Satu pertembungan yang sengit dalam pru ke 15, yang mana takda gabungan yang mendapat simple majority dalam pru ke 15 kali ini. Jom kita tengok keputusan penuh pru ke 15 di parlimen muar, iaitu P146 MUAR , tiga penjuru diantara MUDA, BN DAN PERIKATAN NASIONAL. (PAS).
SYED SADDIQ PERTAHAN PARLIMEN MUAR, majoriti berkurang.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini. Menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan, beliau yang juga penyandang Parlimen itu meraih sebanyak 19,961 undi meninggalkan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd. Helmy Abd. Latif (18,616) dan calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin iaitu 14,581.
PRU 15 :
SYED SADDIQ (MUDA )- 19,961 UNDI
MOHD HELMY ABD LATIF (BN) 18,616 UNDI
ABDULLAH HUSIN (PN) 14,581 UNDI
Majoriti 1345 UNDI
PRU 14 , MAJORITI 6953.
Pada PRU-14, Syed Saddiq yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti sebanyak 6,953 undi.
Tahniah buat Syed Saddiq, ini bermakna syed saddiq biarpun dikatakan kluster mahkamah dia tetapi komited dengan kerja-kerja sebagai ahli parlimen yang berhormat. Yang ini aku salute buat syed saddiq. Cuma tiga perjuru agak sengit jugak. PN pun cuba kejar juga, dengan pencabar terdekat BN Mohd Helmy pun orang tempatan tuh.
Leave a Reply