KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijangka mengeluarkan senarai muktamad penerima Program Subsidi Petrol (PSP) pada Februari depan, kata Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen. Tujuannya untuk kemaskini senarai penerima yang layak dan tidak layak. Selain itu juga rayuan untuk mereka yang tidak layak dibernarkan,,,,,
Beliau berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat kementerian berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi setelah pemurnian data itu selesai dilaksanakan.
“Berdasarkan data yang diterima daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan disilang semak mengikut data pemilik kenderaan yang diterima daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sejumlah 2.9 juta individu layak menerima bantuan daripada program ini.
“Sementara itu, 346,491 penerima PSP yang layak telah menyemak dan/atau mengemas kini maklumat akaun bank mereka, manakala 480,317 individu yang tidak layak telah mengemukakan rayuan melalui portal PSP,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Negara, semalam.
[Read more…] about Senarai penerima subsidi petrol dijangka dikeluarkan Februari 2020