Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Bantuan Sara Hidup Rakyat fasa ketiga pada 24 julai 2020

Bantuan Sara Hidup Rakyat fasa ketiga pada 24 julai 2020

Zik · Jul 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

BSH

Seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat) manakala tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020. Berita ini memang benar-benar ditunggu oleh rakyat malaysia yang layak, b40 dan juga bujang. Yerla sementara kita juga akan menyambut hari raya Aidiladha hujung bulan ini 31 julai 2020. Tetapi kita pun tak pasti macam mana boleh sambut atau tidak sebab sekarang ini kes mula naik semula ke 2 angka (ketika entri ini ditulis 12 kes).

Berdasarkan bilangan anak tanggungan tambah baki

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran itu akan dibuat berdasarkan kategori merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Jumlah Dana lebih kurang RM 3 billion. 

Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM3 bilion yang memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun.

Katanya, kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berusia 18 tahun ke bawah.

“Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

“Sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai empat anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari), RM200 pada fasa kedua (Mac) dan RM1,080 pada fasa ketiga (Julai).

“Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, katanya, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.

Kenyataan turut memaklumkan bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran pada fasa pertama dan kedua pula akan dibayar secara sekali gus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan.

Dalam pada itu, permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos sehingga 6 September depan.

“Sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN,” katanya.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

bantuan sara hidup rakyat fasa ketiga

bantuan sara hidup rakyat fasa ketiga

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan sara hidup rakyat 2020, Bantuan Sara Hidup Rakyat fasa ketiga pada 24 julai 2020, bila dapat bsh fasa ketiga ini?, bsh fasa ketiga

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.