Setelah hari kita mengundi pada 19 haribulan 2022 kemelut mencari siapa gabungan yang menjadi kerajaan kabur apabila masing-masing tidak mencapai majoriti kerusi sekurang-kurangnya 112 kerusi. Namun , pakatan harapan mendapat 82 kerusi diikuti dengan perikatan nasional 73, barisan nasional 30 kerusi, GPS 21 kerusi, GRS 3 kerusi, Warisan 3 kerusi dan Bebas 3 kerusi. Ada 2 parlimen tergantung sebab ada satu calon meninggal dari PH, dan satu lagi kerusi sebab banjir , terpaksa ditunda ke hari lain.
Memandangkan semua takda kesepakatan dalam mencari majoriti, YDPA telah memanggil ketua PN dan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan, aku rasa ianya stabil dan lebih seimbang. Namun semalam apabila YDPA minta untuk membuat kerajaan campuran, Tan Sri Muhyiddin (TSMY) sudah mengisi borang mengatakan tidak setuju dengan kerajaan campuran dan mengatakan mereka sudah ada 115 sd sokong TSMY sebagai perdana menteri. Namun , sekarang ini ahli parlimen belum lagi menggangkat sumpah, dan kita ada undang-undang lompat parti, (anti hoping law).
TERLALU BANYAK PLOT TWIST.
Kejap minta sd sana sini, kejap pergi hotel pacific lah, sg reist (salah eja kot). Bincang sana sini, MT tertinggi UMNO pasal government Unity dan macam-macam lagilah. Nak cerita terlalu panjang dia punya cerita. Kalau ada masa nanti kita tulis secara details.
AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI KE 10.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadualkan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 petang nanti di Istana Negara. Perkara ini dimaklumkan oleh Istana Negara susulan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pagi tadi.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda (Yang di-Pertuan Agong) telah memberi perkenan untuk melantik Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.
“(Ini) selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara (43)(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.
Agong menegaskan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan apabila negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk merancakkan ekonomi dan pembangunan.
“Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15,” menurut kenyataan itu.
Hari ini sidang raja-raja bersidang dan telah bersepakat bersetuju Datuk seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengangkat sebagai perdana menteri malaysia yang ke 10. Tahniah diucapkan.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply