• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pemberian rm300 untuk beli telepon pintar b40-pemerkasa 2021

Pemberian rm300 untuk beli telepon pintar b40-pemerkasa 2021

Zik · Mar 24, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Subsidi Rm 300 beli telepon pintar

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah, akan menerima subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu sebanyak RM300.

Masalah yang timbul ialah: 

Ketika pandemik Covid-19 berlaku, ia memperlihatkan hampir semua urusan penting perlu dilakukan dalam talian. Contohnya pada awal tahun kelas anak-anak kita nak buat kelas secara online, PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Online).

Keadaan ini memaksa kita untuk mempunyai Internet dan peranti yang baik – supaya line internet yang kita lawati atau tengah online berjalan lancar. Tak naklah tiba-tiba internet tersekat untuk melakukan kerja-kerja penting. Bukan line internet sahaja, mungkin ada yang diantara mereka yang kurang bernasib baik, ada gajet , tetapi terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang ramai, demi nak belajar nih.

  1. Gajet takda,(handphone)
  2. Ada,tapi tak cukup. Nak kena kongsi dengan adik beradik yang lain.
  3. Capaian internet, kadar internet yang terlalu mahal.

Kali ini, kerajaan benar-benar prihatin mahu kurangkan beban seterusnya dapat membantu kita mengatasi masalah peranti yang bermasalah.

PEMERKASA

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi membeli telefon pintar atau peranti baharu.

Bantuan itu sekaligus menambahbaik subsidi telefon pintar sebelum ini yang hanya berjumlah RM180, seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021. Ia juga melibatkan peruntukan sehingga RM2 bilion dan dijangka akan mula dilancarkan pada Mei depan.

Merapatkan jurang diigital dikalangan golongan b40. 

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – subsidi berkenaan diperkenalkan bagi merapatkan jurang digital di kalangan golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

PM seru syarikat telekomunikasi tawar pakej internet mampu milik. 

Dalam masa sama, dalam ucapan beliau ada menyeru syarikat-syarikat telekomunikasi supaya dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.

5G selewat-lewatnya hujung tahun ini. 

Tambahnya lagi, perkhidmatan 5G di negara ini dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada hujung tahun ini, selaras dengan agenda di bawah Rangka Kerja MyDIGITAL dan Ekonomi Digital Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memperuntuk RM3.2 bilion pada tahun ini di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis berkaitan.

 

“Seterusnya, SKMM akan memperkenal program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif ‘crowdsourcing’ peranti. Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada, antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.” – Muhyiddin Yassin, petikan dari Berita Harian.

Setakat ini, kami tak tahu lagi bagaimana ia boleh dipohon, tapi kami akan beritahu korang dari masa ke semasa. Apa-apa pun, kami rasa ia adalah satu usaha baik dari kerajaan untuk bantu mereka yang kurang berkemampuan membeli telefon bimbit.

Semoga bantuan seperti ini akan membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

 

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman Pemberian rm300 untuk beli telepon pintar b40-pemerkasa 2021, Subsidi pemberian rm300 bagi b40 beli telepon pintar, subsidi rm300 untuk beli telepon pintar golongan b40 dan penerima bpr

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss