Umum kita mengetahui, penggunaan internet di malaysia dan juga diserata dunia mengalami peningkatan yang mendadak dari tahun demi tahun. Ia satu perkembangan yang baik dan bagus untuk kita semua, kerana ia menjana ekonomi yang bersifat global.
Yang bagusnya ialah segala maklumat dan juga informasi boleh kita dapat secara pantas hanya di hujung jari.
Internet kini dikira dan diiktiraf menjadi “tulang belakang” kepada ekonomi dunia. Ia umpama nadi/nyawa. Ia bertindak sebagai katalis untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan, membantu secara langsung pertumbuhan perniagaan berkonsepkan ‘penjenamaan’.
Dalam konteks yang lain, internet kini menjadi satu peluang untuk merebut peluang ekonomi dalam perkhidmatan jalur lebar bukan sekadar memastikan akses kepada maklumat tidak terbatas kepada masyarakat, tetapi juga faktor penyumbang kepada kelestarian ekonomi negara.
Apakah itu jalur lebar? [Read more…] about Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia