Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Program subsidi petrol ,Pemilik kereta 1600cc RM30 subsidi, motosikal 150cc 12 sebulan,

Program subsidi petrol ,Pemilik kereta 1600cc RM30 subsidi, motosikal 150cc 12 sebulan,

Zik · Oct 7, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harga minyak,

Program Subsidi Petrol: Pemilik kereta 1600cc ke bawah terima RM30 subsidi sebulan, motosikal 150cc ke bawah terima RM12 sebulan – Saifuddin

Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dapat manfaat Program Subsidi Petrol dilancarkan kerajaan hari ini membabitkan tanggungan kerajaan RM65.4 juta sebulan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

[TERKINI] Program Subsidi Petrol: Pemilik kereta 1600cc ke bawah terima RM30 subsidi sebulan, motosikal 150cc ke bawah terima RM12 sebulan – Saifuddin

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) October 7, 2019

KUALA LUMPUR: Program subsidi petrol bersasar akan dibayar secara tunai terus ke dalam akaun bank penerima yang layak, bukan menggunakan kad subsidi seperti yang dikatakan sebelum ini. 

Menurut sumber, penerima adalah mereka dalam senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan berdaftar dan kira-kira dua juta orang layak menerima subsidi berkenaan.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan mengumumkan butiran penuh mengenainya Isnin ini,” katanya.

Program yang sepatutnya diumumkan pada suku kedua tahun ini seperti dinyatakan sebelum ini mengambil masa kerana beberapa isu.

Antaranya ialah pengumpulan data yang memerlukan penelitian seperti silang semak, data BSH dan data daripada pelbagai agensi serta jabatan berkaitan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selesai membuat kajian dan libat urus dengan pemegang taruh, syarikat pembekal petrol, syarikat kewangan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kepenggunaan.

Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada November tahun lalu menyatakan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Guan Eng dilaporkan berkata, mekanisme baharu itu bermula pada suku kedua 2019.

Bagaimanapun, pada Julai lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, jadual pelaksanaan kaedah itu sedikit tersasar kerana mekanisme lengkap subsidi terbabit perlu mendapatkan kelulusan Kabinet.

Setakat September lalu, seramai 3.9 juta isi rumah menerima BSH tahun ini membabitkan peruntukan RM4.2 bilion yang disalurkan menerusi beberapa fasa.

Share this on WhatsApp

Uncategorized motosikal 150cc 12 sebulan, Pemilik kereta 1600cc RM30 subsidi, Program subsidi petrol, subsidi petrol b40

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.