• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Zik · Oct 14, 2019 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Semak kelayakan PSP secara online.

PUTRAJAYA: Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari beberapa hari lepas membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal 2020 itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, yang akan dimasukkan ke dalam akaun 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya.

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal dilaksanakan Januari 2020 menyalurkan bantuan tunai yang dikreditkan terus kepada akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) empat bulan sekali.

Berapa Jumlah subsidi yang diberi oleh Kerajaan?? 

Kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.

“PSP akan mengubah sasaran subsidi petrol kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut,” katanya.

Selain itu katanya penerima BSH perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,600 yang berumur 10 tahun ke atas.

“Manakala kategori motosikal yang layak adalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata, program PSP merupakan bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol.

“Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan adalah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).

“Ini berdasarkan data asas yang bersih diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan BSH,” katanya pada sidang media khas pengumuman PSP di sini hari ini.

KPDNHEP menjangkakan seramai 2.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi tersebut.

Anggaran tanggungan bagi perlaksanaan tersebut adalah RM65.4 juta sebulan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.

 

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berharap Program Subsidi Petrol (PSP) untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau B40 akan dilaksanakan serentak dengan golongan berpendapatan sederhana dalam kategori M40 mulai Januari tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mendapatkan data penerima dan memperhalusi mekanisme yang diperlukan.

“Bagi B40, kami sudah ada data mereka yang layak di mana saya telah umumkan Isnin lalu datanya sekitar 2.9 juta namun untuk M40…setakat ini, kami masih tidak mempunyai sebarang maklumat penerima yang berkelayakan.

“Jadi perbincangan antara kedua kementerian dari peringkat pegawai dan menteri akan diadakan minggu depan untuk menentukan mereka yang layak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bantuan sempena Sambutan Deepavali di sini pada Ahad.

Katanya, kerajaan masih mempunyai tempoh tiga bulan untuk melakukan apa yang patut sebelum pelaksanaannya tahun depan.

“Selain MOF, kami juga akan mendapatkan data dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Tenaga Nasional Bhd untuk mendapatkan maklumat mengenai mereka yang layak,” katanya.

Saifuddin yang juga merupakan Ahli Undangan Negeri kawasan Pantai Jerejak turut menjangkakan jumlah penerima daripada kumpulan M40 mungkin akan mencecah 5 juta penerima.

“Dari pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP bersasar yang memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemandu jadi jika ditolak dengan 2.9 juta pemandu yang layak dalam kumpulan B40, kira-kira lima juta pemandu yang layak akan dikenal pasti termasuk daripada kumpulan M40,” katanya.

Jumaat lepas, ketika pembentangan belanjawan itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bermula Januari tahun depan, PSP bersasar yang merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan, akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan.

Kategori pertama ialah penerima BSH (B40) yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

Kategori kedua pula ialah bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH yang mana mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.

Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.

Syarat kelayakan :

Syarat Kelayakan Dapat Subsidi Petrol

  1. Anda mestilah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja. Sabah dan sarawak memang harga sudah subsidi Rm 2.08 sen seliter bagi RON 95 sampai lah bila-bila.
  2. Ada lesen kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah
  3. Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan.
  4. Terhad kepada pemilikan kenderaan untuk individu 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja , boleh rujuk kadar kelayakan dibawah ini :

subsidi petrol

  1. Satu kereta , Rm 30 sebulan
  2. Satu kereta dan satu motor RM 30 sebulan
  3. Satu kereta ,dua motor RM 30 sebulan
  4. 2 kereta rm 30 sebulan
  5. 2 kereta  , satu motor RM 30 sebulan
  6. 2 kereta, 2 motor RM 30 sebulan
  7. Satu motor , RM 12 sebulan
  8. 2 motor , RM 12 sebulan
  • Kapasiti enjin kenderaan anda juga menentukan sama ada layak atau tidak

program subsidi petrol

*Syarat kenderaan tersebut adalah :

KERETA – 1600cc dan kebawah.

KERETA – 1600cc dan keatas, dan kenderaan berumur 10 tahun keatas.

MOTOR – 150cc dan kebawah

MOTOR- 150cc keatas, umur kenderaan haruslah 7 tahun dan keatas

 

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Program Subsidi Minyak

Semak disini 

Akan bermula pada 15 oktober 2019.

Kami dari warga kerja zikrihusaini.com mengucapkan selamat daftar dan semak subsidi petrol. Semoga nama anda tersenarai. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban sedikit , setelah minyak ron 95 nanti diapungkan semula ,harga akan naik semula. Mungkin akan terbeban juga, namun ada juga inisiatif kerajaan. Subsidi ini diberikan bersasar selaras dengan manifesto kerajaan pakatan harapan.

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Pengumuman isi borang kelayakan program subsidi petrol, isi borang secara online program subsidi petrol 2020, Program subsidi petrol, psp 2020, Semakan Kelayakkan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE, semakan online syarat kelayakan subsidi petrol 2020, syarat kelayakan subsidi petrol

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    October 20, 2019 at 8:29 am

    boleh la untuk mengurangkan sedikit bebanan yang kita tanggung..

    oang kata lebih baik ada daripada tiada.

    atau bersyukur dengan apa yang ada

    Reply
  2. titan says

    November 1, 2019 at 12:06 am

    dah check.

    aku tak layak.

    waaa…

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2019 at 8:21 pm

      awak Bsh pun tak dapat… boss besar maa.. haha

      Reply
  3. Olaoli says

    November 9, 2019 at 7:59 pm

    haih…naik lagi la kos lepas ni. tapi nasib baik aku duduk sabah huh

    Reply
  4. ril says

    November 15, 2019 at 9:55 am

    huhuhu… dah bagi ambikkk… walaupun sikit rezeki jugak tu… hehehe

    Reply
    • Zik says

      November 15, 2019 at 10:04 am

      dia bagi ambil, tapi itulah memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sebab harga ron95 akan kembali diapungkan semula tuh mungkin orang akan marah,tetapi kena ambil kesan kerugian orang luar beli dengan harga subsidi itu merugikan negara.

      Reply
  5. Zurainny Ismail says

    January 2, 2020 at 4:14 pm

    Artikel yg sgt komprehensif ttg subidi petrol. Very nice!

    Reply
  6. Topik Bebas says

    January 30, 2020 at 12:31 pm

    Dah dibatalkan ni. Tak tahulah akan datang kerajaan nak buat ke tak.

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2020 at 3:57 pm

      ya betul. entahla ramai pula rakyat yang marah.. itu tak boleh ini tak boleh..

      Reply

Trackbacks

  1. Semak kelayakkan program subsidi petrol (psp) 2020 says:
    October 16, 2019 at 8:32 am

    […] kita semak kelayakkan program subsidi petrol (psp) bagi tahun 2020. Masukkan no ic korang dibawah ini ok. Selamat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara nak claim(tebus) bantuan E wallet RM 100
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa1 mula 24 Februari 2021 -menteri kewangan
  • Live streaming friendly sabah vs kuala lumpur 23.2.2021
  • Live streaming Sri Pahang FC vs UiTM FC Shah Alam City Cup 23.2.2021
  • Ucapan selamat menyambut peperiksaan SPM 2020

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Senarai penerima subsidi petrol dijangka dikeluarkan Februari 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam N…

Uncategorized

Program subsidi petrol ,Pemilik kereta 1600cc RM30 subsidi, motosikal 150cc 12 sebulan,

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Program Subsidi Petrol: Pemilik kereta 1600cc…

%d bloggers like this: