Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Teknologi dan IT / Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia

Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia

Zik · Nov 20, 2010 · 52 Comments

Share this on WhatsApp

penggunaan internet, prestasi internet di malaysia, broadband macam siput babi, kelajuan broadband, perkhidmatan internet dimalaysia, siput babi, gambar siput babi,

Umum kita mengetahui, penggunaan internet di malaysia dan juga diserata dunia mengalami peningkatan yang mendadak dari tahun demi tahun. Ia satu perkembangan yang baik dan bagus untuk kita semua, kerana ia menjana ekonomi yang bersifat global.

Yang bagusnya ialah segala maklumat dan juga informasi boleh kita dapat secara pantas hanya di hujung jari.

Internet kini dikira dan diiktiraf menjadi “tulang belakang” kepada ekonomi dunia. Ia umpama nadi/nyawa. Ia bertindak sebagai katalis untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan, membantu secara langsung pertumbuhan perniagaan berkonsepkan ‘penjenamaan’.

Dalam konteks yang lain, internet kini menjadi  satu peluang untuk merebut peluang ekonomi dalam perkhidmatan jalur lebar bukan sekadar memastikan akses kepada maklumat tidak terbatas kepada masyarakat, tetapi juga faktor penyumbang kepada kelestarian ekonomi negara.

Apakah itu jalur lebar?

Jalur lebar (broadband) adalah merupakan medium yang menjadi penghubung  komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband,  kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.

Contohnya ialah ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line), di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Perkhidmatan internet/jalur lebar masih tidak memuaskan.

Yang tidak puas hati ialah tahap servis, penggunaan internet jalur lebar yang ada di malaysia. Mungkin ada yang sudah berpuas hati dengan talian internet streamyxnya. Berbeza dengan pengguna jalur lebar seperti celcom broadband, maxis, digi dan sebagainya. Yang terbaru dengan tagline, potong-potong! Semakin hari semakin banyak pesaing syarikat cuba menarik hati pengguna internet tegar seperti aku.

potong-potong, p1 wimax, p1 wimax poster, promosi p1 wimax di poster, gambar p1 wimax, kawasan p1 wimax, poster potong-potong wimax

Promosi bukan main lagi. Tapi wimax nia bagi aku oklah, cuma streaming youtube lambat giler.

Mereka juga cuba mempraktikkan strategi menawan pelanggan dengan harap dapat sales.  Dari psikologi harga rm68 sebulan (macam murah) tapi hampeh!, meletakkan strategi harga, percuma bajulah, itu ini.  Tetapi hanya khabar indah dari rupa, bila dah guna sebulan dua, mungkin ok, lepas tuh macam hampeh! Apakah kuasa kita sebagai pengguna?

Isu ini dah lama diperkatakan ramai orang, namun masih tiada lagi jalan penyelesaian.

Alternatif selain menggunakan jalur lebar.

Ya, sebenarnya isu untuk mengunakan jalur lebar menggunakan wayar eletrik untuk dipertengahkan atau lebih tepat ialah perkenal jalur lebar guna wayar elektrik yang mempunyai kepantasan yang semaksimum yang mungkin berbanding broadband yang sedia ada.

jalur lebar, jalur lebar guna wayar elektrik, penggunaan wayar elektrik untuk internet, capaian wayar eletrik untuk internet, potensi wayar elektrik untk penggunaan internet

Sumber (UTUSAN MALAYSIA – RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi: Selasa, 10 November 2009, Muka 10)

Namun, ia menjadi penghalang dan juga kerana takut pesaing-pesaing lain, gulung tikar. Wallahuallam. Masih lagi dalam siasatan.

Kesimpulan.

Servis internet masih tidak berbaloi-baloi dengan perkhidmatan sedia ada. Mereka perlu perbaiki, jangan selalu takda line jer. Harga yang ditawarkan masih dianggap mahal. Sekiranya ingin menarik lagi orang untuk membeli broadband/perkhidmatan internet, haruslah murah lagi!. Pakej untuk student price harus dikekalkan.

Sumber-sumber lain

Forum dan blog

Share this on WhatsApp

Teknologi dan IT analisis penggunaan jalur lebar di malaysia, apakah itu jalur lebar, boradband yang slow macam siput, jalur lebar yang slow, jenis-jenis jalur lebar di malaysia, Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia, perkhidmatan jalur lebar, statistik penggunaan jalur lebar di malaysia

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. tehr says

    November 20, 2010 at 11:56 pm

    broadband celcom aku semakin baik sekarang
    terima kasih kepada celcom
    hehehe

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 10:14 pm

      ikut kawasan kot.. kat sini.. macam hampeh jer… huhu

      Reply
  2. gnesop.com says

    November 21, 2010 at 12:03 am

    internet sgt penting skrg..
    sop sendiri tanpa internet, buntu juga lah.. πŸ™‚
    jika dilihat dari dulu, semakin bertambah baik dan murah..
    tp jika dibandingkan dengan negara maju, agak ketinggalan lagi.. moga terus berkembang.. πŸ™‚

    Reply
    • haru says

      November 21, 2010 at 1:29 am

      yeah..skong..bg aku, aku blh idop tnpa hp..tanpa tv..
      tp aku xblh idop tnpa laptop n berukband aku..wlapun berukband itu lebih kpd cipanzi..hoho

      :devil:

      Reply
  3. syafiq.net says

    November 21, 2010 at 12:52 am

    hohohoh promote WOW tapi lepas sebulan WEWWWW~

    tu perkara biasa kan?

    Reply
    • Zik says

      November 21, 2010 at 10:31 pm

      biasa sangat dah… huhu

      Reply
    • Rahsia Buah Pinggang Sihat says

      November 25, 2010 at 12:25 pm

      Setuju sangat-sangat.Perkhidmatan kurang memuaskan,tapi bil cepat jer sampai.lambat bayar dah kena potong.Sepatutnya perkhidmatan kenalah mantap dan pantas,sepantas menghantar bil.

      Reply
      • syafiq.net says

        November 25, 2010 at 2:06 pm

        aha! memang tak best. bil lajuuuu je~

        Reply
  4. kulanz says

    November 21, 2010 at 1:13 am

    setakat ni streamyx je lah pilihan utama walaupun selalu down dan tak capai kelajuan maksimum yg dilanggan..

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:06 am

      yang terbaik di malaysia cuma streamyx..

      Reply
  5. sabree hussin says

    November 21, 2010 at 1:14 am

    bagus ni, dengan adanya macam-macam company berebut nak bagi servis internet, setidak-tidaknya tak ada diorang duk selamba je bila kita complaint service tak bagus.

    Berjaya memecahkan monopoli oleh TM

    sekarang ni kita dah tak perlu nak complaint lagi dah. tak puas hati, tukar je terus. dulu aku guna celcom broadband, pastu tak puas hati tukar ke digi, lepas tu tukar balik kepada celcom hak3

    Reply
    • haru says

      November 21, 2010 at 1:32 am

      yup betul..kalo xseblum nie, tm wat bodo je pn kalo org komen psl streamyx..skrg xlg..haha

      :w00t:

      Reply
  6. haru says

    November 21, 2010 at 1:27 am

    aku plak tibe celcom bb dah capai limit..pdahal xsmpai sebulan lg..mmg tensen..buke fb mau 5 mnt..tu pn kena refresh byk kali

    Reply
    • suri says

      November 24, 2010 at 1:53 pm

      tukarlah yang lain pula mana tau lebih ok sblum ni :getlost:

      Reply
  7. paihujey says

    November 21, 2010 at 1:39 am

    dirumah masih menggunakan streamyx..kelajuan still lagi memuaskan.. :biggrin:

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:08 am

      kalau guna teknologi wireless elektrik rumah tuh… lagi laju… tapi masih tak boleh masuk …. takut yang lain rugi… huhu

      Reply
  8. rusliesophian says

    November 21, 2010 at 1:49 am

    Paras harga langganan jalur lebar terlalu tinggi…dah tiba masanya diturunkan!!!

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:08 am

      ya betul tuh…. seharusnya turun la… masih mahal sebenarnya..

      Reply
  9. fendidahada says

    November 21, 2010 at 3:06 am

    stuju…kena ade student price…macam aku skrang guna jaring..so bila balik melaka terpaksa tinggalkn jaring tu..melaka takde coverage..huhu

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:09 am

      tulah rugi jer rasa… aku balik kg… takda terus…

      Reply
  10. acapz says

    November 21, 2010 at 7:21 am

    setakat ni pkai streamxy je. okae xde pape. ngee πŸ˜€
    2mb pn dh laju. ehe

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:12 am

      aku kat rumah 4mb… tapi yang gunanya berapa…ah ha..

      Reply
      • acapz says

        November 23, 2010 at 7:47 am

        haha. dh kalah aku ni. adih laju bro. haha

        Reply
  11. Hadi Rofiee says

    November 21, 2010 at 7:40 am

    Salam Zik.

    Aku setuju dengan apa yang diperkatakan. ‘Mereka’ lebih seronok mempromosi, mencari pelanggan & mencari untung.

    Seingat aku, guru komputer pernah memberitahu: perkhidmatan jalur lebar seperti P1MAX, Celcom, Maxis & Digi, apabila semakin ramai pelanggannya, semakin sempit & kecillah jaringan itu. Hal ini tidak diberitahu di dalam promosi mereka. :ninja:

    Kuasa di tangan kita.

    p.s: buat masa sekarang, aku sangat puas hati guna Streamyx. Walaupun cuma boleh ada di dalam talian di rumah sahaja. πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:14 am

      hurm …kalau kawasan tuh ramai yang guna… jadi lembat tenet nih… hai nasib…

      Reply
  12. Norizwan says

    November 21, 2010 at 9:42 am

    Streamyx adalah terbaik huhu…selalu lepak library memanjang ler streamyx free lak tu…laju lak tu huhu…

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:16 am

      kan bagus library 24 jam…hehe

      Reply
  13. wazy says

    November 21, 2010 at 11:26 am

    Aku pun pengguna setia streamyx
    Insya Allah ada rezeki nak upgrade pakej

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:17 am

      wah best tuh bro… nie pun ingat nak tukar baru/yang lain… tak sanggup macam nie..

      Reply
  14. Zik says

    November 21, 2010 at 2:39 pm

    hehe… tahniah2x..

    Reply
  15. fitri says

    November 21, 2010 at 2:59 pm

    tak suke btol la kena tipu mcm tu je..sebab kita bayar kan benda tu tiap bulan…lain la bile line xelok kita tak payah bayar…

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:21 am

      tak pernah miss bayar nih… … hadoila… mahu report pada sapa nih..

      Reply
  16. dnobiz says

    November 21, 2010 at 3:30 pm

    Harga mahal takpe janji ok, tapi masaalahnya harga mahal tapi hampeh, menyakitkan hati je, yang murah lagi la…..
    Ps : aku pakai streamyx je πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:22 am

      yang murah macam murah….tiba2 tengok bil… kena bayar itu ini… menipu jer kerjanya.. alahai…

      Reply
  17. iza says

    November 21, 2010 at 5:15 pm

    Salam….

    Dah pernah guna celcom BB dan masih belum tamatkan servis, terus tak bayar2 smpai skrg.
    Alhamdulillah skrg guna Wifi, ok je, laju jgk…

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:27 am

      Celcom BB aga gak… jarang guna.. tapi masalah nya kadang2 tak ok line nya… grrr

      Reply
  18. akubiomed says

    November 21, 2010 at 10:07 pm

    Saya sokong penggunaan broadband melalui wayar elektrik kerana penduduk di Malaysia memang mempunyai bekalan elektrik ke rumah mereka dari segi infrastruktur sudah jimat. Manakala wireless untuk kawasan pendalaman yang masih pakai generator elektrik. Dekat sini dapat jimat kos membina pencawang

    Reply
    • Zik says

      November 22, 2010 at 2:28 am

      jimat kos… masalahnya pesaing tak setuju…

      Reply
  19. Zik says

    November 21, 2010 at 10:16 pm

    kalau nak travel tuh.. terpaksa lah guna bband… huhu

    Reply
  20. Ladfe Amir says

    November 22, 2010 at 10:37 am

    dulu guna maxis. masa guna dulu dpt unlimited, tp bila maxis tukar syarat. aku kena bayar rm98 utk guna 3gb. tak adil utk aku.

    skrg aku pakai streamyx.

    Reply
    • ProfHariz says

      November 23, 2010 at 10:23 am

      Streamyx memang puas hati!

      Reply
  21. RedBoys says

    November 22, 2010 at 11:10 am

    wah2. cepatnya dia. tahniah2

    Reply
    • suri says

      November 24, 2010 at 1:53 pm

      ambilah hadiah kat ats tuh cun gak hee..gurau jer :pinch:

      Reply
  22. RedBoys says

    November 22, 2010 at 11:12 am

    stuju statement bro di awalnya.
    promosi bukan main. tp bila dh pkai, cm hampeh je.

    Reply
    • ProfHariz says

      November 23, 2010 at 10:22 am

      Biasalah semua nak jadi mcm DDR

      Reply
      • RedBoys says

        November 23, 2010 at 11:53 am

        haha. tak pasal2 DDR tu plak yg kena.

        Reply
  23. Ali ridha says

    November 22, 2010 at 4:05 pm

    iklan gampak P1 wimax.buat aku
    tak suka.liputan bukan menyeluruh.
    tapi iklan kata suruh potong.

    Reply
    • ProfHariz says

      November 23, 2010 at 10:21 am

      Mungkin itu strategy mereka memikat pelanggan πŸ™‚

      Reply
  24. ProfHariz says

    November 23, 2010 at 10:20 am

    Bagi pendapat peribadi.. Jalur lebar yang terbaik adalah streamyx.. Jika streamyx slow yang lain lagilah slow!

    Reply
  25. ProfHariz says

    November 23, 2010 at 10:22 am

    Di malaysia tidak boleh dikategorikan negara it.. Kerana negara yang sangat lembab dari segi kualiti jalur lebar

    Reply
  26. suri says

    November 24, 2010 at 1:52 pm

    ada yang combo mah ok jer..tapi klu guna lain tahu mmg sah2 tak der line..huuu

    Reply
  27. A li ridha says

    December 6, 2010 at 10:24 am

    P1 wimax aku pernah guna.
    ikut kawasan juga.aku guna
    laju je.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.