Kejayaan hidup biasanya dikaitkan dengan keupayaan seseorang mencapai status tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Ketenangan dan kebahagiaan jiwa juga dianggap unsur penting dalam kehidupan seseorang yang berjaya. Seseorang itu dikatakan berjaya dalam pendidikan jika dia dapat melanjutkan pendidikannya sehingga menjadi seorang yang berilmu dalam bidangnya. Sememangnya, kejayaan dalam bidang pendidikan tidak dapat menjamin kebahagiaan dan kejayaan hidup secara mutlak. Keadaan ini demikian memandangkan kebahagiaan dan kejayaan hidup juga bergantung pada faktor-faktor yang lain.
Sememangnya, salah satu faktor yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang ialah kejayaan dalam pendidikan. Biasanya, seseorang yang berjaya dalam pendidikan formal mempunyai masa depan yang lebih cerah. Banyak peluang pekerjaan yang menawarkan suasana kerja yang lebih selesa dan pulangan yang lumayan terbuka untuknya. Misalnya, jawatan profesional seperti akauntan, doktor, peguam, jurutera, pakar perunding, dan sebagainya. Mereka dianggap berjaya kerana mencapai tingkat ekonomi dan sosial yang tinggi. Golongan ini juga dikagumi dan dihormati masyarakat. Hidup mereka juga jauh lebih senang daripada orang lain.
Namun kejayaan hidup juga boleh dicapai melalui pengalaman. Pengalaman akan menjadikan seseorang mahir dan matang serta bervisi jauh. Tanpa pendidikan, seseorang juga akan berjaya jika gigih menimba pengalaman. Sebagai contoh, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjaya membawa filem Melayu ke puncak kegemilangan melalui pengalamannya.
Begitu juga halnya dengan jutawan dan dermawan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yang miskin dan buta huruf ketika kecil, tetapi akhimya dapat menguasai pasaran motosikal di Malaysia. Dalam bidang pemiagaan pula, peniaga yang berpendidikan tinggi tetapi kurang pengalaman mungkin kalah kepada mereka yang bermula daripada perniagaan kecil tetapi menggarap pengalaman hingga memiliki badan korporat. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kejayaan dalam pendidikan bukan faktor yang mutlak.
Kejayaan hidup juga bergantung pada faktor sikap. Sikap pantang kalah, optimistik, sabar, dan sentiasa ingin membaiki diri serta bersih, cekap, dan amanah juga merupakan kunci kejayaan hidup. Banyak siswazah yang menganggur kerana mereka tidak bersedia untuk bekerja keras, sebaliknya hanya menunggu durian runtuh sahaja. Banyak juga golongan profesional yang dihormati akhimya meringkuk dalam penjara kerana melakukan jenayah kolar putih. Golongan berpendidikan tinggi tetapi tidak sayang akan diri akhirnya terjebak dalam kancah dadah dan arak. Sememangnya, kehidupan mereka tidak bahagia. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjual pisang goreng. Namun, beliau telah menjadi pengamal perubatan dan seterusnya tokoh politik yang memimpin Malaysia dengan cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan bukan faktor tunggal yang menjamin kejayaan hidup. Sebaliknya, faktor sikap juga memainkan peranan penting.
Keutuhan imanjuga merupakan teras kebahagiaan dan kejayaan seseorang. Kekayaan yang melimpah tidak akan memuaskan seseorang jikalau nafsu tamak dan haloba menguasai diri dan fikiran mereka. Oleh itu, dia tidak akan bahagia kerana menginginkan kekayaan yang lebih banyak. Keluarga yang porak-peranda dan menyiksa jiwa berpunca daripada kekurangan keimanan. Keganasan rumah tangga berlaku kerana ketua keluarga kurang pegangan agama. Keluarga yang berpendidikan tinggi juga akan menjadi tempat berlakunya keganasan jika tidak mempunyai didikan agama yang secukupnya. Semua ini menjadi penghalang bagi seseorang mengatur hidupnya. Malah konfiik yang timbul mungkin mendorong seseorang tidak berani meneruskan hidupnya, lalu mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Jadi pegangan agama yang utuh membolehkan kita mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup.
Suasana juga turut mempengaruhi kejayaan hidup seseorang. Suasana yang dimaksudkan ialah suasana masyarakat dan negara. Masyarakat yang runtuh nilai moralnya akan menjadi tapak pembiakan kes-kes jenayah, maksiat, penagihan dadah, dan wabak AIDS yang tiada ubat penawamya. Kewujudan pelbagai masalah yang tersebut menyebabkan setiap ahli masyarakat akan terancam. Dalam negara yang huru-hara, peperangan akan meragtit bukan
sahaja harta benda malah nyawa manusia. Pada masa itu, pendidikan yang tinggi sejauh mana pun tidak lagi bererti dan tidak dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Jelaslah bahawa kejayaan cemerlang dalam pendidikan bukanlah faktor penentu yang mutlak dalam menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang. Lebih-Iebih lagi dalam zaman yang penuh dengan segala macam cabaran ini. Sesungguhnya memang lebih baikjika kita berpendidikan tinggi. Namun kita juga memerlukan didikan agama, sikap positif dan keimanan untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan berjaya.
Minggu ini, mereka yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama sudah mula menjejakkan kaki di menara gading. Namun, ada yang tidak bernasib gagal bergelar mahasiswa.
Bagaimanapun, mereka yang gagal tidak bermakna masa depan sudah gelap kerana masih ada peluang lain boleh diterokai. Ramai beranggapan kemasukan institusi pengajian tinggi awam ( IPTA) adalah ukuran kejayaan seseorang.
Diterima masuk ke universiti pasti mempunyai masa depan yang cerah. Bagaimanapun, senario hari ini sudah berubah. Bakal graduan juga graduan berdepan cabaran yang hebat untuk mencari pekerjaan.
Sejarah sudah membuktikan bahawa ketiadaan sekeping sijil dari universiti tidak bermakna seseorang tidak boleh berjaya. Contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 63, seorang usahawan kelapan yang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion), berdasarkan maklumat dikumpul majalah perniagaan, Forbes.
Mentaliti masyarakat kita perlu diubah kerana selama ini masyarakat kita selalu disogokkan dengan tanggapan jika belajar di universiti hidup akan lebih terjamin dan mempunyai peluang pekerjaan baik. Tapi hakikat ramai yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian.
Bagi mereka yang tidak berpeluang masuk ke universiti janganlah rasa putus asa dan sedih kerana tidak layak. Masih ada banyak peluang untuk mencorakkan masa depan. Buanglah sifat berputus asa dan jangan hiraukan mentaliti segelintir masyarakat kita yang sering memandang serong terhadap mereka yang tidak menyambung pelajaran.
Buktikan pada masyarakat kita bahawa seorang yang tidak berkelulusan tinggi mampu berjaya seperti orang lain.
Gunakan kemahiran dan keistimewaan yang ada pada diri untuk meluas dan merebut peluang yang ada di depan mata.
Segulung ijazah hari ini sudah tidak mampu menjamin graduan untuk mendapat pekerjaan sebaliknya memerlukan pelbagai kemahiran bagi menjadi penyambung hayat masa depan.
* Penulis siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan.
Mari kita kaji dan lihat apa yang dimiliki pada Bill Gates, pengasas bersama syarikat Microsoft. Gates tidak sempat menggunakan segulung ijazah daripada Universiti Harvard untuk dibanggakan sebagai orang berilmu kerana gagal dalam pengajiannya. Namun, di sebalik kegagalannya, Gates bersama Paull Allen mengasaskan Microsoft dan pada 2011 memiliki kekayaan kira-kira AS$59 bilion.
Gates juga menyimpan koleksi kisah hidup suram penuh dukacita. Dia tidak dapat menumpukan kepada pendidikan sempurna selepas gagal pengajiannya di universiti. Namun, kegagalan dalam akademik berjaya ditransformasikan menjadi sesuatu yang mengkagumkan.
Dengan produk amat memberi makna kepada manusia sejagat dalam penggunaan teknologi maklumat, Gates berjaya membunuh kepercayaan kebanyakan orang bahawa kegagalan dalam pelajaran itu amat memeritkan. Gates berjaya meletakkan dirinya antara manusia dikagumi berdasarkan kejayaan demi kejayaan syarikatnya menerusi penghasilan pelbagai inovasi terkini.
Pendidikan bukanlah penentu kepada kejayaan. Andai anda beroleh segulung ijazah daripada universiti yang terkenal sekali pun itu bukanlah suatu yang akan menjamin anda untuk berjaya kelak andai anda tidak menggunakan potensi anda sebaik-baiknya. Sedangkan orang yang sudah berjaya memiliki segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan pun setelah bertahun-tahun menghabiskan masa belajar namun setelah tamat pengajian mereka sendiri pun tidak pasti samada mereka mampu memberikan sesuatu kepada komuniti.
Sebab mereka sendiri tidak dapat menjamin bahawa mereka mampu memiliki suatu kerjaya yang luarbiasa dengan pendapatan yang luarbiasa di dalam dunia sebenar. Kalau sekadar cukup-cukup makan sahaja itu pun sudah memadai dan merasa selesa dengan apa yang mereka miliki dan itu sudah cukup bagi mereka. Ramai yang memilih jalan yang singkat ini. Menikmati kesenangan yang sementara namun dalam tempoh jangka masa yang panjang satu kepastian/ jaminan mereka akan berjaya dalam hidup itu belum pasti.
Cuba kita bayangkan dalam ribuan graduan terbabit, dapatkah kita jamin semuanya mendapat pekerjaan? Jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri. Jika dilihat daripada sejarah pengangguran di negara ini, masih ramai lepasan graduan mencari pekerjaan kecuali graduan mengikuti kursus perguruan.
Adakah selepas ini golongan-golongan yang cerdik pandai yang mengambil bidang kejuruteraan akan memohon KPLI selepas sahaja tamat pengajian mereka? Kerana takut tidak mendapat pekerjaan di luar kerana itu sahaja jalan yang selamat untuk mendapatkan kepastian kerjaya di dalam hidup?
Tidak kurang pula yang melanjutkan pelajaran lagi , tidak cukup untuk segulung ijazah , maka ditambah lagi master untuk memastikan mendapat tempat di luar sana? Atau menambah lagi terus ke Ph.D selepas selesai umur sudah pun meningkat dua kali ganda, kadar produktiviti kerja semakin kurang kerana umur sudah pun meningkat kerana terlalu lama bertapa di menara gading. Tetapi adakah ia suatu jalan penyelesaian ? Renung-renungkanlah. Jika masih lagi tidak mendapat tempat di luar apa lagi yang mampu anda akan lakukan?
![]() |
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari |
‘Pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Ada juga antara mereka terpaksa menunggu setahun atau lebih sebelum mendapat pekerjaan sesuai. Lebih dari itu pun ada. Satu pihak cuba menyalahkan graduan universiti kerana terlalu memilih pekerjaan dan satu pihak lagi, menyalahkan pihak kerajaan dan swasta kerana enggan memberi peluang kepada yang kurang berpengalaman. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Jika diselidiki bukan semua jawatan tinggi dalam sektor pekerjaan dipegang individu yang memiliki ijazah. Semuanya bergantung kepada strategi setiap individu dalam mengorak langkah dengan bijak.
Apa yang pasti, pada masa kini, segulung ijazah meningkatkan prestij seseorang itu di mata masyarakat. Mereka juga menjadi kebanggaan keluarga kerana bakal mendapat pekerjaan bagus dengan pulangan lumayan.Itu pendapat mereka tetapi hakikatnya tiada siapa yang tahu. Tepuk dada tanya diri betul atau tidak anda sendiri yang menjawabnya.
Paling penting, kita menjadi seorang yang lebih matang dalam berfikir dan bijak mengatur hidup dengan nikmat diperoleh. Realitinya sekarang, segulung ijazah bukan jaminan mendapat pekerjaan tapi jaminan untuk mendapat tempat temuduga sahaja. Sudah terbukti ramai juga orang kita mampu pergi lebih jauh tanpa segulung ijazah. Pasti Boleh!
p/s: Percaya pada potensi diri, yakini setiap apa yang anda lakukan jangan terikat dengan keadaan sekeliling anda yang menghalang anda untuk berjaya dalam hidup. Ingat kuasa pemikiran separa sedar amat kuat jika digunakan dengan sebaik-baiknya anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Jika anda membaca artikel ini dan memilih untuk berubah mulai sekarang, anda pasti akan berterima kasih kepada saya kerana membuka minda anda , namun jika anda mengabaikannya tiada siapa yang tahu kesudahan kisah hidup anda. Anda sendiri yang menentukannya .Pilihan di tangan Anda…Pilihan di tangan Anda.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply