Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / PRU-15 September ini, serius lah?

PRU-15 September ini, serius lah?

Zik · Feb 20, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pru ke 15 september 2021

Adakah benar kenyataan ini. Nampak macam dah nampak hint-hint dia tuh. Memandangkan Muhyiddin Yassin pun dah tiada mejoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Namun disebabkan proklamasi darurat telah dilaksanakan oleh YDPA, kita akur dan semuanya sekarang ini tergantunglah parlimen, walaupun PKP, tetapi banyak benda yang dah boleh buat tak macam PKP yang pertama.

 

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kemungkinan besar akan diadakan pada September tahun ini. Jangkaan itu hadir setelah mengambil kira proklamasi da­rurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos atau suatu tarikh lebih awal jika kes positif Co­vid-19 dapat dikawal sekali gus menunjukkan bahawa September adalah masa sesuai untuk melaksanakan pilihan raya. Ini dikuatkan lagi dengan penerimaan vaksin pada Ahad bulan ini februari 2021 yang akan diagihkan mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan pada perutusan yang telah dibuat oleh Muhyiddin Yassin.

TIDAK SESUAI BUAT MASA INI. 

Namun ianya hanyalah spekulasi. Namun kita boleh berhati-hati dalam langkah yang akan diambil oleh Muyiddin Yassin.  Walaupun sekiranya perdana menteri menasihatkan agung untuk bubar parlimen , namun ianya bergantung kepada kebijaksaan Agung untuk menentukan boleh atau tidak parlimen itu dibubarkan.

Biarpun mungkin covid akan surut pada hujung tahun ini, kita pun tak pasti lagi. Adakah akan ada lagi kluster-kluster yang akan mula timbul lagi. Selain mungkin rakyat dah habis wang ringgit, ramai yang sudah gulung tikar, kerajaan pun mungkin sudah tidak cukup lagi sumber untuk ditampung untuk membayar gaji kakitangan kerajaan yang kita takutkan. Lebih baik kita jangan bazirkan duit kerajaan untuk buat pru untuk seketika ini.

Tapi bila kita tengok dari gerak geri dan hint ini, dah nampak nih team-team azmin, abah, dan sewaktu dengannya dah buat mesyuarat dari semasa ke semasa dan kempen tuh pun macam dah nampak. Kalau kita perasanlah.  Kita pun tak tahu, adakah akan ada pertarungan sengit, tiga penjuru, atau empat penjuru ke macam mana? atok pun pening, anwar pun pening . Haa peninglah.

Komen dari aku, rasanya tak perlu untuk PRU buat masa terdekat ini, pulihkan ekonomi terlebih dahulu. Dah ok semua nanti barulah buat pru semula cukup masa 5 tahun tuh. Lagi bagus pulangkan sahaja mandat kepada PH untuk mentadbir, ok ke tak ok, itu bergantung kepada rakyat yang akan menentukannya. Sebab kita tengok dari mana-mana pihak, macam tak boleh diharap sangat. Kita sebagai rakyat selalu memerhatikan gerak geri pemimpin ini. Bukan macam dulu lagi, kita tak tahu apa-apa. Sekarang zaman media sosial. Silap sikit habislah tergolek.

 

Share this on WhatsApp

Politik bila tarikh pru ke 15, pru ke 15 mungkin september ini 2021, PRU-15 September ini, serius lah?

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.