Semua orang selalu dengar dan faham apa yang dimaksudkan dengan pertubuhan atau persatuan. Menurut wikipedia, ia bermaksud satu penyusunan sosial yang mengejar matlamat kolektif, mengawal prestasinya sendiri, dan mempunyai satu sempadan yang memisahkannya daripada persekitaran.
Kita di sini bukan nak bercerita tentang definisi pertubuhan tapi cara cara untuk anda menubuhkan pertubuhan sendiri. Perkara ini penting jika pihak pihak seperti pekerja, masyarakat setempat, veteran atau golongan remaja ingin menyuarakan aduan dan membincangkan masalah yang dihadapi.
Inilah langkah langkah untuk menubuhkan pertubuhan;
Bukan senang nak buat perubuhan ini ada banyak benda yang korang kena pastikan dari segi ahli dan juga minit mesyuarat ini ok. Adakan satu mesyuarat kecil yang dihadiri sekurang kurangnya tujuh orang dan nama setiap ahli perlu ditulis dalam satu minit mesyuarat. Jika ingin menubuhkan pertubuhan peringkat kebangsaan, wakil wakil yang hadir mestilah datang dari negeri yang berlainan. Ahli tersebut dikira sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan.
Ketetapan untuk membentuk suatu pertubuhan adalah seperti berikut;
- Bersepakat bersama menubuhkan pertubuhan
- Meluluskan nama pertubuhan
- Menetapkan lokasi urusan yang bakal didaftarkan
- Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan urusan pendaftaran
- Senarai AJK Penaja
Untuk makluman semua, senarai AJK Penaja kenalah disertakan dengan;
- Nama penuh di kad pengenalan
- Jawatan dalam pertubuhan
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Alamat majikan
- Alamat kediaman setiap Ahli Jawatankuasa
Bukan itu sahaja, mesyuarat penaja pun kenalah meluluskan undang undang pertubuhan yang hendak didaftarkan seperti logo, bendera dan keterangan pada pertubuhan tersebut.
Bila sudah selesai, tibalah masanya untuk memohon pada Pendaftar Pertubuhan atau ROS. Setiausaha Penaja perlulah mendaftarkan diri sebagai pengguna eROSES di laman sesawang rasmi ROS. Setiausaha juga perlu menyediakan bayaran fi sebanyak RM30.00 dan membayar di kaunter di cawangan masing masing ataupun secara online.
Leave a Reply