Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / STR FASA 2 , BERMULA 3 APRIL 2024 [Login bantuanhasil.gov.my]

STR FASA 2 , BERMULA 3 APRIL 2024 [Login bantuanhasil.gov.my]

Zik · Apr 1, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

STR FASA KEDUA 2024

 

PUTRAJAYA – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada lebih kurang 8.4 juta penerima akan bermula Rabu ini (3 April), seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di putrajaya. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dikreditkan secara berperingkat mulai 3 April 2024. 

STR Fasa 2 akan melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran itu akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), dan juga bank yang lain yang telah penerima isi di borang STR online, secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, mulai 2024 kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

 

Baca juga : Login str 2024. 

Kenyataan sama turut memaklumkan kerajaan menambah peruntukan program subsidi bersasar STR Fasa 2 sebanyak 20 peratus iaitu kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas, bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan itu berkata reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.

“Insya-Allah, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

BERAPA JUMLAH DAPAT STR FASA 2 2024??

jumlah dapat str fasa 2 2024

Dia ada buat perbandingan diantara tahun 2023 tahun lepas dan tahun ini. Ada peningkatakan jumlah bantuan. Harap ada penambahan untuk rakyat malaysia pada tahun ini. Yerla, SST dah naik 2 peratus, rakyat berhak dapat lagi bantuan lagi dari pihak kerajaan. Kalau ada adalah, takda kita tak boleh buat apa.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim boleh didapati di portal rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

MOF turut menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

Share this on WhatsApp

Pengumuman bayaran str fasa 2 bermula 3 april 2024, keputusan tarikh sebenar str fasa 2 2024, tarikh dapat str fasa 2 2024

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.