Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Bantuan Sara Hidup Rakyat peringkat kedua 28 mei 2019

Bantuan Sara Hidup Rakyat peringkat kedua 28 mei 2019

Zik · May 24, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

bantuan sara hidup rakyat, bsh 2019,

Wuhoo hoo

Berita baik untuk penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Peringkat kedua. Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat bermula Selasa (28 Mei 2019) minggu depan.

Ini bermaksud pembayaran itu dibuat kira-kira seminggu sebelum Hari Raya. Sedikit sebanyak dapatlah meringankan beban rakyat yang memang betul-betul memerlukan sebelum menjelang persiapan hari raya aidilfitri tahun ini. Kepedulian rakyat harus diutamakan.

Dalam kenyataan media hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang layak.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019,” katanya.

Pembayaran itu dijangka memberi manfaat kepada 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.

Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka, tambah Lim.

Di bawah program BSH 2019, isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 layak menerima bantuan RM1,000, sementara isu rumah dengan pendapatan RM2,001 sehingga RM3,000 akan menerima bantuan RM700.

Isi rumah dengan pendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula layak menerima RM500.

Bagi kategori berkenaan, kerajaan juga akan memberikan RM120 untuk setiap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, terhad kepada empat orang anak bagi satu keluarga.

Pembantu Lim memaklumkan kepada Media hari ini bahawa pembayaran fasa kedua minggu depan tidak termasuk bantuan kepada golongan bujang berpendapatan rendah yang diumumkan sebelum ini.

Hari ini, Lim menekankan bahawa kementeriannya sudah mengambil langkah memastikan bantuan berkenaan memberi manfaat kepada golongan yang “benar-benar layak”.

Lim Guang Eng juga mengingatkan bahawa kementeriannya melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH.

Tambah Lim, Kementerian Kewangan juga akan membuat semakan data bersama pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDNM, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Bagi individu yang ingin membuat rayuan kelayakan, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019.

KATA KUNCI : 

PENERIMA BSH YANG LAYAK PERINGKAT KEDUA DAPAT PADA : 

28 MEI 2019 

AKAUN PENERIMA MASING. 

Tidak lulus, Boleh mohon rayuan pada 1 julai – 15 ogos 2019 (sebulan). 

Anda boleh semak status permohonan anda sama-ada lulus atau tidak di laman rasmi BSH disini

Masukkan no IC, dan kemudian dari laman web BSH itu akan meminta TAC NO diatas no telepon yang anda daftarkan.

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan sara hidup rakyat peringkat 2 2019, Bantuan Sara Hidup Rakyat peringkat kedua 28 mei 2019, bila dapat brim 2019 peringkat ke 2 2019, bsh 2019 peringkat 2 2019, bsh fasa kedua 2019, tarikh dapat bsh peringkat kedua 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.