Salah satu konsep cuba dan mencuba serta tidak pernah berfikir untuk berputus asa merupakan salah satu teknik pertapaan dalam dunia perniagaan. Walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan ataupun dalam urusan harian. Jangan anda lupa dengan teknik rahsia ini.
Pertapaan dalam perniagaan bermaksud dalam pengertian aku ialah, membuat ujikaji, ataupun analisis, soal selidik dalam perniagaan. Ia berkait rapat dengan ramalan jualan yang sering kali dilakukan oleh pakar-pakar perniagaan dalam dunia ini. Ia ada diterangkan dalam entri yang lepas Rujuk ramalan jualan dalam perniagaan part 1 dan part2
Pertapaan mengambil masa.
Seperti sang pertapa, ia mengambil masa kadang kala 2,3 tahun pun belum tentu dapat ROI (return on investment) dalam perniagaan ini. Anda semua jangan terkejut, ada business yang mudah bungkus, ataupun gulung tikar kerana terlalu mengikut nafsu, tidak sabar, dek kerana menggunakan keuntungan perniagaan ke jalan yang lain. Contohnya membeli kereta, beli pakaian mewah dan sakan bergaya bila untung dah mula nampak. Sebaiknya beringat-ingat.
Perbezaan orang yang bijak dalam perniagaan.
Kita sendiri boleh nampak, bagaimana cara jauhnya pemikiran seorang peniaga yang kadang-kadang orang nampak , walawei kedekut taik hidung masin, untung dah banyak, tapi guna juga motor kapcai tuh. Tapi, kadang-kadang jimat pun kena berpada-pada dan ikut keperluan.
Sebagai seorang peniaga, perlu memikirkan bagaimana jualan itu akan terus naik, konsisten, dan kadang-kala perlu fikir bagaimana untuk mendapatkan network (rangkaian yang besar) untuk meluaskan empayar perniagaan. Sebagaimana mereka yang sudah berjaya, masih lagi memikirkan formula-formula yang baru.Itu yang banyak kejap timbu kejap tenggelam. Contoh memang banyak.
Adakah anda masih bertapa dalam perniagaan??? Fikir-fikirkan. (Aku masih dalam pertapaan lagi, jangan kacau tau!! lol).
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
naimulfirdaus says
bro zik bertapa kat mana?
hehe
Zik says
dekat gua.. batu kapur… hihi
adele says
bgus juga bertapa kadang2,kumpul2 bru keluarkan smuanya..brulah perniagaan mantap..
bEe says
betul… bEe setuju! 😉
muhammad fakhruddin says
Pertapaan dalam blogging je yang saya pernah buat 🙂
p/s: Lepas ini sibuk exam, dah schedule kan 3-4 artikel.
Zik says
owh bagus2x… nanti terjah…
MDHAFiZ.NET says
dalam perniagaan org kita harus bykkan lg usaha lebih2 lg dlm industri pembinaan…kita ketinggalan jauh di belakang..
Zik says
industri pembinaan sekarang nih china banyak monopoli…
sazuwi says
konsep boleh gak dibuat semasa mula proses berniaga..
jadik boleh bergerak seiring perlahan2..
Zik says
slow2 kayuh
BroZooL says
Rasanya nak bertap gak untuk ambil masa berblogging..hehe
Tambahan dan pendapat sikit bro, realiti sekarang dalam dunia kita, orang yang berniaga kebanyakan melayu susah nak senyum dan menggunakan budi bahasa yg baik, kenapa lah jadi macam tu kan? kita tengok sendiri bangsa asing, bahasa yg digunakan baik jer…mungkin orang melayu ni kena bertapa berpuluh tahun baru bagus kot..hehe
Ceqla (KamarulAzri) says
ayat atas tu terbaik!! huhuhu… “nak bertap gak untuk ambil masa berblogging..hehe”
akubiomed says
Bertapa dengan jalan yang diredhai tidak apa tapi jangan guna kepercayaan tahyul seperti azimat sebagai pelaris.
Zik says
ya betul tuh
Ceqla (KamarulAzri) says
Ceqla pernah “jatuh” dulu masa mula² buat perniagaan…:(
Zik says
bangkit kembali…
Khidhir says
bro bertapa dulu. nant dapat ilham, kongsi sama2 ye..
Zik says
orait,,sikit2… dululah..
Esempoi says
bertapa?
kalau aku, aku suka tido je.. haha
Zik says
hehe… lebih kurang macam bro titan
rusliesophian says
Bagus juga tu…! Tapi biasanya peniaga dah tak fikir ttg itu! Mereka hanya fikirkan untung….dan kalau rugi, bungkus!
Zik says
kena ubah mind set… hurm…
titan says
tiap-tiap malam bertapa dalam mimpi..hehe
Ceqla (Kamarul Azri) says
ada maksd tersirat ke tu 🙂
chii says
ehehe..selamat bertapa ya…semoga nnt akan dpt mengeluarkan idea2 yg menarik …
Zik says
orait…. masih blur lagi…
naimulfirdaus says
bro zik bertapa tak ajak saya ke..
Zik says
erkk kita jauh lah… malaysia dgn mesir jauh tuhh
tengkorak emas says
tauke dvd kat tempat aku ni bro, still pakai skuter comel je..walaupun berpusu-pusu org masuk kedai dia
Zik says
low profail tuh..
bEe says
Pertapaan dlm perniagaan amat digalakkan sbb kita perlu buat survey dahulu sebelum memulakan perancangan sebelumnya. Kalau terus TERJAH mahu terus bungkus nnt 🙂
Zik says
tanya orang yang dah ada banyak pengalaman pun ok jugak..
mancai says
cuma bila bertapa terapkan satu perkara sahaja.. dah kaya, untung tolong jangan lupa diri… peringatan untuk aku juga….
Zik says
samalah kita, untuk diri sendiri juga nih..
Mrs.Ayie says
Nak pergi bertapa jugaklah. Dengan harapan nanti dapatlah idea.
Zik says
sila2… jangan lama sangat sudah.. huhu
tehr says
aku suka bertapa dalam internet
macam2 ada
Zik says
hehe… sekarang dunia di hujung jari..
dizie says
Panduan Utama Perniagaan, Belajar Daripada Kesusahan…
Zik says
belajar dari kesilapan dan kesusahan.. semua itu kita kena belajar..
Hisyam says
Perniagaan merupakan satu cabang yang agak susah. Tak semua orang boleh buat, mungkin nak kena bertapa jugak ni nak tambah ilmu.
Zik says
tak susah kalau kita dah melaluinya… apepun mesti berani
suri says
nak bertapa kebidang apa ygs esui bg saya heeeee
Zik says
mana yang senang jer…
aimannajmy says
yaa aku masih bertapa dalam business online huhu.. dah dekat setahun dah pun huhu, revenue sekejap naik sekejap timbul, belum ada konsisten lagi
Zik says
samalah kita sedang berusaha untuk ke arah yang lebih banyak incomenya… setahun dua pun belum tentu dapat hasilnya..
Ladfe Amir says
Bertapa yang paling baik adalah mencari keredhaan Allah. LebihbIk memintA pertolongan Allah dengan melakukan solat istikarah.
Zik says
ya itu yang kita paling selalu terlupa…