Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Business Products & Services / PAKEJ HOUSEBOAT DI TASIK KENYIR UNTUK PENGUNJUNG

PAKEJ HOUSEBOAT DI TASIK KENYIR UNTUK PENGUNJUNG

Zik · Sep 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

house bot tasik kenyir

PAKEJ HOUSEBOAT DI TASIK KENYIR UNTUK PENGUNJUNG

 

Sejak memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), kita sudah boleh merentas negeri untuk menziarahi ahli keluarga dan melancong dalam negara. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang telah merancang perjalanan dan termasuklah menempah hotel. Bagi mereka yang meminati aktiviti pelancongan, anda pasti pernah dengar tentang sebuah tasik yang terkenal di Hulu Terengganu iaitu Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Bukan itu sahaja, Terdapat 14 air terjun dan antara air terjun yang pasti menggamit hati pengunjung ialah air terjun lansir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Air Terjun Soak, Petang dan Sungai Bewah. Anda mesti tidak akan lepaskan peluang jika dapat bercuti di sana.

Ia mengingatkan aku pada tingkatan 4 aku pernah pergi tasek kenyir dalam ekspedisi ke tasik kenyir dalam daerah muar, aku terpilih diantara dalam sekolah ini. Itu cerita lamalah. Besar beb tempatnya.

Untuk pengetahuan anda, pakej houseboat akan disediakan untuk anda jika bercuti di sana.

PAKEJ TENTATIF

Tentatif ini hanya untuk rujukan sahaja. Ia tertakluk juga kepada perubahan dan perbincangan. Kebiasaannya, Tentatif di Houseboat Tasik Kenyir adalah seperti berikut:

  1. 2 HARI 1 MALAM

Pakej ini tersedia untuk dua hari dan satu malam sahaja. Untuk hari pertama, anda akan bergerak ke Air Terjun Lasir, iaitu air terjun terbesar di Tasik Kenyir. Selain itu anda akan melakukan aktiviti rutin seperti sarapan, memancing dan sebagainya. Kemudian pada hari kedua, anda akan bergerak Empangan Kenyir.

  1. 3 HARI 2 MALAM

Pakej ini pula tersedia untuk tiga hari dan dua malam sahaja. Untuk hari pertama, anda akan berada di pusat maklumat dan seterusnya ke Bukit Bewah. Hari kedua pula akan pergi ke Air Terjun Lasir untuk jungle trekking dan melawat flora dan fauna. Hari ketiga pula anda akan bersarapan kemudian pulang ke Empangan Kenyir.

  1. 4 HARI 3 MALAM

Pakej ini tersedia untuk empat hari dan tiga malam sahaja. Untuk hari pertama, anda akan pergi ke Taman Negara di Sungai Cacing selepas Sungai Buweh. Hari kedua ialah aktiviti rutin seperti sarapan, memancing dan berenang. Sama juga seperti  hari ketiga dan keempat.

Untuk pengetahuan anda, harga pakej tersebut adalah termasuk:

  1. 2 dorm (10 orang untuk 1 dorm)
  2. 2 bilik vip (Muat 3 orang untuk 1 bilik)
  3. Ruang TV & Karoke (Indoor activities)
  4. Ruang BBQ
  5. Ruang Santai (Balcony full seaview)
  6. Ruang Dapur dengan semua kelengkapan memasak
  7. Ruang Makan
  8. Ruang Memancing(Outdoor activities)
  9. 2 Speed boat kecil (muat 3 atau 4 orang)
  10. GUIDE & CREW yang  profesional dan berpengalaman mengendalikan houseboat

Berikut adalah senarai pakej Tasik Kenyir Houseboat:

harga pakej tasik kenyir

Harga setiap pakej tertakhluk kepada kapasiti orang keluarga yang menempah. Terdapat tiga kategori untuk setiap pakej yang berbeza. Untuk dua hari satu malam, anda hanya perlu membayar sebanyak RM268.00 jika satu keluarga berjumlah 15 orang. Jika berjumlah 10 orang, anda perlu membayar sebanyak RM338.00.

Sebagai peringatan untuk anda, houseboat itu dilengkapi dengan tilam, lantai seperti di rumah, jaket dan kemudahan asas. Kumpulan keluarga yang kurang daripada 10 orang boleh dipertimbangkan pada kos yang minima. Malahan, kanak kanak yang berumur 12 tahun ke bawah akan diberi diskaun 50% dari kadar dewasa.

Itu sahaja perkongsian kami mengenai pakej houseboat di Tasik Kenyir. Jika ada berminat untuk bercuti di Tasik Kenyir, anda boleh melayari laman web Resort Tasik Kenyir itu sendiri di https://www.kenyirlake.com/. Anda juga boleh menanyakan soalan di email mereka, sales@kenyirlake.com ataupun berhubung melalui telefon(609-6262020). Datanglah beramai ramai bersama ahli keluarga ke Tasik Kenyir. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pengalaman.

Share this on WhatsApp

Business Products & Services PAKEJ HOUSEBOAT DI TASIK KENYIR UNTUK PENGUNJUNG, tasek kenyir

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.