20 am

    teringin juga nak sambung study sampai PhD

    Kalaulah mendapat tajaankan πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      December 2, 2010 at 1:27 am

      biasanya pensyarah/yang kerja dah lama kat company besar2 dapatle tajaan..huhu

      Reply
  27. Ali ridha says

    November 30, 2010 at 10:03 pm

    abang sedara aku sekarang tengah
    ambil Masters.die ambil kelas
    sabtu dan ahad je.kerja sambil
    belajar.

    Reply
    • Zik says

      December 2, 2010 at 1:28 am

      boleh tahan tuh….

      Reply
  28. dnoBiz says

    November 30, 2010 at 10:21 pm

    Sebab tu aku setuju bila menara warisan hendak dibina oleh PNB, secara tak langsung dapat menarik pelabur, dan menambahkan peluang perkerjaan dan juga membuka peluang perniagaan dan pelaburan kepada graduan yang bakal dilahirkan,

    Ps : pelaburan yang menghasilkan peluang perkerjaan mesti seiring dengan dengan pelaburan modal insan kalau tak nanti kadar graduan mengangur akan terus meningkat

    Reply
  29. zulasia says

    September 9, 2011 at 2:06 am

    Sya stuju dengan artikel ni. Bidang perniagaan perlu di seimbangkan semula. terutamanya bumiputra. skrang ni yg monopoli kebanyakannya adalah non-bumi. Bidang akademik pula start dari sek rendah smpai IPT kebanyakannya adalah bumiputra. BAGUS. bukan tak bagus. sebabnya ramai phd holder adalah bumiputra.. skrg ni sy cuba menyelami kehidupan phd holder & master holder. baru tahun 1 master by research full time, dlam masa yg sama, build my own business & network. hopefully after finishing my study my biz already establish. tapi, tengah pening & stress nak seimbangkan dua2 skali. thanks for this article..

    Reply
  30. kak dayang says

    November 25, 2011 at 10:13 pm

    Salam semua.. kak suka tajuk ni, dpt motivasi semula. Mgajar pun hmpr 25 thn di sek.men. Dlm masa sama buat biz juga mcm2 ada ikut tender sana sini. Tapi minat bljr ni tak prnh luput. Skrg ni tgh buat phd psisir di UTM…susah dan sakitnya …hanya Allah yang tahu. Apapun jgn putus asa….pada yg mahu teruskan ja. InsyaAllah ada hasilnya….

    Reply
    • Zik says

      November 25, 2011 at 11:10 pm

      W’salam… ya betul kak… dimana ada kemahuan, disitu ada jalan….

      Reply
    • mukhimh says

      September 4, 2014 at 11:10 am

      setuju dengan semua fakta…tetapi perlu diingat dengan pendidikan jugak agak dapat membuat seseorang itu berjaya dengan perniagaan…jangan memperlekehkan ilmu…nak berniaga pun kene ada ilmu..ramai jugak yang orang melayu kita ni berjiwa besar..tetapi ilmu perniagaan kurang…memang boleh berniaga..tetapi nak bertahan dalam perniagaan itu yang paling penting…janagn bukak business setahun dah tutup. Jangan kita terlalu jumud/atau sempit dengan pemikiran begini….Ingat rezeki semua dari Allah…kejayaan seseorang itu dengan izin Allah…ada juga orang yang berniaga dan berusaha bertahun-tahun tapi tidak berkembang jugak…ini disebabkan kekurangan ilmu pelajaran dan perniagaan. Orang Melayu kena bangkit dengan ilmu dan perniagaan. Jangan asyik salahkan orang cina…sedangkan bangsa kita sendiri masih ramai mempunyai PHD (Perasaan Hasad Dengki)…makin ketara sekarang ini.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss