Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Menteri: Tiada sebarang bentuk bazar dibenarkan- termasuk ebazaar

Menteri: Tiada sebarang bentuk bazar dibenarkan- termasuk ebazaar

Zik · Apr 16, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ismail sabri

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sebarang bentuk bazar yang akan dibenarkan pada bulan Ramadan ini.

Jelas Ismail, keputusan itu dicapai selepas bermesyuarat dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mesyuarat hari ini juga telah memutuskan bahawa sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive through) dan tempah dan ambil (pack and pick) tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Menjawab soalan pemberita, Ismail menjelaskan bahawa bazar berbentuk fizikal yang menggunakan perkhidmatan e-hailing juga tidak dibenarkan.

“Apa saja yang berbentuk bazar (secara fizikal), walaupun e-hailing (tidak dibenarkan). Kalau kita wujudkan bazar 50 sekelompok misalnya, dan e-hailing datang mengambil di tempat tersebut selepas (pembeli) melakukan pesanan, ia tidak boleh dilakukan.

“Tetapi perniagaan e-hailing biasa, yang sekarang pun dilaksanakan dan dihantar ke rumah, itu diteruskan seperti biasa,” katanya. Contoh macam panda food, drider it dan sewaktu dengannya.

Ramadan dijangka bermula pada 23 April ini iaitu pada minggu depan.

Beberapa negeri sebelum ini mencari alternatif untuk membolehkan peniaga meneruskan perniagaan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Selangor, misalnya, mengumumkan program e-bazar dengan kerjasama syarikat penghantar Grab. Program itu melibatkan dapur berpusat.

Dengan pengumuman terbaru ini, program berkenaan mungkin tidak dapat dilaksanakan.

Kerajaan negeri Perlis sebelum ini mengumumkan akan membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan.

Menteri Besar Azlan Man berkata peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.

Untuk rekod, kebanyakan peniaga kecil-kecilan tidak dapat mendaftar dan mengiklankan perniagaan mereka di aplikasi seperti Grab seperti biasa kerana memerlukan premis perniagaan.

Kebanyakan mereka kini mengiklankan perniagaan mereka di media sosial dan membuat penghantaran sendiri atau menggunakan khidmat penghantaran e-hailing.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman Menteri: Tiada sebarang bentuk bazar dibenarkan- termasuk ebazaar, tiada bazar ramadhan 2020, tiada bazar ramadhan setiap negeri bagi tahun 2020

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.