Baru-baru ini Samsung telah melancarkan siri baharu Galaxy S-series iaitu Samsung Galaxy S21 beberapa hari lepas. Setelah lama ditunggu tunggu orang ramai, model yang baharu ini akan menjadi model yang akan dirasmikan bersama Samsung Galaxy S21+ dan Samsung Galaxy S21 Ultra.
Dalam pengumuman itu, model kali ini menampilkan lebih banyak kelainan daripada model sebelum ini yang akan menarik perhatian ramai orang di luar sana. Ini adalah faktor model ini akan memberi kejutan.
- Exynos 2100
Pengguna Samsung biasanya amat mengetahui tentang cip Exynos ini. Terbaharu, cip Exynos akan dilengkapi dengan model Exynos yang menawarkan lebih kuasa berbanding pesaingnya sendiri.
Bagi mereka baru mengenali, Exynos 2100 adalah cip 5nm yang terdiri daripada cip Cortex-X1, tiga cip Cortex-A78, and empat cip Cortex-A55. Ia direka khas untuk memberikan kuasa yang berkesan dengan penjimatan bateri sebanyak 20%. Senang kata, para pengguna tidak akan mengalami masalah battery drain selepas ini.
[Read more…] about Samsung Galaxy S21 bakal jadi rebutan ramai?