Idea yang datang dari pencipta asal sesuatu benda itu bukan sesuatu yang mudah, berbanding dengan idea innovasi yang lebih kepada membaik pulih dan memudahkan benda yang asalnya itu.
Jadi, baru-baru nie aku pergi kedai nak beli tempe, terkejut bila tengok pembungkusan tempe sudah berwajah baru. Wah, ini sudah bagus!!
Pembungkusan yang lebih menarik pembeli untuk membeli, berbanding yang lama, mungkin cepat basi. Namun, isi kandungan (kandungan nutrisi) tetap sama.
Teringat pula aku kepada perniagaan-perniagaan yang kita kenali dulu, berubah dari biasa-biasa berubah kepada lebih hebat kesan dari penjenamaan semula (rebranding), menukar nama dan strategi pemasaran dari psikologi harga yang memeningkan pengguna seperti aku.

Ubat gigi, dahulu dipanggil DARKIE… kemudian rebranding jadi DARLIE sehingga hari ini.
Apabila sudah tiba masanya, kita perlu melakukan penjenamaan semula produk kita. Lebih kurang dalam 5-10 tahun sekurang-kurangnya, sekiranya perniagaan kita sudah maju. Namun, ianya bukan perkara yang mudah kerana ia boleh menyebabkan persepsi pelanggan dan juga bakal pelanggan anda yang telah lama menanam jenama asal dalam minda mereka. Serta, ia juga memakan kos yang banyak yang perlu dipertimbangkan.
Tetapi sekiranya kita sudah mempunyai pelanggan tetap, dan melihat perubahan produk atau pertukaran nama sesebuah produk itu, ia menjadi buah mulut dari seorang pelanggan dan ia menjadi viral.
Teknologi pun berinnovasi!
Contohnya facebook.com laman sosial yang paling ramai pengguna serata dunia yang mengalami perubahan demi perubahan yang begitu pantas, mempercepatkan proses untuk komen status rakan-rakan hanya perlu menekan enter, benar-benar memudahkan pengguna facebook yang tegar.
Sebaliknya pula, penjenamaan semula adalah peluang untuk promosi kan produk kita dan memberi tanggapan produk ‘baru’. Apa lagi produk-produk yang kita kenali yang telah bertukar nama?
Ikutkan memang sangat banyak, terutamanya kita lihat dari syarikat yang besar-besar seperti mcdonald, KFC, google, yahoo inc, microsoft, apple, airasia, dan sebagainya. Innovasi yang selalu kita lihat dari segi promosi iklan dari televisyen yang semakin hari semakin kreatif. Logo syarikat yang ditukar semakin elegant dan ringkas tetapi menarik dilihat.
Penting ke??
Sangat penting, kerana ia menggambarkan betapa seriusnya perniagaan itu untuk memastikan pembeli/pengguna terus membeli barangan/perkhidmatan tanpa rasa jemu. Selain itu, ia merupakan satu persaingan yang kadang-kadang dilihat sihat atau tidak sihat terutamanya dalam iklan. Contohnya iklan internet, P1 wimax, potong-potong. Kemudian, tm streamyx yang kemudiannya membuat iklan mengenai orang membawa kereta, kemudian tersengguk-tersengguk keretanya. Ada mesej tersirat sebenarnya bagi yang pahamla!.
Perniagaan anda bagaimana??
Saya takde perniagaan…tapi ada blog sahaja π
Off topic, ada beza tak rasa tempe bungkus daun dengan dibungkus plastik?
Ada beza… bungkus daun lagi sedap rasanya … huhu
sama la macam pembungkusan tapai. kalau bungkus dlm daun lagi terasa enak berbanding dibungkus dlm bekas plastik comel tu
Dalam berblogging pun kita memerlukan inovasi. Trial dan error, belajar dari kesilapan orang lain. Jika melakukan kesilapan, jangan putus asa. Bunyinya macam mudah dilakukan, tapi susah sangat…
itu satu contoh… sebenarnya ini lebih kepada perniagaan… sebolehnya taknak cerita pasal blogging langsung..
Pada saya bukan sekadar perniagaan sahaj mesti dilakukan perubahan,malah dari segenap sudut kehidupan kita perlu dilakukan perubahan.Dan memang itulah yang ditekankan dalam agama kita yang mulia.
dalam aspek perniagaan perlu dititik beratkan…
Assalamualaikum.
Inovasi penting dalam perniagaan. Tak boleh statik sahaja, nanti orang pun bosan dengan produk @ perkhidmatan yang ditawarkan. Sama juga macam dalam kehidupan, kena selalu berinovasi ke arah yang lebih baik.
harus fikirkan apa alternatif lain yang lebih innovatif… dari masa kesemasa…
Baru aku tahu rupanya Darlie tu dulu Darkie. Bunyinya lebih pada Daki. Nampak suci sikit lepas dibrandingkan kembali.
lebih smooth bunyi dia…
erm..bukan takat perniagaan je..
org pun ada gak yg wat rebranding..cthnya artis malaysia..drpd lisda jd nisda :p
pas tuka nama..mcm rezeki semakin murah..mungkin tuah pd nama…
barang2 perniagaan pun sama juga..marketing kena power…:)
rebranding perlu ikut trend zaman sekarang… dan juga demand semasa…
tempe bungkus surat khabar lama dan daun pisang lebih sedap dari tempe bungkus plastik. sama jugak nasi lemak bungkus daun pisang dan masuk kotak polistrin!
seorang wak penjual tempe kat pasar tani stadium sultan ibrahim, muar masih mengekalkan bungkusan asli dan dapat menjana pendapatan lumayan dengan hanya menjual satu produk iaitu tempe.
p/s bayangkan tempe goreng tepung cicah sambal kicap, terliur dibuatnya!
Aku setuju dangan bro azam…
yang bungkus dalm daun tu aroma dia lain.. lagi mantap π
memang betul sebenarnya cuma nak beri contoh inovasi… pembungkusan dari segi local punya produk… malas nak beri contoh dari luar negara…
aku setuju inovasi dari segi promosi penting, iklan TM dan P1 contohnya, semakin lama semakin kreatif,
dengan promosi juga penjenamaan semula tu boleh disebarkan..
dan aku suka tempe..masak sambal..hehe
aku pun minat tempe…
nak berniaga @ business ni memang perlu inovasi.
maka pelanggan akan sentiasa terpikat π
pelanggan sedia ada kena jaga hatinya.. agar datang ke kedai kita.. huhu
Kadang-kadang memodenkan sesuatu jenama itu merubah kualiti asalnya. Contoh macam tempe. Rasanya tempe pada pembungkusan plastik tidak sama dengan rasa tempe pada pembungkusan yang menggunakan daun getah tu.
diatas tuh cuma contoh innovasi.. sebenarnya nak buat lebih kepada local produk… kalau nak buat international… banyak sangat… so pasal kualiti tuh diketepikan buat sementara…
penjenamaan semula blog?
bolehkah?
Blog boleh penjenamaan semula sekurang-kurang pengunjung tidak bosan. Paling mudah adalah tukar theme, wujud segmen-segmen terbaru dan sebagainya.
inovasi amat penting tak kira la dalam perniagaan atau dalam kehidupan seharian.
p/s: pada aku tempe dalam daun pisang lagi sedap dari dalam plastik. tapi zaman serba moden ni orang sume nak cepat. so nak beli makanan pun main ambik je, janji kenyang
mana2 peten tak kisah.. asal rasanya tak lari dari yang asli sudahlah heee π
suka tempe..sedap2..hehehe masak sambal nyum2…tp selesema n batuk skunk ni selera meluak2 tp tak termkn.hehehe
yurp betul tu zik. teknologi semakin hari semakin canggih..kesemuanya berwajah baru… promosi babe biasa sebelum beli sesuatu mesti kita akan pandang luaran nya dulu..itu pemikat pengguna untuk ditarik perhatian.Yang buruk tu mesti kemudiankan.hehehe
salah satu teknik yang mengaburi customer… hehe..
hahah…
mana kau dapat gambar kotak ubat gigi tu π
Nostalgia tu…
terus ingat masa2 silam semua pembungkusan skli tgok cam kelakar jer..tapi bila satu2 produk tu dah lama bertahan maka tak salah sekiranya pembungkusna itu di petankan dala wajah yg baru..
dah tentu ia akan menarik lbh ramai pembeli untuk membeli/memilikinya π
alah zik berniaga apa takat ni tanam bunga ar hee..
ada rzki mau gak bli mesin jahit blh amik tempahan baju kurang..kbya dan baju mlyu nanti hee..
zik bukak kedai jual kebab ker hieeee
moda takda lagi…
dalam biz memang kena rajin buat pembaharuan…kena rajin cari idea2 baru untuk memajukan lagi biz tu..samalah macam kehidupan kan. mereka yang melakukan biz ni minda kena kreatif…sentiasa kena alert dengan peluang2 yang ada.
macam darlie tu..aku percaya kalau dia tak tukar imej pembungkusan tu, memang tak laku la…tengok pon dah tahu memang lama punya tech kan.
perubahan yang membuahkan hasil… apepun perlu berfikir panjang dan ada teamwork…
erm… dalam bisnes biasanya mereka akan sentiasa mencuba sesuatu yg baru untuk menambahkan lagi hasil dari bisnes tu…
baik juga membuat perubahan yang sebegitu…
erm… iklan streamyx kereta tersengguk-sengguk… macam xpenah tgk je lagi…
tp iklan P1 pasal potong2 tu mmg best π
hahahha darkie..teringat balik kenangan lama pasai ubat gigi ni.. ramai dok buat lawak time skolah rendah kalo berus akan dapat byk daki hehe.. huhu baru perasaan semalam mengenai function facebook tuh..aishh macam2 pembaharuan
setuju tu, pandai “brand” sesuatu produk kena pada tempat pulak
mesti boleh maju lagi perniagaan tu
sebab tu pentingnya brain storming sebelum nak bukak sesuatu perniagaan ni
tq bro atas perkongsian.