• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!

Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!

Zik · Apr 5, 2011 · 56 Comments

Share this on WhatsApp

hala tuju selepas spm, tips selepas spm,

Amaran keras : Entri ini panjang untuk dibaca, penting untuk para lepasan SPM !!

Ayat tajuk nak gempak! Umum baru sahaja kita mengetahui keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)  tahun ini. Tak perlu bersedih-sedih dengan result yang kurang cemerlang atau tidak cemerlang langsung. Aku ada tips-tips yang insyallah boleh dikongsikan bersama-sama buat untuk pelajar yang masih blur-blur untuk membuat keputusan yang terbaik, selepas SPM.

1. Matlamat anda perlu jelas.

Ya, untuk menentukan matlamat asal kita dalam mencari keputusan yang terbaik selepas peringkat ini, perlu kita fikir sejauh mungkin. Nak tanya dulu, sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur sepak terajang dalam kehidupan seharian. Belum masih terlambat untuk memulakannya.

Ok dipecahkan kepada 3 pilihan.

Sambung belajar  Kursus, atau Kerjaya

1. Sambung belajar.

Dipecahkan kepada beberapa pilihan.

Diploma, sijil, matriks , luar negara dan lain-lain.

Jika keputusan anda sangat cemerlang, masukklah matriks (cukup merit untuk masuk tuh). Dan juga, aku sarankan memohon biasasiswa yang lebih menguntungkan tak perlu bayar balik kalau cemerlang lah. Apepun, ia bergantung kepada jenis biasiswa. Ada banyak jenis pilihan biasiswa (tak banyak pun) seperti JPA, MARA, PETRONAS, YAYASAN, dan PAMA. Senarai yang disebut ini diantara yang popular, tetapi aku percaya ada lagi tuh, kena pandai carilah ya.

Kalau kurang cemerlang, dapat sambung diploma pun ok juga, peluang untuk sambung sambung belajar masih ada selepas habis diploma nanti sangat cerah. Apatah lagi, anda lepasan Uitm contohnya , peluang untuk sambung degree ada lagi tuh. Namun anda perlu pastikan ipts yang anda pilih contohnya mendapat kelayakan MQA, kalau tidak sia-sialah jawabnya, kerana sekarang ini banyak IPTS yang tumbuh bak cendawan tiada MQA yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata. BErhati-hati.

Jika kurang cemerlang lagi, dapat sambung peringkat sijil pun ok. Jangan sedih-sedih, masih ada masa untuk kejar rakan-rakan yang lain untuk bersaing kelak. Kedudukan cemerlang anda, belum tentu dalam bidang akademik. Ingat tuh!  ia mungkin akan ditentukan selepas dialam pekerjaan, mungkin lain-lain siapa tahu??

Kalau tak dapat sambung mana-mana, tapi dapat tingkatan 6 pun ok juga. Cuma perlu sabar, dan jangan dengar kata orang, tingkatan 6 ini sebenarnya senang (ehem) kena pakai baju sekolah. Ia dilihat peluang kedua untuk terus ke peringkat ijazah, sekiranya cemerlang STPM nanti. Tetapi ingat, tak boleh main-main lagi. Perlu serius dan juga jangan terlalu aktif dalam kokorikulum. Tumpukan akademik 100%.

2. Kursus.(bimbingan dari pihak berwajib).

Buat mereka yang tidak mendapat keputusan SPM yang cemerlang, atau tidak lulus langsung SPM ini. Jangan sedih-sedih maa. Kalau nak repeat spm pun boleh. Tapi kalau dah tahu kemampuan diri, aku mencadangkan korang masuk kursus-kursus yang dianjurkan badan-badan kerajaan seperti giat mara, naza world( tidak selalu ada). Kebanyakkan kursus ini banyak, bukan hanya bertumpu kepada satu bidang. Ia luas, seperti kursus menjahit, automotif, pertukangan, perniagaan dan macam-macam lagilah.

3. Kerjaya.

Boleh sahaja untuk kerja, tetapi sekiranya keputusan SPM anda memang cemerlang, aku sarankan agar sambung lah belajar. Tetapi sekiranya adik beradik ramai, dan anda merupakan anak sulung dari keluarga yang susah. Tiada ibubapa, atau mak/ayah sudah tiada. Ini merupakan jalan terakhir untuk anda berkerjaya. Tetapi ingat, anda harus pastikan adik-adik anda tidak ikut jejak seperti anda. Biarlah anda berkorban demi kejayaan adik-adik akan datang. Besar pahala dan tanggungjawab bagi anak yang sulung, berkorban demi keluarga.

Apa yang penting , cari kerja yang murah gajinya dan halal!. Sentiasa alert dengan peluang  keemasan yang ada jangan disia-siakan. Sekiranya ada budget /rezeki lebih. Belajar separuh masa, dan cari kursus-kursus kemahiran separuh masa untuk menjadi orang yang mahu berubah dari semasa ke semasa.

  • Memilih kerjaya bukan mudah.

Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada. Bagi yang sambung belajar, yang tidak susah juga ya. Apepun, mulakan dari bawah.

  • Cabaran mencari kerja dizaman millenium sangat sengit.

Perlu tahu, zaman akan datang persaingan untuk mencari kerja semakin sengit, ramai yang para siswazah mengganggur dek kerana tiap-tiap tahun/semester semua pelajar graduate. Itulah realiti yang berlakunya pada hari ini, dek kerana terlalu memilih kerjaya impian, banyak kerja kosong pekerja asing telah mengambil peluang ini, dan para majikan berfikir dengan mengambil pekerja asing kos murah dan senang diuruskan (tak banyak songeh). Ditambah lagi pencen sudah dilanjutkan ke umur 58 (aku pun lupa berapa umur pencen sekarang??). Yang menunggu jawatan tuh lama lagilah ya.

Sekiranya ingin menolong ayah bekerja, atau sambung warisan perniagaan keluarga. Ia wajar diteruskan. Ilmu warisan, contohnya larik kayu, bukan ada pada semua orang skill itu. Dan dalam dunia perniagaan ilmunya sangat luas. Sebabnya jutawan-jutawan yang dilahirkan bukan hanya dilahirkan dalam bidang akdemik semata-mata. Mereka lahir tanda disedari, atau dengan mengambil PELUANG, dengan bijak.

Sekian, diharap anda jelas untuk memilih dimana pilihan anda untuk pergi selepas SPM ini. Cabaran selepas ini lebih getir, tiada jalan pintas untuk berjaya. Perlu kita umum tahu, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Berusaha sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain, itu satu usaha yang aku sangat respek, dari yang hanya menunggu dari pihak berwajib mintak pertolongan.

Sekiranya tidak setuju, pendapat sendiri, dan juga cadangan yang lain. Anda harus lontarkan ia dengan seikhlas mungkin. Merekalah bakal pemimpin dan pengganti pakar pemikiran yang jauh lagi primitif.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik boeh buat apa dengan spm, halatuju selepas spm, mana lagi bagus diploma atau matriks, mana nak sambung nie diploma ke matriks, pilihan bijak selepas spm, selepas spm nak buat apa

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. fitri says

    April 5, 2011 at 10:44 am

    pada aku eloklah sambung belajar..dan yang penting kalau kelauarga tu mampu tak payah amek ptptn..huhu

    Reply
    • Affan says

      April 5, 2011 at 7:47 pm

      Setuju tu bro.
      Dgr citer sakit gak nak bayar balik ptptn.

      Reply
      • fitri says

        April 7, 2011 at 2:17 pm

        haah mmg sakit..aku tak ley tuka ke sistem ujrah sebab pnjm xabes (tetibe dapat jpa mase tu)..

        total utk diploma dgn degree lebey kurg >RM 33000..ley kuar kete sebijik tu weh..

        Reply
    • akubiomed says

      April 6, 2011 at 11:57 pm

      Adik lelaki saya ambil pinjaman PTPN kemudian dilabur kedalam ASB. Yuran pengajian ditanggung oleh famili

      Reply
      • fitri says

        April 7, 2011 at 2:19 pm

        ouwh..tapi pada saya lebih elok tak meminjam..sebab yang dilaburkan tu tetap kena byr balik coz hutang ptptn..
        lagipun ada caj perkhidmatan yg kite kena bayar tambahan kepada pinjaman yg kita buat..

        Reply
  2. chii says

    April 5, 2011 at 11:04 am

    leh gak apply telekom utk scholarship..nnt da abih blaja..insya Allah akan diserap masuk terus ke telekom.

    pemilihan harus tepat..yg mn nak sambung blja..make sure pemilihan course sesuai dengan minat dan market..jgn main langgar je..nnt sendiri susah..

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 3:07 am

      kalau dah dapat tawaran kena fikir dan bincang dulu.. jangan main sebat, dan ikut kawan…

      Reply
  3. nasslimdiet2 says

    April 5, 2011 at 11:32 am

    pada aku, mana yang dapat result kurang memuaskan tu jangan lah bersedih hati. Tak bermakna jika anda tak berjaya SPM ni anda tak akan berjaya buat selama-lamanya. Anda boleh bermula dari bawah dengan buat sijil atau STPM. Kejayaan hanya akan menunggu orang yang rajin sahaja.

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 3:08 am

      ya betul tuh .. mulakan dari bawah…

      Reply
  4. eastbullet says

    April 5, 2011 at 12:31 pm

    penting untuk sambung belajar dahulu. sekurang-kurangnya peringkat diploma. ada masa terluang dan kewangan stabil, boleh teruskan dengan ijazah. zamam sekarang lambakan sangat orang lepasan universiti, jadi mampukah kita nak bersaing dengan hanya sijil SPM?

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 3:10 am

      apa yang penting sekarang nie.. pengalaman lagi penting..

      Reply
  5. suffer8zine says

    April 5, 2011 at 2:09 pm

    sebaiknya sambung la belajar, org kata lebih la sikit gaji nnt

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:16 am

      kiranya upgrade sikitlah kan…

      Reply
      • suffer8zine says

        April 15, 2011 at 9:03 am

        yuppp mcm tu la

        Reply
  6. tengkorak emas says

    April 5, 2011 at 2:24 pm

    bagi yg memilih kerjaya, tak semestinya proses pembelajaran itu terhenti, cuma pembelajaran mungkin tidak lagi berlaku dalam keadaan yg formal, mungkin ia datangnya melalui pengalaman atau semangat untuk memajukan diri dalam kerjaya masing2

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 11:46 pm

      peluang masih ada….

      Reply
  7. Ceqla says

    April 5, 2011 at 2:44 pm

    matlamat… huh terigt time sekolah duluΒ² cikgu tnya “nanti Ceqla dah abs blaja nak jadi apa?” ceqla selamba je “nak jadi peladang missz” 1 kelas gelak.. mungkin 1 kerjaya yg agak remeh & bla..bla.. tapi itu la matlamat yg kita tagetkan? so utk lepasn SPM, SPMV & so’on cari kekuatan diri tu di mana, if rasa otak akal tu strong blh blaja trskan belajar, if x blh da ngadap buku tu, buat kerja sendiri.. asalkan kita tak sushkan org tua kita cukup la… πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 11:52 pm

      ya betul tuh.. keputusan ada ditangan mereka sendiri…

      Reply
  8. aemy jaybee says

    April 5, 2011 at 3:06 pm

    sebaek2 nye … samb0ng r belaj0 dulu …. x p0n mas0k giat mara
    hehehehe…..

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 11:53 pm

      giat mara pun ok.. kursus percuma…

      Reply
  9. Miss Tira says

    April 5, 2011 at 4:25 pm

    Tengok pada individu. Ada ramai yang memilih untuk belajar dan tak kurang juga memilih untuk berkerja. Semua ada sebab masing-masing.

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 11:57 pm

      sebab itu beri mereka pro and cons.. dan perlu ada peningkatan kendiri.. iaitu anjakan paradigma untuk terus maju…

      Reply
  10. bEe says

    April 5, 2011 at 5:23 pm

    Skang budak2 ramai yg cerdik2… U pon sudah nak pilih budak2 & kat tmpt keje pon susah nak select org… Resume melambak2. Tp sape yg bernasib baik dptlah rezeki yg baik kan! Yg penting jgn memilih sgt dlm era globalisasi skang ni ye tak! πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 11:58 pm

      persaingan nak masuk u pun dah sengit nie sekarang kak…. apepun kerja nanti tak tahula…sekarang nie pun dah sengit sangat… huhu

      Reply
  11. LadyComot says

    April 5, 2011 at 7:22 pm

    bimbingan yg bagus… untuk terus maju kehdapan tak kira walaupun apa keputusan yg kita perolehi. Yang penting semangat kita untuk terus berusaha maju kehadpn bukan semakin mundur. Gagal tak bermakna kita kalah. Kalah tak bermakna kita tidak mampu lagi untuk berjuang.. all da best to all.. rindu nak belajar semula… poning keje..

    Reply
    • Zik says

      April 9, 2011 at 12:14 am

      ada rasa rindu jugak..tapi dah tak boleh lah sekarang nie…

      Reply
  12. Ismail N says

    April 5, 2011 at 9:20 pm

    Tambah sikit Zik.. Kalau ada bakat tu join ler AF ke, Raja Lawak ke.. he he.. dapat corakkan kerjaya jugak tu πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      April 9, 2011 at 12:16 am

      tapi tuh kena pastikan kena ada bakat.. kalau takda.. baik tak payah…. masuk apperantice lagi bagus..

      Reply
  13. Sir Marcello says

    April 6, 2011 at 1:16 am

    wah bagus ada tips macam nie…terbimbing budak2 nie…

    Reply
    • Zik says

      April 9, 2011 at 12:25 am

      insyallah… mana yang termampu jer bro.. itupun masih ada kekurangan lagi tuh.. kalau bro ada nak tambah ker??

      Reply
  14. mancai says

    April 6, 2011 at 1:19 am

    belajar itu sangat2 penting… namun kalau tidak mampu carilah jalan bagaimana untuk membiyai kos pelajaran… sebagai contoh kerja sambil belajar… pasal pilihan kerjaya kalau boleh terokai dan terimalah cabaran bidang mencabar seperti nanoteknologi dan bioteknologi yang pada masa akan datang terlalu banyak cabang ini diperlukan…

    Reply
    • Zik says

      April 9, 2011 at 12:34 am

      bidang2 yang jarang orang dengar.. persaingan kurang yer tak bro mancai….

      Reply
  15. Fitrihadi says

    April 6, 2011 at 1:46 am

    minda tipikal melayu yang menganggap kalau nak berjaya kena masuk universiti dan kena makan gaji patut dikikis.. sekarang ni kalau nak berjaya kena ada ilmu keusahawanan dan perniagaan baru hidup ni terjamin.. makan gaji?? sampai tua pun agak susah nak koyo…

    bro..tolong jawab tagged kat entry di commentluv bawah ni.. hihi…
    .

    Reply
    • Zik says

      April 9, 2011 at 12:21 pm

      orait… entri nie aku dah ada sebenarnya… warren buffet belajar ilmu pelaburan seawal 8 tahun…

      Reply
  16. Ali ridha says

    April 6, 2011 at 9:20 am

    dalam usia 19 tahun ni.saya sudah memiliki
    rumah besar, kereta besar dan bibi pun besaor la.hehe…

    elok pergi belajar dulu.umur masih muda.
    kalau jadi macam aku ni.nak masuk kelas
    pun malu.semua 18 tahun ke atas.

    memilih kerja pun payah.
    bila habis belajar nanti.belum
    tentu bidang yang kita ambil
    masa kursus dulu, boleh menjamin
    kita boleh dapat kerja tu.

    Reply
    • Zik says

      April 9, 2011 at 12:45 pm

      amik kursus lain dari lain dan demand dia macam mana…

      Reply
  17. Mr.Kerro says

    April 6, 2011 at 1:13 pm

    yup mmg blajar lg pnting..kerja tu bila2 bleh tp kne la crik ilmu byk2 dlu..

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:19 am

      bergantung kepada keadaan keluarga.. tetapi kalau dah susah… mungkin pihak2 berwajib kena take note… disarankan mereka ini harus dapat sambung belajar…

      Reply
  18. Razlan says

    April 6, 2011 at 1:47 pm

    Aku dulu lepas spm terus keje,bile time check result,sume takat hidung jer ,pastu continue form six ,tapi sekali pernah pegang duit payah nak belajar lagi

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:22 am

      betul2 … kalau dah kerja.. nak belajar … nak dapat rentak ..agak susah sikitla…

      Reply
  19. tehr says

    April 7, 2011 at 1:22 am

    kalau layak, elok sambung belajar la
    kalau dah tak layak dan keluarga tak mampu, lebih baik cari kerja
    lagi pun belajar bukan untuk dapat sijil je

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:30 am

      utamakan mana yang penting dulu… huhu

      Reply
  20. muhammad fakhruddin says

    April 7, 2011 at 7:45 am

    Pertama, bekalkan diri dengan ilmu baik dari segi teori mahupun kemahiran. Pada masa yang sama asah kemahiran insaniah(soft skill) dalam diri.

    Berkenaan penggangguran, mahasiswa sepatutnya tidak cerewet memilih kerja dan bersikap kreatif. Daripada menunggu peluang pekerjaan, apa salahnya mencipta peluang pekerjaan sendiri. 9/10 sumber rezeki kan hasil perniagaan πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:41 am

      untuk membaut perniagaan sendiri perlu menyiapkan diri dengan ilmu, dan lagi satu ialah modal…

      Reply
  21. MDHAFiZ.NET says

    April 7, 2011 at 9:26 pm

    masih lagi ternanti2 bila nak habis diploma nih… πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:41 am

      sabar2.. kejap jer masa berlalu….

      Reply
  22. aimannajmy says

    April 8, 2011 at 7:10 am

    dulu masa time belajar niat nak jadi lain.. dah abih belajar niat dah berubah pulak huhu

    Reply
    • Zik says

      April 10, 2011 at 2:41 am

      betul2… tak sama apa yang kita rancangkan…

      Reply
  23. DEK JA says

    July 11, 2011 at 4:39 pm

    k ke kolejn poli tech mara
    ???lau d bndinan dgn giat mara

    Reply
    • Zik says

      July 11, 2011 at 10:49 pm

      kalau igat mara.. tak payah bayar.. tapi dia adalah sijil…. dan kolej poli tech mara… kena bayar balik lah pinjaman dia…. terpulang,…. tapi kolej poli lagi baguslah

      Reply

Trackbacks

  1. Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium! « news@yoys says:
    April 6, 2011 at 7:20 am

    […] See the article here: Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium! […]

    Reply
  2. Keputusan penuh SPM 2016 hari ini 16.3.2017 – Zikri Husaini says:
    March 16, 2017 at 1:27 am

    […] yang masih blur-blur nak pergi mana lepas spm nih, boleh baca entri aku iaitu mengenai halatuju selepas spm. Selamat […]

    Reply
  3. Kelebihan masuk tingkatan 6 – Zikri Husaini says:
    March 23, 2017 at 9:03 am

    […] Masing-masing ada pendapat sendiri. So disini aku telah menggariskan beberapa panduan untuk entri yang lepas, mengenai hala tuju pelajar selepas SPM. […]

    Reply
  4. Semakan keputusan SPM 2017, secara online, sms . – Zikri Husaini says:
    March 15, 2018 at 11:45 am

    […] hala tuju selepas SPM di zaman millenium. […]

    Reply
  5. Semak keputusan SPM 2018 secara online dan sms – Zikri Husaini says:
    March 14, 2019 at 2:41 pm

    […] Boleh baca halatuju pelajar selepas SPM di alaf baru […]

    Reply
  6. Cara semak keputusan spm secara online, sms , dan apps 5 mac 2020 – Zikri Husaini says:
    March 5, 2020 at 2:43 am

    […] Baca juga : Halatuju selepas spmΒ  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: