Kita sudah sedia maklum, pengguna internet dinegara kita Malaysia dan asia mengalami peningkatan mendadak, setiap tahun demi tahun, kerana ia dilihat sebagai nyawa dan nadi yang sangat penting kerana ia salah satu medium perniagaan yang sangat mudah, cepat dan murah. Dan bermacam-macam kegunaanlah!
Apa itu, anjung streamyx??
Anjung streamyx merupakan salah satu laman blog yang menawarkan beberapa servis dan perkhidmatan untuk daftar internet secara sah dan berdaftar yang dilakukan secara online dan mudah. Ini sudah tentu memudahkan buat pengguna internet yang sibuk dengan urusan kerja, tidak mempunyai banyak masa untuk berjalan sana-sini. Dengan perkhidmatan ini boleh memohon perkhidmatan secara online, dan cepat dan mudah. Dilamannya ada ditunjukkan cara-cara memohon yang sangat mudah.
Apa servisnya?
Anjung Streamyx merupakan perkhidmatan pendaftaran talian internet secara maya online. Laman ini dibangunkan bertujuan untuk anda dan para pengunjung yang ingin mendaftar talian internet dengan percuma tanpa perlu ke mana-mana hanya dengan beberapa step yang sangat-sangat mudah.
Pilihan Broadband.
Anjung steamyx menguruskan segala-galanya (hampir 90%) sehinggalah korang dapat broadband ke tangan anda!. Di sini, Anjung Streamyx menawarkan pelbagai pilihan broadband untuk anda.
Servis terkini buat masa kini.
Setakat ini, anjung streamyx hanya menawarkan perkhidmatan pendaftaran untuk Streamyx pengguna biasa, Streamyx untuk perniagaan (SOHO), UNIFI VIP dan BIZ, dan juga Celcom Broadband. Dalam pada itu juga, mereka sedang merancang untuk menambah khidmat pendaftaran ISP broadband lain-lain seperti P1 Wimax, Yes, 4G U-Broadband, Maxis Broadband dan macam-macam lagi. Jom kita “like” laman facebook untuk mendapatkan berita terkini tentang perkhidmatan Anjung Streamyx.
Upgrade pakcage streamyx anda disini!
Berita baik untuk pengguna streamyx yang ingin mengupgrade perkhidmatan anda contohnya dari 1mpbs, ke 4 mpbs, boleh juga dilakukan melalui borangnya yang telah disediakan. Sangat mudah. Pergi ke FAQ, untuk memahami serba sedikit mengenai anjung streamyx dan sebarang pertanyaan disini.
Nampaknya, sudah cukup lengkap, butiran yang dinyatakan dalam laman blog anjung streamyx ini, termasuklah, kaunter pertanyaan, email, no telefon, perkhidmatan dan juga macam-macam lagilah. Apa yang aku cuba dihighlightkannya ialah mungkin dari segi customer feedback, yang seberapa cepat yang mungkin. Sekiranya pelanggan mempunyai masalah dari segi pendaftaran, mungkin pihak admin perlu bertindak pantas menyelesaikannya.
Psst : Ia adalah contest dari anjung streamyx, untuk maklumat lanjut sila tekan disini.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
naimulfirdaus says
rajin review macam-macam ye kamu sekarang..
Ismail N says
He he.. dia tak tahu lagi.. ni Zikopedia 😀
tengkorak emas says
😀 betul2
Mus says
ataupun ni paid review?
Ismail N says
Byk pilihan boradband skrg… senang betul nak berblogging. Kawe baru beli booster.. senang nak cilok FREE wi-fi he he..
Zik says
hehe amboi…
suffer8zine says
huhu nice la, kalau untuk di kawasan Johor mcm mana? uma kl ni dah ade p1, hehhe
Zik says
johor pakai bband/streamyx jela..
undi.me says
Wah… mudah sket nih. harap servis mantop.
* tau jer la berurusan terus dengan service provider mmg agak mengecewakan.
Zik says
sabau2.. huhu
mancai says
huhuhu… 1mps ke 4mbps? rasanya bergantung pada tempat dan lokasi tu bro… tak semua lokasi ada perkhidmatan sampai 4mbps…. sekadar pengatahuan aku masa tranning dengan streamyx… kalau ada yang lebih tahu harap diinfokan…
Zik says
memang betul… kalau nak upgrade kena tengok lokasi… kalau lokasi tuh boleh , lepas lah dia punya request… kalau tak terpaksa guna servis yang sedia ada…
Luthfi says
zik rajin tulis blog.
aku lama dah tak update.
tulis pon cerita mengarut je. hehehe
Zik says
hehe.. mana ada.. biasa2 jer la bro.. aku pun dah mula sibuk nie…huhu
khairolghani says
bagus juga ni..at least ada 1 stop center untuk semua perkhidmatan internet..tapi sesetengah tempat bukan semua broadband boleh guna..
Zik says
memang pun… contoh kat kg nie.. celcom broadband takda line lansung…. nak terminate dah nie.. huhu
tengkorak emas says
bijak mencari peluang dalam pasaran sedia ada, good luck bro, 🙂
Zik says
betul tuh.. cuma kena tengok lokasi2 dulu mana service internet itu bagus.. kecuali streamyx…
Mus says
mantaplah review ni.. kalau nak minta bro buat review berapa cas?
Zik says
murah jer… ikut jenis review tuh.. kena bincang2 dulu… kalau senang2 mungkin bawah rm15.00 … huhu…
dnobiz says
bagus bila ada perhikmatan macam ni, sekurang kurangnya tak serabut melayan karenah pekerj di kaunter yang kekadang muka bermusim….
Zik says
kena sabar lah… kalau duk beratur.. tunggu berjam-jam.. isi borang lagi.. tak kira kalau salah isi form.. huhu
akubiomed says
Sesiapa kawasan ada liputan UniFi boleh dapat percuma fi pemasangan yang berharga RM200 yang akan berakhir penghujung bulan Mar.
Aduhai kawasan saya belum ada liputan Unifi
Norasikin says
Kawasan rumah saya sipi2 je liputan unifinya. hehhe tak pe la. Bukan mampu nak langgan pun.
nasslimdiet2 says
apa beza streamyx ngan unifi ye?konpius
Norasikin says
Unifi ni broadband berkelajuan tinggi (HSBB)
Jauh lagi laju dari broadband. TM sediakan pakej sekali dengan suara.
tehr says
rasanya tak mahu upgred buat sekarang ni
liputan belum sesuai la
Zik says
owh… takpe..
ishak says
nak cuba try gak nih bet ker tak…???
Zik says
best2.. trylah bro.. hehe
Norasikin says
broadband yang ada sekarang ni pun rasa nak menitik air mata membayarnya. Rasa mcm nak dok sblh kfc atau kedai mamak yg ada wifi free jr
Zik says
hurm… samalah kak.. ingat nak terminate celcom bband .. sebab sekarang dah duduk kampung… line bband takda langsung.. huhu
nasslimdiet2 says
buat belian online memang menjimatkan masa dan wang ringgit. skang ni memang ramai yang suka beli barang secara online seperti customer aku.
Zik says
mudah… sekarang nie banyak pilihan.. tak macam dulu2…
Freaks Tips says
Betul.. Pembelian online juga perlu penelitian.. jika tidak jadi mangsa penipuan kepada mereka yang menjadikan internet ini medium untuk mencari duit haram mereka. jadi berhati2 ketika membeli belah online.. ;D
Zik says
kena berhati-hati.. sekarang nie mudah.my pun dah ramai yang buat scam.. habis busuk nama mudah… huhu
Zik says
hehe… xie2..
Notakaki says
tinggal 3hari lg contest..
eastbullet says
komen atau cadangan yang buat aku minat baca tuh.. he3!
layout web dia macam agak pening dan nampak tak komersial dan professional. mungkin dia dapat pertingkatkan dari segi itu.