Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / MEA bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan kekang serangan koronavirus

MEA bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan kekang serangan koronavirus

Zik · Jan 25, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

MEA bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan kekang serangan koronaviru

MEA bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan kekang serangan koronavirus

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak virus corona (2019-nCoV) secara berkesan melalui pembiayaan pembangunan bagi meningkatkan kesediaan negara untuk menghadapi keadaan kecemasan dan wabak.

Menurut menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, MEA memandang berat wabak yang menyerupai penyakit pneumonia yang telah menjejaskan China dan beberapa negara lain di rantau ini.

“Kedatangan Cuti Tahun Baru Cina kali ini dimulakan dengan kebimbangan mengenai risiko jangkitan berikutan peningkatan perjalanan di seluruh negara jiran, khususnya Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MEA telah memperuntukkan sebanyak RM227 juta untuk 2020 bagi pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, MEA akan memastikan hospital dan klinik kesihatan terpilih yang telah dikenalpasti untuk tujuan pemeriksaan penyakit akan dilengkapi secukupnya dalam usaha pencegahan, kawalan serta pegesanan di kawasan yang berpotensi.

Pada 2019, MEA telah meluluskan penubuhan Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (CDC) dengan kos sebanyak RM500 juta bagi mencegah serta mengawal penyakit, menyiasat wabak dan ancaman kesihatan awam.

Projek ini sedang dilaksanakan dan dijangka siap menjelang 2023, katanya.

Melalui penubuhan CDC, peranan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan akan terus diperkukuhkan untuk menangani ancaman wabak kepada kesihatan awam.

“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan keselamatan dan penjagaan kesihatan awam di atas usaha gigih dan pengorbanan mereka dalam memerangi wabak ini,” kata Mohamed Azmin.

 

 

credit to bernama

Share this on WhatsApp

Kesihatan MEA bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan kekang serangan koronavirus

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.