Dalam perniagaan, perlu ada strategi yang berkesan agar kita nampak produk atau servis yang kita buat itu tampak gagah dan digeruni oleh pesaing-pesaing terdekat kita ini. Selain dari strategi tanpa menurunkan harga untuk bersaing dalam perniagaan yang sangat sengit sekarang ini, memang sukar untuk bertahan lama. Serta dalam perniagaan ini, perlu ada innovasi dalam perniagaan. Dibawah ini aku ada sertakan 4 jenis strategi , diharapnya dapat membantu buat peniaga termasuk diriku.
- Premium Pricing
Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai satu keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.
Premium pricing adalah baik apabila ia memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi, dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan…
Contoh: Mercedes…
- Penetration Pricing
Ia merujuk kepada strategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudia secara perlahan-lahan menaikkan harga. Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk meramaikan pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat market share yang tinggi, harga mula dinaikkan secara perlahan-lahan, tanpa disedari atau sedar.
Contoh: Astro,
- Economy Pricing
Menjadi satu kesukaan bagi ramai usahawan untuk meletakkan pada harga yang rendah untuk bersaing. Untuk menggunakan kaedah ini, kos pemasaran serta pembinaan/manufacturing perlu di turunkan.
Contoh: Air Asia.
- Price Skimming
Meletakkan pada harga tinggi pada awal-awal pelancaran oleh kerana mempunyai daya saingan yang hebat dan keunikan yang hebat. Kemudian, secara perlahan-lahan menurunkan harga. Dengan kaedah ini, usahawan dapat memaksimakan keuntungan perniagaan pada awal-awal pelancaran. Harga dan keuntungan yang tinggi pada awal-awal biasanya akan menarik pesaingan, dan untuk bersaing, harga diturunkan pula.
Contoh: Handphone.
4 strategi meletakkan harga di atas adalah asas kepada kaedah meletakkan harga bagi produk atau perkhidmatan anda. Jadinya kalau-kalau, anda takda idea nak letak harga produk atau perkhidmatan anda, anda boleh rujuk kepada 4 strategi ini. Sangat mudah. Apepun kena ikut jenis produk yang bakal dipasarkan. Kadang-kadang sesuai, kadang tak. Perlu mendapatkan ramai penasihat bukan seorang dua.
Diantara keempat-empat jenis strategi, mana pilihan anda?
Sumber irfan khairi blog.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
paihujey says
empat2 tu ada keistimewaan masing2..menarik…sukar nk pilih..hehe
Zik says
betul2.. tapi jangan tipu pembeli.. huhu..tak baek..
naimulfirdaus says
salam..
ayat kat atas ni banyak sangat komanya sehingga sukar untuk faham makna sebenar..
mungkin boleh diperbaiki..
sekadar pandangan saya sahaja.
mohon maaf jika salah..
Zik says
minta maaflah , update blog malam2 .. agak mengantuk juga… so komanya pun tak perasan…. tapi kalau “orang melayu” sebenarnya boleh paham sendiri maksud ayat tuh tanpa dari koma… mungkin sebab bro dah terbiasa baca ayat yang perfect kot??? atau memang tak pandai nak komen , dalam term business nie… almaklumlah dari bidang yang lain… bukan bidang ini… kan..
Miss Tira says
Setiap satu ada kelebihan masing-masing. Mungkin kena lihat pada produk yang ingin dipasarkan baru memilih jenis pricing yang sepatutnya.
Zik says
ikut juga jenis produk/servis…
hazman aka species1980 says
hurmmmm…. sempoi gak teknik penetapan harga tu….yeap harga barangan bergantung pada jenis dan target market kita…
Zik says
tapi sekarang nie memang banyak yang menipu dalam set harga2 tuh… huhu
bEe says
wah, info menarik…… 🙂
Zik says
boleh dijadikan panduan
tengkorak emas says
tentang economy pricing, kalau berdasarkan apa yg air asia buat, mereka kena cari sumber lain untuk dapat keuntungan, walaupun tiket murah, tapi terdapat caj2 lain yg bakal dikenakan, bezanya ia adalah option kepada pelanggan, contohnya makanan dalam kapal terbang, dan berat bagasi,
nasslimdiet2 says
pada pendapat saya, walaupun air asia bagi tiket murah tapi dia amik duit kita lebih awal. so dia boleh gunakan duit tu untuk melabur untuk dapatkan keuntungan dan dalam masa yang sama dia dapat jualan tiket yang tinggi. walau untung sikit tapi jualan banyak. so dia tetap untung. strategi yang bijak oleh air asia
wazy says
ada juga terbaca entri ni di blog Irfan Khairi tu
memang pada setiap peringkat harga tu ada kelebihan amsing-masing
Zik says
strategi yang perlu dipraktikkan….
Mus says
boleh jadi panduan dalam meletak harga ni..
aku target Economy Pricing
Zik says
boleh tahan strategi tuh…
adamfaiz says
Dapat ilmu baru.. takde strategi untuk aku..sebab takde produk! Heheee
Zik says
oleh yang demikian kumpul modal..hehe
Donny says
boleh buat rujukan ni nanti zik..bila sudah ada produk mau jual.
Zik says
nak jual apa agaknya nanti…
tips-kurus says
SOGO tu pakai strategi yg mane? asyik s.a.l.e jeeeeeee…
Zik says
itu propaganda jer tuh… konon sale.. harga sama jer.. huhu
sazuwi says
bru tahu pasal strategi nie..
rasa2nyer utk buat pemilihan strategi nie perlulah tgk kepada produk tue sendirik..
maner yg terbaik utk produk tue, yg tue lah jadik pilihan..
Zik says
produk2 yang biasa2 kena tengok juga apa strategi.. jangan main langgar jer… huhu
akubiomed says
Baru pertama kali mendengar mengenai panduan meletak harga biasanya paling mudah adalah meletakkan margin keuntungan setelah menolak kos.
Zik says
strategi harga memang ada banyak dia punya manipulation.. masa belajar dulu.. ada teknik yang baik dan yang tak baik… tunggu..
nasslimdiet2 says
tips yang sangat berguna. saya tentukan harga produk/perkhidmatan berdasarkan produk dan juga keadaan semasa.hehehe
Zik says
bagus2…. kencang business
tehr says
mak aku ada kedai runcit
nampak gaya macam dia ikut cara air asia
hehe
Zik says
owh yeker… hebat tuh…
mancai says
setuju dengan tips yang di atas… namun ada juga pesaing mengambil kesempatan dengan merendahkan harga masa tu, jgn kita terlalu terpengaruh dengan harga rendah pesaing.. tetapkan pendirian dengan harga yang kita letak agar tidak dilihat untuk keuntungan semata-mata… sekadar pendapat…
Zik says
betul tuh… kena consider juga… takut2 kalau servis pun tak berapa bagus… tak berbaloi dibuatnya… huhu
mie zahari says
teknik ni boleh diguna pakai juga..
bila la nak mulakan bisnes ni..
eehheheee
Zik says
tunggu masa yang sesuai… take time…
eastbullet says
premium pricing menjadi pilihan. namun harga premium, mesti barangan berkualiti premium..
Zik says
setimpal dengan nampa premium… huhu
Hisyam says
Kalau nak start buat iklan dalam blog saya prefer penetration pricing macam astro buat.
Zik says
hehe… gud2…
Amirez says
owh, terima kasih zik ingatkan semula pasal pricing ni.
pernah baca kat blog irfan khairi hari tu
Zik says
hehe…. ada lagi tuh.. tunggu
suri says
sllu pergi kedai runcit..ada shaja harga di belakngnya..90sen..huuu
Zik says
harga tuh memang tak dapat dielakkan… yang 99sen lagi sakit hari..
Zaini says
Premium pricing boleh letak tetapi kualiti kena tahap premium. Jangan bila dah beli kualiti tak setanding. Lagi rosak reputasi.