• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Langkah-langkah menjaga kesihatan diri semasa wabak Covid 19 melanda di Malaysia.

Langkah-langkah menjaga kesihatan diri semasa wabak Covid 19 melanda di Malaysia.

Zik · Mar 25, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

Langkah-langkah menjaga kesihatan diri semasa wabak Covid 19 melanda di Malaysia.

Penyakit Coronavirus atau dikenali sebagai Covid 19 merupakan virus yang berterusan secara global yang berpunca daripada sindrom pernafasan yang teruk. Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China. Covid 19 ini merupakan virus terbaru dan untuk setakat ini tiada ubat-ubatan atau vaksin yang khusus untuk merawat penyakit ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Tan Dri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 17-31 Mac 2020 (kemungkinan akan dilanjutkan, jika semakin teruk) di mana kerajaan Malaysia meminta agar rakyat Malaysia digalakkan duduk di rumah saja dan dilarang ke tempat orang ramai. Pusat membeli-belah, taska atau tadika, restoren dan sebagainya ditutup kecuali pasar raya dan kedai kopi dibuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Tetapi kerajaan Malaysia meminta agar rakyat Malaysia digalakkan keluar dari rumah sekiranya diperlukan sahaja seperti membeli barang keperluan di pasar raya dan membeli makanan di luar. Jadi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia haruslah menjaga kesihatan diri masing-masing agar dapat meringankan beban Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus-lumus untuk merawat pesakit positif  Covid 19 dan dapat mengurangkan kadar kematian Covid 19 di Malaysia.

Jadi, apakah langkah-langkah yang anda perlu diambil semasa wabak Covid 19 melanda di Malaysia?

1. Membasuh atau sanitiser tangan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, anda haruslah kerap membasuh tangan sebelum dan selepas makan, keluar dari tandas dan menyentuh barangan. Anda juga boleh mengunakan hand sanitiser kerana hand sanitiser dapat membasmi kuman dengan 99.9%.

 

Sanitizer

Sanitizer.

basuh tangan

Basuh tangan menggunakan sabun.

2.Mengunakan topeng hidung dan mulut (mask) ketika keluar beli barang di pasar raya

face mask

Seperti anda sedia maklum, anda haruslah mengunakan mask  ketika keluar beli barang di pasar raya atau membeli makanan di luar. Anda haruslah membawa hand sanitiser anda bersama ketika keluar beli barang keperluan di pasar raya. Hal ini demikian anda menyentuh barangan di pasar raya dan anda tidak tahu beratusan kuman yang terdapat di situ. Jadi, selepas anda menyentuh barangan di pasar raya, gunakanlah hand sanitiser anda untuk melindungi anda.

 

3. Banyakkan minum air. 

Semasa anda berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, pastikan anda banyakkan minum air. Untuk pengetahuan anda, Profesor Chen Horin, Ketua Pegawai Eksekutif  Hospital Tentera Beijing berkata: “Kepingan lemon dalam secawan air suam dapat menyelamatkan anda.” Jadi, gunakanlah Vitamin C semula jadi anda untuk menguatkan sistem imun dalam badan anda.

minum air kosong

4. Jarakkan diri anda 1 meter daripada individu lain

Apabila anda keluar ke pasar raya, pastikan anda jarakkan 1 meter daripada individu yang lain. Hal ini demikian anda dapat elakkan daripada dijangkiti oleh orang lain kerana kita juga tidak tahu sama ada individu tersebut positif Covid 19 atau tidak.

jarak sosial,

Duduk dirumah (Stay At home). Jarakkan Sosial.

Ini peringatan yang diingatkan berulang kali setiap hari. Sampai perdana menteri kita,merayu. Agong kit YDPA , turun padang tengok sendiri masa roadblock masih lagi ramai orang pergi keluar dengan alasan yang tidak munasabah langsung. Dan cakap tak boleh pergi jalan-jalan. Kecuali beli barang keperluan sahaja. Itupun sebolehnya ketua keluarga sahaja yang boleh pergi keluar beli barang. Isteri bagi list barang-barang yang diperlukan untuk keperluan harian , tulis dekat kertas.  Tak faham boleh telepon atau whatApps.

Memang tak ramai yang dapat patuh arahan ini. Dianggarkan lebih 10 peratus orang masih lagi berdegil. Tujuan perintah kawalan pergerakan ini untuk memutuskan rangkaian Coivd 19.  Setiap hari kes meningkat kematian juga semakin meningkat (ketika entri ini ditulis 15 kematian sudah dicatatkan).

Penjarakan Sosial,

Tok anjang dah bagi nasihat tuh. Memey arrr.

Patuhi Arahan. 

Kesimpulannya, anda haruslah mengambil langkah-langkah tersebut bagi melindungi anda dan keluarga anda. Patuhilah arahan daripada pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas mereka bagi melindungi rakyat Malaysia daripada wabak Covid 19. Sayangilah nyawa anda dan orang tersayang. Mencegah lebih baik daripada merawat. Kita pasti boleh mengatasi masalah wabak ini, rakyat Malaysia juga pasti boleh mengatasi wabak Covid 19 ini!

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan cegah, langkah jaga kesihatan covid19, Langkah-langkah menjaga kesihatan diri semasa wabak Covid 19 melanda di Malaysia., tips kesihatan covid19

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021
  • Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis
  • Ini cerita sebenar pihak pelakon MV judi raya, rupa-rupanya tak tahu iklan judi!
  • Komen Tegas NGO Mengenai Kes Majikan Belasah ‘Bodyguard’

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kesihatan

Coronavirus: KKIA dalam keadaan berjaga-jaga

Share this on WhatsApp KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah meningkatkan tahap pengawas…

Kesihatan

Tips elak mabuk laut

Share this on WhatsAppMabuk laut Salam semua. Kali ini ingin berkongsi bagaimana…

Kesihatan

Tips mudah berhenti merokok

Share this on WhatsAppIngat senang ker nak berhenti merokok. Ini berdasarkan pen…

%d bloggers like this: