• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Graduan ‘ulat buku’ tak mampu pergi jauh, tertumpu hanya pada teori semata-mata

Graduan ‘ulat buku’ tak mampu pergi jauh, tertumpu hanya pada teori semata-mata

Zik · Dec 9, 2010 · 47 Comments

Share this on WhatsApp

graduation day, im graduate, hat graduation, ceremony of graduation, mahasiswa menggangur, mahasiswa semakin ramai menggangur, jumlah pengganggur bertambah, punca ramai pengganggur

Jumlah pengganggur dinegara kita semakin bertambah??

Terpanggil dan tercabar  aku untuk membincangkan tentang tajuk diatas dari akhbar metro. Inilah jadinya bila golongan-golongan yang dikatakannya cerdik pandai sampai ke peringkat tertinggi (PHD), tapi masih tak dapat kerja.

Ya, itu aku memang akui. JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna CONFIRM masa depan cerah, kini semuanya berubah bak ombak tsunami, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan. Sebabnya ialah dulu selepas zaman kemerdekaan graduan masih baru, tak ramai seperti sekarang (demand)  dan sekarang masih lagi memegang jawatan yang kosong itu, , manakala mahasiswa sekarang ini terpaksa menunggu pencen/ bersaing  dengan pekerja sedia ada yang lebih  jauh berpengalaman.

Ia satu cabaran yang sangat besar aku rasakan sekarang nie. Bila interview pun aku tengok memang ramai gila. Bila aku tengok sijil-sijil diaorang nie, bukan main lagi, master ada, degree dan sewaktu dengannya.

Kemahiran akademik bukan lagi jadi sandaran.

Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri. Ini memberi ‘amaran’ kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.

Persoalannya??

Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan. Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Sudah tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan dan budaya keusahawan harus ditanam.

Universiti atau mahasiswa itu sendiri haruslah sentiasa bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan. Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran (E-learning), pengajaran dan kemahiran modal insan.

“Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global. Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara”

Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi. Ia berkait rapat dengan mahasiswa yang dianggap anti sosial bagi akulah.

Sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. “Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.

Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).

Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.

Tiga kelemahan  mahasiswa di institusi pengajian tinggi

  1. Kemahiran komunikasi yang lemah,
  2. Sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat
  3. Pemikiran kurang kritikal.

Kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.

Mahasiswa asset negara yang tak ternilai.

Mahasiswa hari ini adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat. Ia kerana, mereka (aku) bakal-bakal peneraju negara kita dan juga menjadi ikon kepada masyarakat setempat.

Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya. Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh.

Jadinya, memang ada yang demand dengan gaji disebabkan itu ada ramai graduan kita berpindah ke luar negara, ataupun semasa belajar di luar negara seperti blogger yang masih belajar di luar negara Ariffshah, PascaSPM, JeoGrimJeo dan sewaktu dengannya berkemungkinan besar mendapat tawaran bekerja di negara sana yang lebih tinggi gaji dan income per kapita.

Bak kata pepatah, Hujan Emas, di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negara kita yang kaya dengan hasil pribumi dan juga menjadi kebanggaan anak tempatan.

NOTA TAMBAHAN.

Tujuh Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian

* Meluaskan akses dan meningkatkan kualiti tinggi.
* Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
* Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.
* Memperkasa institusi pengajian tinggi.
* Mempergiatkan pengantarabangsaan.
* Membudayakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
*Mengukuhkan sistem penyampaian kementerian pengajian tinggi. *Membudayakan/Mewajibkan teras dalam keusahawanan dalam meningkatkan ekonomi negara.

Keseimbangan dalam bidang masing-masing.

Bagi aku perkara yang harus ditekankan ialah bukan ketika sudah habis belajar mempraktikkan apa yang sudah belajar, tetapi ketika kita belajar, mencuri peluang sebaik mungkin agar pelan perancangan kita itu terlaksana dan berjalan lancar. Sekurang-kurangnya masa mengganggur dapat dikurangkan.

Memang betul, bidang keusahawanan orang melayu memang jarang sekali meletakkannya sebagai kerjaya nombor satu, tetapi kita harus mencontohi bangsa-bangsa yang lain, untuk terus maju kehadapan.

Jarang sekali kita dengar anak-anak muda bangsa kita yang dapat perhatian media kerana kencang businessnya, mungkinkah jutawan senyap?? MLM??  Ada , cuma boleh dihitung dengan jari sahaja, Irfan Khairi, Uncle Seekers?? Yang ramainya sekarang ini ialah keruntuhan moral dan juga publisiti murahan artis-artis tempatan yang havoc tak ingat.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik budaya keusahawanan kalangan mahasiswa, halatuju mahasiswa, jumlah pengganggur bertambah 2010 dan 2011, jumlah pengganggur di negara kita, kelemahahan mahasiswa di IPTA, kelemahan mahasiswa, mahasiswa anti sosial, mahasiswa bakal pemimpin negara, mahasiswa sombong, mahasiswa tidak minat bidang usahawan, mahasiswa tidak produktif, mahasiswa ulat buku, mahasiswa yang tak produktif, mahasiswa yang tidak produktif, modal insan buat mahasiswa, punca ramai yang menggangur di negara kita, strategi pelan perancangan buat mahasiswa

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. ST says

    December 9, 2010 at 8:49 am

    Pendapat aku la…. sistem pembelajaran kat Malaysia nih kena tukar dah. Terlalu “exam oriented”. Memang setuju student pun kena lebey usaha pada komunikasi.

    Just my 2 cent… huhu

    Reply
    • akubiomed says

      December 9, 2010 at 12:52 pm

      Setuju, terlalu exam oriented. Bayangkan ilmu yang diajar adalah asas walhal di industri lebih jauh advance. Pada pandangan saya latihan industri memainkan peranan penting kerana ia akan memberi persediaan bakal graduan untuk berkerja di situasi sebenarnya. Latihan industri kena dipanjangkan dan pihak pengajian perlu selalu mendapat maklumbalas keperluan industri jangan asyik syok sendiri. Kerugian kepada bakal graduan dan pihak industri kerana perlu melatih semula dan ia berkaitan kos yang kena tanggung. Saya biasa jadi panel penemuduga kadang-kadang tak faham pointer memang terbaik bila suruh buat amali sikit tak tahu. Saya pernah menyoal subjek asas alasan mudah tak ingat sebab subjek belajar pada semester pertama. Kalau saya yang bagi alasan memang masuk akal kerana sudah lama meninggalkan kolej. Baik saya ambil budak-budak lapisan SPM latih betul-betul menjadi pekerja mahir dari bercerita bagai nak rak tapi pengisian kosong.

      Reply
      • dnoBiz says

        December 10, 2010 at 11:38 am

        Betul tu Bro,
        pada aku mungkin format peperiksaan perlu diubah, kepada cara yang lain, cari satu cara yang dapat menilai tahap pemahaman dan penguasaan terhadap apa yang mereka pelajari, dan juga cari cara untuk menilai kebolehan mereka dalam mengunakan dan mengolah ilmu tersebut, terutama di peringgkat pengajian tinggi

        Reply
  2. Ladfe Amir says

    December 9, 2010 at 9:21 am

    semuanya terletak kepada kepercayaan diri masing2 untuk meneroka lebih jauh lagi. ramai yg sanggup menganggur semata2 sanggup menunggu tawaran kerja daripada kerajaan. dan tidak berani untuk mencuba sesuatu yg berbeza drpd bidang yg dipelajari semasa di sekolah/univrsiti.

    Reply
    • hafizmd says

      December 9, 2010 at 12:02 pm

      maksud bro…mereka masih dalam mood suka memilih kerja?

      Reply
      • suri says

        December 9, 2010 at 12:38 pm

        org suka pilih kerja mmg sush..

        klu dok pilih mmg lama le nak dpt kerja g sesuai heee

        Reply
        • padin says

          December 9, 2010 at 8:08 pm

          kalau memilih sangat, tunggu kerja yang betul2 di rasakan sesuai, memang ini lah jadinya huu

          Reply
          • Ladfe Amir says

            December 11, 2010 at 1:04 am

            betul tu maksud aku. last sekali bila tak dapat keje yg diidamkan, sanggup jadi guru.
            jadi guru pun sbb terpaksa, bkn sbb minat.

            satu lagi yang aku dapat tahu.
            student pilih kos masa belajar yg mmg jenis tak glomour (peluang dpt keje susah).. so, kenapa bidang tu masih ada kat Universiti..?

            Reply
    • muhammad fakhruddin says

      December 11, 2010 at 10:13 am

      Betul tu,kalau nak mengharap bulan jatuh ke riba entah bila peluang terbuka seluas-luasnya hendak direbut.

      Terkenang kenyataan Tun Dr. Mahathir di MAHA baru-baru ini “Di Malaysia sepatutnya tak da orang susah”

      Reply
  3. Mohd Hafiz says

    December 9, 2010 at 9:51 am

    dulu time kursus cidb dulu pun ade gak bincang pasal nih.. memang realiti skill dan kemahiran itu sangat diperlukan untuk pasaran sekarang 🙂

    Reply
  4. Hadi Rofiee says

    December 9, 2010 at 9:59 am

    Salam Zik.

    Aku sangat setuju dengan artikel ini. Awal2 dahulu sewaktu belajar peringkat ijazah, aku telah dapat menghidu masalah ini terutamanya pada diri aku sendiri. Aku terasa seperti banyak lagi kekurangan yang mesti diperbaiki.

    Bagi aku, kuncinya adalah diri kita sendiri & tidak perlu menyalahkan orang lain sebelum menilai dahulu diri kita. :ninja:

    Reply
  5. Kamal Mustafa says

    December 9, 2010 at 10:11 am

    Setinggi mana pun pendidikan tue,kuncinya pada tuan punya diri.Teringat lawak dari Wanda Sykes, dulu-dulu masa sekolah pelajar bermatian-matian belajar semua benda yang diajar guru nak serap habis kalau boleh.Macam komputer habis memori.Habis sekolah semua hilang.Cubolah tanyo memang tak dapek jawab punyo.So para mahasiswa sekarang tak boleh bersandarkan pada 100% pada apa yang diorang belajar atau diajar.Cuba cari alternatif lain yang seiring dengan zaman yang semakin maju nie.

    Reply
    • suffer8zine says

      December 9, 2010 at 12:25 pm

      setuju la bro!

      Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

      Reply
    • suri says

      December 9, 2010 at 12:40 pm

      try bukak perniagaan sndri…model kena pinjam bank huu..pastu terus ingat alamak pinjaman blum bayr lagi…harap tak di senarai hitamkan huuu..

      Reply
    • akubiomed says

      December 9, 2010 at 1:58 pm

      Sebab pembelajaran di pengajian tinggi mesti up to date dan relevant dengan keperluan industri kalau kesian lepasan graduate yang dilahirkan tidak ada kemahiran yang diperlukan. Bukanlah 100% peratus memenuhi apa yang hendak diindustri sekurang 70% telah ditangani cuma 30% maturity ketika industri

      Reply
  6. hafizmd says

    December 9, 2010 at 12:06 pm

    aku setuju 200% sgn entri zik ni…tahniah zik…

    memang kalau ditanya majikan sekarang, apa yg utama? antaranya ialah;
    1. skil komunikasi
    2. kebolehan mengaplikasikan teori
    3. dinamik

    psssst…kalau setakat 4 flat…tapi suruh buat itu inipun tak tahu…baik ambil budak yg 2.95 saje…tapi paling tidak tahu bilalah diminta buat itu dan ini…

    Reply
  7. eimsperfume says

    December 9, 2010 at 12:40 pm

    mmg stuju sgt ngn apa yg ko ckp bro..

    sbb tu aku mmg dah lama cm xpandang sgt sijil apa individu tu ada… itu xmelambangkan kebolehan sebenar individu tu..

    Reply
  8. suri says

    December 9, 2010 at 12:41 pm

    kerja…buatlah apa jer yang blh dtgkan kemahiran..asalkan bila kita mtk kerja kat tempat lain bila or tayer kamua da kmahir kerja lain.dok le kita segan nak jawab..

    Reply
  9. akubiomed says

    December 9, 2010 at 12:57 pm

    Sokongan kerajaan dengan melatih graduan menganggur adalah satu usaha yang baik kerana ia menjamin graduan menganggur ini bekerja. Ada beberapa majikan swasta yang menyokong usaha ini dengan membangun modul latihan sendiri dan menyertai skim usahasama ini diantara kerajaan dan majikan membuat match making. Boler layar info-info ini di Kementerian Sumber Manusia dan banyak peluang-peluang bakal graduan untuk mohon. Tepuk dada tanya selera.

    Reply
  10. syahrilhafiz says

    December 9, 2010 at 1:48 pm

    setuju dengan cakap ko bro
    ulat buku tak belah la..setakat baca je advance dia..hurmmm tak kemana negara ni..haha
    lagi satu 50- 50 baru seimbang. Cth macam kat tempat aku ni sekarang diorang pilih top student based pada aktif dengan kecemerlangan dia dalam belajar..aktif ok je pointer..

    Reply
  11. tengkorak emas says

    December 9, 2010 at 3:14 pm

    memang kemahiran perlu ada, bukan setakat kemahiran belajar je, aku setuju dgn entri ko ni..

    aku rasa masa belajar kat U boleh dimanfaatkan juga belajar kemahiran lain, contoh kemahiran baiki laptop, bila laptop member ada masalah dan nak format..dicarinya kita..duit tu..boleh belajar buat kek ke apa..nanti boleh buka kedai kek..belajar fotografi ke design ke..

    jgn takut kembangkan minat menjadi kemahiran professional,

    p/s:kalau jadi artis blog? mwahaha

    Reply
  12. Ali ridha says

    December 9, 2010 at 4:06 pm

    Dunia disanjung tinggi.

    Reply
  13. rusliesophian says

    December 9, 2010 at 5:25 pm

    Salam Zik,

    Saya hanya graduan sekolah pondok. Tapi pengalaman kerja yang ada, pernah membawa saya jawatan penting dalam beberapa buah syarikat korporat.

    Meskipun kini masa sudah berubah, saya rasa pengalaman kerja masih menjadi aset penting terutama pada syarikat swasta, ditambah pula dengan degree yang ada, maka cepatlah lagi naik pangkat dan gaji.

    Apa yang saya perhatikan, ramai graduan kita hanya tumpukan untuk makan gaji dengan jabatan kerajaan kerana ada pencen. Mereka ‘takut’ menceburi syarikat swasta terutama bidang jualan. Sedangkan di situlah mampu memberikan kita hasil bulanan yang lumayan.

    Reply
    • akubiomed says

      December 9, 2010 at 10:00 pm

      Tanniah, bro telah memberi contoh yang baik. Kalau datang interview dan diantara top list untuk mengambil kerja. Ada pengalaman dan ada qualification memang cepat career growth. Don’t forget create reputation. Insyallah majikan akan datang cari kerana your good reputation

      Reply
  14. mancai says

    December 9, 2010 at 5:31 pm

    biasanya apa yang ada dalam buku tak sama dengan masa kerja

    Reply
  15. Ali ridha says

    December 9, 2010 at 5:44 pm

    majikan pemilih ke
    kita yang memilih untuk
    bekerja.

    Reply
  16. Ali ridha says

    December 9, 2010 at 5:49 pm

    Isilah borang dahulu.
    sebelum dapat pengajian.

    Reply
  17. Ali ridha says

    December 9, 2010 at 5:54 pm

    belambak aku tengok.
    kertas sanan sini.
    termasuk pesbuk.

    kata boleh jadi kaya.
    menipu aje.

    Reply
  18. tehr says

    December 9, 2010 at 7:38 pm

    masa ngajar kat sarawak dulu ada kawan iban cerita
    dia pergi minta kerja sebagai pengimpal dengan membawa sijil latihan
    tapi, majikan tak mahu pandang pun sijil tu
    majikan mahu dia tunjukkan kemahiran mengimpal masa tu juga

    Reply
  19. padin says

    December 9, 2010 at 8:10 pm

    Betul la, segulung kertas tu (tak kira tahap apa) hanya sebagai tiket untuk melayakkan diri di panggil interview, selebihnya kemahiran personal lebih penting..
    komunikasi antara yang terpenting..

    Reply
  20. zaryl says

    December 9, 2010 at 11:46 pm

    cuba amik teladan dari filem hindustan 3 idiots tu… kejar sijil je tak ke mana sudahnya. bila ilmu yg dikejar, dpt sijil ke apa ke takdak kurangnya. yg penting ilmu. pendapat aku saja ni… 🙂

    Reply
  21. fitri says

    December 10, 2010 at 12:00 am

    sekarang zaman k-ekonomi..knowledge is power..tapi dalam masa yang sama KI juga harus ditingkatkan..orang yang hanya cemerlang akademik boleh diibaratkan macam robot..hanya pandai teori semata..

    yup aku setuju sekiranya skil2 ini dilatih masatyme belajar ni..bukannya masa dah grad esok..

    Reply
  22. shaharil says

    December 10, 2010 at 1:30 am

    Dorang kena ubah pemikiran dorang tentang akademik saja yang beri jaminan masa depan dorang.

    Reply
  23. samanosuke_04 says

    December 10, 2010 at 6:34 am

    hehe, no doubt memang benda nie yang sedang berlaku walopon pahit.. sebab tue laa aku tak brape suke blajar lama2, pastue keje jadik hamba orang.. hahhahaha

    Reply
  24. adamfaiz says

    December 10, 2010 at 11:24 am

    Belajar untuk exam saje tak menjamin masa depan…ramai yang kerja biasa je..tapi yang flunk jadi jutawan sebab berusaha keras untuk bangun dari kegagalan..

    Reply
  25. dnoBiz says

    December 10, 2010 at 11:50 am

    teringat masa kerja kat sebuah kilang di Pasir Gudang Johor pada tahun 1999, aku merupakan salah seorang dari 3 penal untuk sesi temuduga bagi pengambilan technician dan engineer baru untuk production yang aku jaga, dan aku akan menyoal bahagian teknikal, tapi aku tak pernah gunakan skrip yang diberikan oleh syarikat sebab pada aku tak kompetetif , aku lebih pentingkan kreativiti pengetahwan mereka,
    contonya jika graduan mekanikal aku akan tanya dia tentang pokok bunga, apa yang mereka boleh lakukan dengan ilmu yang mereka ada pada pokok tu 😀

    Ps : aku hanya lulusan sijil dari Poli KB

    Reply
  26. blackrosehunter says

    December 10, 2010 at 5:16 pm

    sy stuju ngn pendapat saudara..
    klu stakat pandai,xsemestinya mereka mahir..
    mmg la sistem pembelajaran kt msia ni kne ubah..xlepas2 ngn exm..
    klu exm stdnt byk menghafal,faham ke x lantak la..itu mslhnya..

    Reply
  27. aktechpage.com says

    December 10, 2010 at 5:42 pm

    Sangat suka artikel ini…
    Dalam kerjaya, graduan yg ulat buku dan mempunyai pointer yg tinggi x semestinya akan berjaya dalam kerjaya yg diceburi…
    Sikap dan amalan mempelajari sesuatu secara paktikal adalah lebih diutamakan dalam sesuatu industri…

    Cthnya ICT yang bergerak cepat, 5 tahun dulu aku graduate, tech yg aku pelajari masa kt U dah x guna skrg dah… nak x nak aku terpaksa mengamalkan continuos learning utk survive dalam kerjaya ICT…

    Apa yg penting… belajarlah selalu…

    Reply
    • Ali ridha says

      December 11, 2010 at 8:45 pm

      kerjaya sebagai mampu tak pergi jauh.
      sebab gaji doktor lagi mahal.

      Reply
  28. MR.Z says

    December 10, 2010 at 9:02 pm

    banyak pelajar sekarang ini hanya belajar sekadar nak lulus satu tahap yang diletakkan oleh u atau sekolah saja, tak ingin mengembangkan pembelajaran dan kemahiran diri sendiri..hanya tunggu disuap tanpa perlu berdikari..

    Reply
  29. Ismail N says

    December 10, 2010 at 11:01 pm

    Zik, walaupun kecemerlangan dalam akdemik tidak semestinya menjamin masa depan yang cerah ia tetap memberi graduan tersebut satu “advantage” yang amat besar.

    Pertama sekali dari segi opyen. Mereka yg dapat keputusan cemerlang boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan biasiswa, jika mahu. Mereka yang diperingkat sarjana boleh tentukan samada mahu career dalam bidang akademik atau lain-lain.

    Kedua dari segi keutamaan. Byk syarikat yang besar terutamanya meletakkan syarat pemohon kerja hendaklah lulus dengan kepujian pertama atau kedua atau CGPA yang melebihi 3.6 atau 3.8.

    Byk kes yang mereka tidak cemerlang dalam akademik berjaya dalam hidup, cuma kelebihan mereka yag cemerlang patut juga kita akui. 😀

    Reply
  30. BG says

    December 10, 2010 at 11:58 pm

    Salam ZiK,

    Yang tanam anggur itu mungkin akibat terlalu memilih…

    Beberapa tahun kebelakangan ini saya perhati ada aktiviti job hunting bagi penuntut tahun akhir. Masa itu sepatutnya bakal graduan sudah siap-siapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan… Jika bersungguh-sungguh dan tidak terlampau berkira dan memilih, insya Allah rezeki tetap ada… :biggrin:

    Reply
  31. Ali ridha says

    December 11, 2010 at 8:43 pm

    terasa la kita ni.
    miliki Diploma/Ijazah.
    tapi tak boleh pergi jauh.

    Reply
  32. abun says

    December 12, 2010 at 4:21 am

    Nak buat macam mana,dah parent masing-masing suruh blaja tinggi2.Bagi aku, pemikiran mak bapak kena di ubah. Xsemestinya beljat tinggi2 akan menjamin kehidupan mewah.Penerapan ilmu usahawan dan juga kemahiran boleh pergi lebih jauh lagi.Bahkan mampu menampung perbelanjaan untuk jenerasi yang seterusnya.

    Reply
  33. rashid says

    December 31, 2010 at 12:54 am

    Sistem pendidikan negara telah diringkas2kan sebab negara perlukan modal insan yang ramai untuk menampung industri yang semakin pesan dalam masa yang singkat..contohnya kejuruteraan hanya perlukan 4 tahun berbanding 5 atau 6 tahun sebelumnya untuk habiskan pengajian, dalam masa 4 tahun yang singkat itu, para siswa/zah perlulah mencari “ilmu” yang tak diajar secara teknikal di dalam kelas sebagai bekalan masa hadapan, contoh ilmu komunikasi, penampilan personaliti dan banyak lagi…dengan ini tidak timbul masalah menganggur atau memilih kerja…

    Reply

Trackbacks

  1. Graduan ‘ulat buku’ tak mampu pergi jauh, tertumpu hanya pada teori semata-mata « news@yoys says:
    December 9, 2010 at 9:33 am

    […] More: Graduan ‘ulat buku’ tak mampu pergi jauh, tertumpu hanya pada teori semata-mata […]

    Reply
  2. Realiti dalam mencari kerja pilihan era millenium!! | Zikri Husaini says:
    March 30, 2011 at 12:14 am

    […] Graduan ulat buku bukan lagi jadi pilihan sekarang ini, biarpun pointer 4.00 atau 4.50(sesebuah institusi) Ya, aku memang memilih dalam mencari kerja seperti ini. Namun apakan daya, nampaknya aku telah ke langkah ke alam pekerjaan walaupun gaji sedikit. Sedikit sahaja masa lagi., Walaupun gaji bukan lagi jadi sandaran lagi dah. Aku tak memilih kerja sekarang nie. […]

    Reply

Leave a Reply to rashid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: