Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Senarai penerima subsidi petrol dijangka dikeluarkan Februari 2020

Senarai penerima subsidi petrol dijangka dikeluarkan Februari 2020

Zik · Dec 23, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

program subsidi petrol

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijangka mengeluarkan senarai muktamad penerima Program Subsidi Petrol (PSP) pada Februari depan, kata Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen. Tujuannya untuk kemaskini senarai penerima yang layak dan tidak layak. Selain itu juga rayuan untuk mereka yang  tidak layak dibernarkan,,,,,

Beliau berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat kementerian berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi setelah pemurnian data itu selesai dilaksanakan.

“Berdasarkan data yang diterima daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan disilang semak mengikut data pemilik kenderaan yang diterima daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sejumlah 2.9 juta individu layak menerima bantuan daripada program ini.

“Sementara itu, 346,491 penerima PSP yang layak telah menyemak dan/atau mengemas kini maklumat akaun bank mereka, manakala 480,317 individu yang tidak layak telah mengemukakan rayuan melalui portal PSP,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Negara, semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad yang ingin tahu jumlah berdaftar penerima PSP dan jumlah permohonan rayuan yang diterima bagi memuktamadkan jumlah sebenar penerima subsidi yang layak dalam PSP.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata pada masa ini kementerian itu sedang melaksanakan semakan maklumat rayuan yang diterima dengan data daripada program BSH, JPJ dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, tempoh semakan dan rayuan bagi PSP dilakukan melalui portal PSP iaitu sp.kpdnhep.gov.my yang dijalankan pada 15 Oktober hingga 30 November lepas.  — Bernama

Share this on WhatsApp

Pengumuman bila tarikh dapat program subsidi petrol 2020, psp 2020, Senarai penerima subsidi petrol dijangka dikeluarkan Februari 2020, senarai penuh penerima psp 2020, tarikh pemberian program subsidi petrol

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.