• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Business Products & Services / Apa yang dilihat pelanggan pada iklan??

Apa yang dilihat pelanggan pada iklan??

Zik · Mar 20, 2018 · 3 Comments

Share this on WhatsApp
Luar pada kebiasaan, adakah kita ada mengkaji sesuatu yang kita kadang-kadang tak perasan pun. Ianya berkaitan dengan business. Bayangkan hari ini seperti biasa kita menggunakan jalan raya yang sama untuk ke premis perniagaan, tempat kerja kita.
Sepanjang perjalanan itu berapa banyak papan iklan gergasi atau billboard dapat kita lihat. Ia berada di kiri dan kanan jalan. Ada juga yang berada di tengah-tengah jalan sehinggakan kita perlu mendongak ke atas apabila menghampiri papan iklan itu.
Contoh billboard di tepi jalan
Billboard merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh peniaga bagi tujuan perniagaan mereka. Ia memenuhi beberapa strategi yang mahu dicapai oleh peniaga. Anda tahukah kos untuk pengiklanan melalui billboard harga yang paling murah, yang aku tahu ialah rm 6000 sebulan tuh. Bukan murah, lagi-lagi tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai, di highway ke, atau di bandar utama itu mahu lebih 20ribu sebulan.

Setiap kali kita melihat iklan jualan pada billboard, ia telah membantu peniaga memberita kita beberapa perkara.
  • Pertama kita sedar kewujudan perniagaan itu.
  • Kedua kita tahu produk dan perkhidmatan yang ditonjolkan
  • Ketiga kita tahu logi atau nama perniagaan yang dipaparkan
Billboard memainkan peranan memasarkan jenama. Tetapi sejauh mana kita mengingati setiap baris huruf yang tertera pada billboard?
Soalan ini mendorong peniaga berfikir apakah cara bagi memastikan apa yang mereka paparkan ‘melekat’ dalam kepala pelanggan.
Sekiranya kita sebagai peniaga apa yang akan kita lakukan?
Di sini barulah psikologi pengiklanan mengambil tempat. Mereka mengenalpasti satu situasi. Para pemandu dan pejalan kaki tidak akan berhenti semata-mata mahu membaca iklan.
Tidakah itu merugikan peniaga yang berbelanja bermula dari RM40,000 ribu semata-mata bagi memaparkan iklan pada billboard?
Psikologi pengiklanan menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan formula lima.
Apakah Itu Formula Lima?
Formula Lima yang digunakan pengiklan memberitahu kita satu perkara, “Itulah jumlah perkataan yang dapat dilihat dan dibaca sekali imbas dalam tempoh kurang satu saat“
Maka para pengiklan menyarankan peniaga, jika mahu beriklan, mulakan teks iklan hanya lima patah patah perkataan.
Ini adalah teknik pengiklanan untuk pelanggan yang sibuk.
Dari lima patah perkataan inilah 60 peratus jualan pertama datang.
Formula 5 menjadi amalan peniaga besar.
(1) Para penerbit buku menggunakan lima patah perkataan untuk memancing pembaca membelek buku sebelum membayar di kaunter.
 
(2) Nama produk dan perkhidmatan menggunakan lima patah perkataan agar lebih mudah diingati
 
(3) Tajuk presentasi  jualan menggunakan lima patah perkataan bagi mengikat tumpuan hadirin
 
(4) Kempen pilihanraya pun menggunakan lima patah perkataan untuk menarik undi! 
Inilah yang membezakan iklan jualan amatur yang hanya memikirkan apa yang dimahukan peniaga berbanding apa yang pelanggan mahu lihat.
Mereka memahami formula lima yang disampaikan oleh pakar psikologi pengiklanan.
“Pelanggan dapat menghidu, menyentuh, merasa dan mendengar dengan hanya melihat 5 patah perkataan pertama dalam iklan jualan.”
Semua derianya berperanan mendorong pembelian.
Bayangkan jika kita tidak dapat menarik perhatian mereka dalam tempoh kurang sesaat.
Kita kehilangan 60 peratus jualan. Itu sudah pasti!
Penulisan iklan jualan adalah kaedah yang paling berpengaruh digunakan oleh peniaga ke atas pelanggan.
Peniaga produk dan perkhidmatan bertaraf ‘big boy’ atau pemain utama telah lama menggunakan penulisan iklan jualan berpengaruh berkali-kali.
Kaedah itu tidak didedahkan dan tidak diajar kepada peniaga kecil. Inilah satu langkah ke hadapan mereka meninggalkan peniaga lain yang masih mencari-cari cara.
Kaedah ini dan beberapa strategi ‘fail hitam’ peniaga besar atau big boy akan didedahkan kepada peniaga kecil.
Kelebihan iklan menggunakan billboard:
1. Visual terang dan pendedahan secara langsung kepada target audience. Siang boleh nampak, malam tuh tengok tempat juga, ada yang letak lampu, ada yang dia tak letak lampu.
2. Pendedahan masa yang panjang dan lebih berkesan, sekurang-kurangnya 12jam sehari (bergantung kepada jenis billboard).
3. Daya tarikan melalui contra warna yang dapat menarik perhatian target audience. Tengok jenis kreativiti cara present (persembahan) kepada audience.
4. Kos yang lebih murah berbanding medium lain. Contoh: RM15,000/365= RM41 per day berbanding majalah dengan anggaran RM1000 untuk 1 keluaran. (bergantung kepada syarikat).
5. Reach yang lebih tinggi untuk kawasan setempat. Sebenarnya setiap medium pengiklanan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Keputusan perlu dibuat melalui penilaian objektif asal pemasaran syarikat. Jika anda memerlukan khidmat nasihat mengenai pengiklanan dan kaedah pemasaran yang bersesuaian, korang kena pandai hubungi syarikat yang menawarkan perkhidmatan iklan billboard seperti ini.

Nak tahu apa kelebihan lain billboard dalam pemasaran bisnes anda.

1. Orang mudah nampak

Disebabkan billboard ni biasanya besar, orang akan mudah nampak apa yang anda iklankan. Sebab tu, kalau peniaga iklankan bisnes mereka di billboard, mereka akan minimumkan guna perkataan. Apa yang mereka buat, mereka akan letak gambar sebesar yang boleh atau letak 3-4 patah perkataan yang besar saja. Anda rasa kenapa? Sebab, bila anda letak banyak patah perkataan, mana sempat nak baca. Tambahan pula dekat highway.

Billboard akan diletak di tempat-tempat yang sibuk supaya mudah orang nak tengok. Mereka akan lihat billboard anda samada mereka suka atau tak. Bukan setakat tengok sekali je, tapi berulang-ulang kali. Jadi, bila dah tengok banyak kali ni, pasti mereka akan sentiasa ingat iklan billboard anda. Betul ke betul?

2. Boleh pilih tempat yang sesuai

Anda boleh letak iklan billboard anda di mana saja tempat yang anda suka. Asalkan ia tempat tumpuan ramai dan boleh beri impak yang sangat positif. Kalau anda seorang yang peka, kebanyakkan company akan letak billboard mereka di persimpangan lampu isyarat yang sibuk dan selainnya.

Dalam tunggu lampu isyarat merah bertukar warna, mereka akan ambil kesempatan ni untuk lihat apa yang ada di sekitar mereka. Dan kemungkinan juga, mereka akan baca apa saja yang mereka nampak. Faham ke faham?

Kalau anda nak tarik lebih perhatian, reka iklan lain dari yang lain. Gunakan warna-warna yang boleh menarik perhatian orang disekeliling. Biar iklan anda nampak luar biasa di mata mereka. Boleh kan?

3. Pelanggan akan cari anda

Bila anda iklankan guna billboard, bukan anda yang cari pelanggan, tapi mereka sendiri yang akan datang cari anda. Sebabnya, iklan anda dah menarik perhatian mereka. Contohnya anda berniaga furniture. Bila anda beritahu orang ramai yang kedai anda buat jualan penghabisan stok dengan harga yang sangat murah, dan anda pula iklankan sebelum musim perayaan, boleh anda rasa apa yang akan jadi pada kedai anda?

Pasti kena serang habis-habisan kan? Tak menang tangan kata orang , sampia nak kena upah orang khas untuk handle bahagian order gitu. Itu la kesannya bila anda guna billboard untuk bisnes anda. Walaupun kosnya agak tinggi, tapi pasti sangat berbaloi untuk jangka masa yang agak panjang. Tapi mesti kena dengan strategi pemasaran dia.

 Contoh harga pakej Billboard:
TYPE A
Media : Billboard
Size : 10′(H) x 40′(W)
Location : DBKL area(refer attach)
Rental : RM4,000.00 / month
: RM42,000.00 / year
Production : RM10 / sqft (RM4,000.00 / board)
Installation : RM600.00 / board
Lighting : NILCONTOH BILLBOARDTYPE B
Media : Miniboard
Size : 8′(H) x 6′(W)
Location : DBKL area(refer attach)
Rental : RM2,500.00 / month
: RM24,000.00 / year
Production : RM10 / sqft (RM960.00 / board)
Installation : RM400.00 / board
Lighting : NIL

Kelemahan. 

Kos tinggi.

Kos yang agak mahal untuk business yang baru mula menapak. Seeloknya kalau kita belum cukup bajet elakkan guna melainkan kita sudah ada bajet dan yakin dengan marketing seperti ini ianya mampu untuk melonjak sales. Kalau boleh jangan gamble sangat. Kita tak tahu penerimaan orang. Melainkan korang apply marketing viral.

Tak sampai punchline (mesej kepada audience). 

Kadang-kadang bila kita iklankan di billboad ini buatkan orang macam paham ke paham? Terpinga-pingga apa yang korang iklankan dalam billboard tuh? Sebab tuh kena ada strategi dan meeting terlebih dahulu buat market reserach dulu sebelum kita nak mula guna iklan billboard. Sebab billboard punya iklan ini dia ada beberapa peraturan yang kena ikut.

Nah, korang rasa kalau ada bajet boleh cuba untuk kembangkan korang ounya business dalam pengiklanan billboard boleh jer korang applikasikannya. Tapi kalau modal takda, baik jangan buat. Buat mana yang mampu dulu. Pengiklanan di zikrihusaini.com pun sentiasa terbuka dengan kadar yang mampu milik. Hehe..

Bersambung…

mungkin akan datang.

teknik DAN IDEA KREATIF pemasaran iklan billboard.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Business Products & Services anggaran kos pengiklanan billboard, apa pelanggan lihat pada iklan, kelebihan menggunakan iklan billboard, kenapa orang beriklanan, pengiklanan, pengiklanan billboard, strategi pengiklanan billboard, tujuan pengikalanan

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. nikkhazami says

    March 20, 2018 at 12:49 pm

    iklan yang bermain dengan warna dan menggunakan ayat ringkas cukup berkesan dlm memastikan ia lekat di minda org ramai

    Reply
  2. Anuar says

    March 20, 2018 at 5:03 pm

    Very Nice Info… Kena ada bisnes dulu, baru fikir nak buat pengiklanan dengan Billboard…

    Reply
  3. encikhafiz.com says

    March 21, 2018 at 1:20 pm

    well said bro. great article. keep it up. rupanya banyak lagi versi individu yg main billboard ni. kawan aku pernah main sekali tp rugi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: