Ya, sekarang ini kes meningkat ke satu angka yang menakutkan. Walaupun tiga angka, tetapi jumlahnya semakin banyak. Keadaan sudah agak kritikal. Kita kena ingat , wabak virus covi19 ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Dia kita tak boleh nampak. Ketika entri ini ditulis semalam mencatatkan paling tertinggi 691 kes, 4 kematian baru dan ada satu bayi berumur satu tahun meninggal dunia.
So persoalan yang kita nak bawa ialah mengenai kenapa kerajaan tidak boleh laksanakan pkp walaupun kes meningkat?
Ini bukan masa yang sesuai untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Benda dah berlaku, kita kena pandang kehadapan. Memang nyawa bukan boleh dijual beli. Tapi apa tindakan yang dibuat oleh badan berwajib harus bertanggungjawab kesannya kepada nyawa dan ekonomi, sosial dalam negara kita.
1. Ekonomi negara akan terkesan.
Pelaksanaan PKP yang lalu menyebabkan kesan ekonomi yang besar kepada pekerja, perniagaan dan sektor ekonomi. Hatta masa PKP 1 yang lepas, dah ramai yang telah dibuang kerja, dan syarikat yang gulung tikar dek penangan PKP yang lepas. Pendapatan negara akan terjejas, kantung rizab bank negara akan menyusut. Kuasa membeli jadi kurang, sebab takda duit/tak cukup duit untuk beli barang keperluan semasa.
Kalau kita tengok statistik, jumlah kehilangan pekerjaan , lagi banyak berbanding tahun sebelum ini.
“Daripada Januari hingga September 2020, sebanyak 79,984 orang kehilangan pekerjaan…jumlah dua kali ganda lebih besar berbanding 2019.
“Bagi kerajaan, sejarah tercipta akibat Covid-19 apabila tahun ini menyaksikan paling banyak pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan bagi tempoh yang singkat.
“Pakej rangsangan Prihatin, Prihatin PKS+, Penjana dan Kita Prihatin yang semua berjumlah RM305 bilion adalah satu jumlah yang besar yang boleh memberi implikasi kepada kedudukan kewangan kerajaan,”
“Kadar penghunian hotel pula meningkat daripada 19 peratus pada Mei kepada 39 peratus September lalu.
“Begitu juga kekosongan pekerjaan di pasaran juga meningkat menyebabkan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan berkurangan.
“Justeru, jika aktiviti pengeluaran ekonomi dikejutkan lagi PKP, wujud kebimbangan risiko ekonomi akan menjadi lebih parah,” katanya.
3. Masalah sosial.
Kita khuatir akan ada berlaku masalah sosial dari segi kemurungan disebabkan kita terperap tidak keluar rumah untuk beberapa ketika, hati akan memberontak. Kecurian, pemberontakan macam di USA. Takut juga akan berlaku jenayah meningkat kerana tidak cukup wang, dan ada orang yang ambil kesempatan dikala PKP ini. Tapi masa PKP kadar jenayah menurun.
Leave a Reply