

B40 diberi keutamaan nikmati subsidi petrol
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) diberi keutamaan menikmati subsidi 30 sen yang akan dilaksanakan bermula suku kedua tahun hadapan.
“Kategori yang layak berdasarkan tahap pendapatan, kuasa kuda kenderaan dan juga usia kenderaan.
“Jadi kita perlukan maklumat tepat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti jumlah pemilik kenderaan lama,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Awal Kulim, di Kulim, hari ini.
Saifudin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Kewangan pada 8 November ini bagi mencari formula terbaik untuk perlaksanaan subsidi ini.
“Kita galakkan perbincangan, perbahasan dalam kalangan rakyat mengenai perkara ini. Pandangan rakyat, jemaah menteri, syarikat minyak, pengedar minyak dan persatuan pengguna kami akan ambil kira.
“Kami mempunyai empat bulan lagi untuk memberi situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.
Minggu lepas, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengumumkan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500 cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati RON95 30 sen seliter.
Menerusi mekanisme subsidi itu, beliau berkata, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter dan 40 liter bagi motosikal.
Sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka memanfaatkan empat juta pemilik kereta serta 2.6 juta pemilik motosikal.
Pernyataan YB Lim Guang Eng di Belnjawan 2019, Mengenai Susbsidi petrol .
Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.
Katanya, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.
“Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019. Untuk ini, RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen, di sini sebentar tadi.
Katanya lagi, Pakatan Harapan (PH) melalui manifestonya telah berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.
“Atas rasa keprihatinan, kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah,” katanya.
So bagaimana pelaksanaan subsidi minyak bersasar ini??
LAKSANA KAD SUBSIDI MINYAK B40 BAGI YANG LAYAK.
Mungkin apa yang dibincangkan (masih lagi dalam kajian) kerajaan akan laksanakan kad khas kepada mereka yang layak. So bila dah dapat kad ini, diaorang kena swipe dekat pam minyak atau dekat kaunter. Terus dia tolak subsidi rm 0.30 untuk minyak yang kita beli sekian-sekian.
Contohnya kita beli rm 5 , bila ada kad susbsidi ini, dia akan tolak terus masuk sistem. 20 liter subsidi dieruntukkan dalam sebulan. Sebagaoi contohnya, kita beli minyak rm5 kan, satu liter bersamaan harga semasa ron 95 rm 2.20 seliter(ikut harga semasa), ada subsidi 30 seliter, dia akan tolak terus kira siap-siap, dan tolak subsidi . Klaau kita takda kad, kita tak dapat harga subsidi, ikut harga pasaran iaitu harga apungan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Komen nitizen :
Dlm TV dua hari lepas, Menteri KPDNKK kata nak kaji jugak faktor usia dan harga kenderaan 1500cc ke bawah, di samping gaji pemilik kenderaan bla bla. Pandangan saya, kenapalah nak merumit dan menyusahkan. Kekadang kereta lama selalu diguna berbanding kereta baru dan begitu juga sebaliknya. Camna nak tentukan nilai kereta kategori mahal khususnya yg 2nd hand.? Asyik asyik B40 yang dpt macam macam, tapi camna pulak M40 yg dok bayar income tax. M40 pun ada anak ramai kos tinggi. CADANGAN saya, bagilah subsidi kat semua kereta 1500cc dan motorsikal 125cc ke bawah tanpa kira usia kereta . Selain B40 , bagilah M40 juga merasa walaupun dpt satu sibsidi petrol. Jika jumlah subsidi masih terlalu membebankan gov, maka kuranglah kuota subsisi misalnya drpd 100liter kpd 50 liter sahaja. Di samping itu, subsidi bersasar ini hanya kepada pemilik kenderaan sahaja bukan kpd kenderaan itu sendiri. Maksudnya setiap pemilik hanya dpt 50 liter shj walaupun miliki banyak kenderaan. Bagi pemilik yg ada motorsikal sahaja, mungkin 20 liter.
1500cc..?.. zaman sekarang 1.3 – 1.5 cc kereta with turbo generate hp lagi tinggi dari 2.0car tech 10 thn lepas.. 7 seater car untuk yang anak ramai guna 1.6cc above.. exora and lain-lain atas 1.5cc harga baru dalam rm70k.. civic turbo 1.5cc harga 130k.. civic dapat subsidi.. exora tak dapat?? bukan keta mewah pun.. tak lagi count vw yg 1.2cc turbo.. mechanism ini tak boleh pakai untuk keta modern.. ramai yang beli second hand sebab murah.. tapi cc lebih 1.5.. takda subsidi.. ini terbaik??
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!